Sudah begitu lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di bolg ini, ini adalah disebabkan olehb 3 perkara yang biasa
1. Sibuk dengan SIFE PROJECT
2. Malas yang terlalu menyelubungi hati sanubari
3. Terdapat 2 midterm bagi teras program iaitu Meteorology dan juga Oceonography Chemistry
Khamis, hari yang tidak begitu sibuk disebabkan kelas hanya dari jam 8pg hingg 10 pg, jadi penulis gunakan peluang dan kelapangan yang diberikan oleh Allah ini untuk mencoretkan sesuatu, tanda sebagai sokongan kepada UMSBLOGGER...
Isu berkenaan Negeri Perak Daru Ridzuan yang sedang hangat diperkatakan sehingga hari ini, membuatkan hati saya berasa tidak selesa untuk menghuraikannya semasa isu ini tengah panas diperdebatkan. Saya hanya biarkan kawan-kawan
bloggers yang lain menghuraikannya. Dan Alhamdulillah walaupun masih dalam dilema, saya cuba juga untuk mencoretkan sesuatu berkaitan kemelut politik ini.
*ini adalah pendapat tuan empunya diri, segala pemahaman adalah daripada empunya diri, pendapat rakan-rakan lain juga diterima untuk proses pembelajaran*NEGERI PERAK
1. Bermulanya isu ini dengan aktiviti lompat-melompat, ada yang main lompat tinggi dan ada juga yang main lompat jauh. Yang bermain lompat tinggi dan jauh ini telah memberi kesan yang besar kepada Tuan rumah penganjur. Isu lompat-melompat dan beli-membeli ini bukan isu baru, ianya telah berlaku sudah lama, iaitu semasa UMNO mahu tubuhkan kerajaan BN di Sabah, semasa itu dibawah pemerintahan SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
2. Isu ini kembali hangat selepas PRU-12, Apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim menyatakan seramai 31 ahli BN yang akan melompat ke PKR. Itu wawasan Dato' Sri Anwar, WAWASAN 16 SEPTEMBER dalam merangka menawan PUTRAJAYA.. Saya tak pasti, kenapa sampai sekarang tiada juga yang melompat masuk PKR. Saya berfikir mungkin bakal-bakal pelompat ini sedang membuat latihan, nak main lompat tinggi dan lompat jauh ni bukan mudah seperti main congkak. perlu guna duit, bukannya sikit, tapi berjuta-juta.
3. Bila dah melompat, PKR dan BN ada jumlah ADUN yang sama bilangannya, iaitu 28 orang. 3 Orang lagi jadi ADUN BEBAS, tetapi dikatakan telah menyokong BN untuk tubuhkan kerajaan majoriti di negeri lompat melompat itu. Kalau dah sokong BN buat kerajaan, kita janganlah cakap bebas, masuk je la BN, habis cerita.
4. Dato Sri Nizar, terkapai-kapai, MB lagi ke atau tidak? PKR cakap MB, Sultan kata letak jawatan. "Malay Dilemma".
"Yes, MALAY DILEMMA"5. Sebenarnya dalam isu ini, biarlah rakyat yang membuat keputusan. Gubal undang-undang baru, sesiapa yang lompat macam katak, hilang jawatan
ADUN mahupun
Parlimen, dan pilihanraya harus dijalankan sama dengan prosedur bila terjadinya kematian seseorang wakil rakyat.
6. Rakyat sokong calon adalah atas kapasiti Parti yang dibawa, bukan orang (secara umumnya). Contohnya kalau UMNO letak calon di kawasan yang dikuasainya, sesiapa pun boleh menang, letak
NIVYANFAZZA pun pasti menang, kerana rakyat sokong parti, bukan sokong orang. Jika Dato Sri Abdullah menjadi calon PAS, di kawasan parlimen Kubang Pasu, saya yakin beliau akan kalah kerana itu kawasan kubu kuat BN!
7. Di Perak, isu ini menjadi semakin hari semakin besar adalah disebabkan oleh
media. Ini salah media yang tidak memberi ulasan yang benar lagi betul. Kata derhakalah, itu la, ini la. Sebenarnya Dato' Sri Nizar menggunakan perkataan
"derhaka" adalah untuk menunjukkan beliau tidak boleh meletak jawatan disebabkan oleh perlembagaan negeri yang menyatakan hanya 3 cara sahaja jawatan Menteri Besar boleh dilucutkan iaitu undi tidak percaya, beliau sendiri meletak jawatan dan juga pembubaran DUN Perak.
Sembah DERHAKA itu bahasa istana. Kalau derhaka yang betul-betul ialah dengan menyerang istana ataupun mengepung istana. Ini baru kita boleh hukum Dato Sri Nizar!
8. Samada Dato Sri Nizar mahupun Dato' Dr Zambry kedua-duanaya adalah bagus, kedua-dua pemimpin yang layak. kalau mereka tidak layak Allah tidak akan angkat mereka berdua menjadi pemimpin. Ini janji Allah.
9. Dato' Sri Nizar tuntut keadilan, Dato Dr Zambry tunggu kesan. Inilah yang akan terjadi kepada kepimpinan Perak.
10. Kita semua manusia biasa, bisa melakukan kesilapan, silap percaturan adalah biasa, tidak kira sultan mahupun hamba rakyat jelata. Hanya Nabi yang maksum dari segala cela.
11. Kembalikan kuasa rakyat, adakan pilihanraya di 3 kerusi DUN yang suka main lompat-melompat. Sempena pilihanraya kecil
Parlimen Bukit Gantang dan juga
Bukit Selembau, apa salahnya adakan sekaligus pilihanraya kecil untuk 3 ADUN yang suka lompat-melompat itu.
12. Saya yakin dan percaya, jika rakyat yang memilih, itulah keadilannya. Samada Dato Sri Nizar atau Dato Dr Zambry, biarlah rakyat yang memilih, mana satu yang mereka suka, bukan orang lain yang pilih untuk rakyat perak sukai.
13. Saya suka pakai baju yang saya pilih sendiri, saya tidak suka pakai baju yang dipilih oleh orang lain, dahla kita tak boleh memilih, malah dipaksa pula untuk memakainya....Wallahu a'lam...
JAKMAS1. Saya timbulkan isu ini bukan untuk menghiris atau menyentuh perasaan sesiapa, jika ada yang terasa, harap bisa dimaafkan.
2. Kita manusia mempunyai banyak sifat. Ada sifat
mahmudah dan juga sifat
mazmumah. Jadi sifat bongkak, bercakap besar dan dan tidak serius dalam sesuatu perkara, itu adalah perkara biasa. Saya juga ada sifat seperti itu, tapi kita harus tahu bila ingin menggunakannya.
3. Yes, saya tahu anda pemimpin, kami rakyat. Yes, anda berkuasa kami mengikuti arahan. Tapi anda harus sedar, anda berkuasa, kuasa itu kami yang berikan asbab kepada Kuasa Allah.
4. Ini hanya teguran, jangan ingat bila kami rakyat jelata bukan pimpinan, kami boleh direndah-rendahkan ibarat kami tidak tahu apa-apa.
5. Anda hanya pinjaman untuk jadi pimpinan, jawatan datang dan pergi, ukhwah itu yang kekal abadi.
6. Sebelum jadi pemimpin lain gayanya, lain coraknya, lain bahasanya. Selepas menjadi pemimpin, diharapkan corak itu cantik bila dipandang, bahasanya pula manis dan sedap didengar, tetapi kesemua itu melesep. Hilang dibawa arus deras sungai Likas.
7. Perlukah perubahan itu dalam pemerintahan, jika ia bisa memutuskan silaturahim..?
8. Saya tak nafikan perubahan itu perlu bila jadi pemimpin, seperti
confidence,
berani,
petah berkata-kata,
berpenampilan menarik, bukannya perubahan dari segi keperibadian. Contohnya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, tetap sama, di pejabat, di rumah, sebelum jadi menteri besar dan sehingga sekarang, itu lah Tuan Guru, bukan orang lain.
9. Jadi, kita manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan kita adalah Iman dan taqwa.
D'PUSTAKA CAFE
1. Alhamdulillah, tempat yang lebih baik daripada Kafe sebelumnya. Selesa ketika menjamu selera. Tapi hati tetap gundah gulana.
2. Seakan-akan tiada cacat cela, tetapi sebenarnya ada duka terselit hiba.
3. Makanan yang MAHAL seperti saya sedang menjamu selera di
FOODCOURT, KLCC, atau makan kat
Crystal Jade Kitchen Pavillion. Nasi + lauk+ sayur = RM5++
4. Perbandingan yang saya buat ketika makan di
D'PUSTAKA CAFE dengan Restoren lain di luar UMS adalah wujud satu perbezaan yang ketara, nasi+lauk+sayur+milo ais = RM5++.
5. Apa masalah Sebenarnya dengan
D'PUSTAKA KAFE? Adakah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu atau masalah kekeliruan politik di Perak memberi kesan? Ataupun masalah sewa Kafe yang terlalu tinggi?
6. Saya tahu sahabat-sahabat yang mempunyai wang lebih daripada biasa akan mengatakan yang penting kenyang, harga lain cerita. Kta harus ingat, adakah kita perlu ditindas untuk mendapatkan sesuatu nikmat yang kita boleh juga dapat dengan harga yang murah sedikit. Kita bukannya bekerja,
tapi masih belajar. Lainlah kalau cafe di Jabatan Perdana Menteri atau kafe di Wisma Persekutuan!
7. Saya berharap agar pihak
MPP dapat menjawab isu ini dan mengambil jalan penyelesainnya. Harga makanan yang ditetapkan seperti
Tom yam dan
Sup adalah biasa, kalau kita rasa mahal kita masih lagi boleh membuat pilihan, Harga ada di depan, nasi campur? Harganya tetap bercampur-campur, lauknya sama tapi harganya boleh berbeza....Manusia, oh manusia!
8. Ini hanya suara dari kami rakyat jelata. Yang diberi amanah, inilah masa untuk berbisa dan berbakti kepada pemberi amanah nusa dan bangsa, supaya usaha anda kan menjadi budi yang sukar dibalas.
PERSIDANGAN MPP1. Diharapkan dapat dibuat seawal jam 8.30 mlm, banyak isu yang hendak di aju dan dituju.
2. Kekangan masa sentiasa mencemburui, jadi carilah pakar
"timing" yang betul dan mampu.
3. Masa singkat, penjelasan juga singkat, yang tersingkat tak juga dapat dilabuhkan, masih lagi dalam keadaan separuh bogel!
4. Jadikan pengalaman yang lepas sebagai panduan, tinggalkan persengketaan demi perpaduan.
Wassalam.....
* ZEN GARDEN RESORT-SIFE RETREAT. 13-15 FEBRUARY 2009* * PENUKARAN GANTI NAMA DIRI "PENULIS" KEPADA "SAYA" SUPAYA SEDAP DIDENGAR DEKAT DI HATI*