Thursday, January 14, 2010

Buruk Sangka

1) Saya terbaca di status seorang teman di laman facebook ,Mengatakan hal yang berlaku sekarang di Malaysia, iaitu isu penggunaan nama Allah oleh bukan muslim adalah provokasi pihak tertentu.

2) Benarkah hal tersebut? Saya cuba mencari bukti yang jelas kenapa beliau berkaat sedemikian. Tetapi sedih, hanya sekadar kenyataan-kenyataan amarah seseorang yang tidak puas hati terhadap satu pihak.

3) Saya juga cuba mencari bukti yaang jelas mengenai ini, dengan merujuk banyak pandangan daripada pelbagai pihak, tetapi jawapan yang saya dapat adalah isu ini bukan provokasi mana-mana pihak mahupun mana-mana parti politik.

4) Ahli-ahli politik yang memanaskan isu ini, bukan mencipta isu ini .

5) Sahabat pemilik laman facebook tersebut juga tidak memberikan bukti yang jelas dan sahih tetapi hanya sekadar beromong-omong di atas awang. Kalau kenyataan tersebut adalah tidak benar, itu boleh di kira sebagai memfitnah!

6) Jangan disebabkan kita tidak suka, benci sesuatu pihak, terus kita menuduh dan menghukum tanpa usul periksa tanpa ada penyelidikan terlebih dahulu. Ini akan menunjukkan sejauh mana tahap ke'profesional'man dan keintelektualan kita.

7) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa...

8) Kalau betulla ini satu provokasi daripada pihak tertentu untuk merapatkan dan menyatupadukan umat, bagi saya tiada masalah.

9) Tetapi, malangnya ini bukan provokasi, ini adalah isu sebenar yang bukan direka oleh mana-mana pihak.

10) Bersyukurlah di mana kita berada sekarang, kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T.

Thursday, January 7, 2010

Lama menyepi.....

1. Sudah lama rasanya saya menyepi dari dunia blogging ini, dek kerana penangan Facebook, saya terleka seketika.

2. Setiap manusia mempunyai pendapat mereka yang tersendiri, termasuklah saya dan anda pembaca. Bukan itu sahaja, pentafsiran pendapat seseorang juga berbeza antara kita.

3. Jadi, apa kesimpulannya? Perlu untuk kita meneliti konteks penceritaan dan situasi sesuatu keadaan sebelum mentafsirnya. Melihat persamaan yang wujud dalam sesuatu pendapat dan hal lebih baik dari mencari sesuatu perbezaan yang memecah belahkan.

4. Di harap, perkongsian janaan idea saya ini dapat dikongsi bersama anda pembaca. Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana persatuan, jadi saya bebas mencoret dan memberi idea selagi tidak melanggar AUKU (sebab saya masih lagi menuntut di UMS) dan juga Perlembagaan negara serta Akta Hasutan dan Mesin Cetak.

5. Memulakan rentak penulisan sempena azam baru tahun 1431 Hijrah ini, saya berharap agar penulisan saya dapat memberi input kepada para pembaca untuk dibahas dan diulas. Jika ianya satu keburukan, jadikanlah ianya suatu iktibar dan tauladan pada anda.

6. Salam ziarah dan Selamat Berblogging!!!

Tuesday, September 22, 2009

WANG ZAKAT I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini...terima kasih diucapkan.

1) Setiap tahun dan juga bila cukup syarat umat islam di wajibkan membayar zakat. bagi yang tidak mampu dan termasuk dalam golongan asnaf 8, akan menerima wang zakat.

2) Sistem pengurusan zakat di Malaysia dikatakan antara yang terbaik di dunia. Saya tidak mahu komen tentang ranking ini, sebab saya tidak mengetahui secara mendalam tentang pengurusan zakat negara luar kecuali Arab Saudi.

3) Arab Saudi mempunyai Menteri Khas yang menguruskan zakat dan wakat.

4) Di Malaysia ianya diletakkan di bawah Jabatan Agama Ialam mengikut negeri masing-masing.

5) Apa persoalan yang ingin saya kupas? Persoalan yang ingin saya kupas ialah mengenai perbelanjaan wang zakat yang berjuta-juta ringgit, sedangkan umat islam di Malaysia masih lagi berada dalam belenggu kesusahan, masalah birokrasi, pengagihan secara tidak telus dan sebagainya. Harap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

6) Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan Majlis Agama Islam ataupun sesiapa, ianya cuma berkongsi pendapat dan pemikiran.


7) Pengertian zakat dari segi bahsa ialah "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


Manakala dari segi syarak pula ialah:

Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:


"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"



Ada 8 asnaf zakat iaitu:

  1. Fakir

  2. Miskin

  3. Amil

  4. Muallaf

  5. Riqab

  6. Gharim

  7. Fisabillilah

  8. Ibnu Sabil

Ini adalah mukaddimah kepada isu bulan ini, isu ini akan disambung pada artikel Wang zakat II.

Saturday, September 19, 2009

LENTERA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera my friends!



Sempena raya yang akan menjelma esok hari...Nivvy ingin mengucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf ZAHIR dan BATIN...


Nivvy juga nak wish selamat hari raya kepada sahabat blogger yang sentiasa memberi sokongan dikala sunyi dan gembira..(baca dgn mood jiwang..haha)

  • Hilal
  • Tekiding Bubus
  • PIE TESL
  • Masturah
  • Nizam ME
  • nADIR
  • aBNG sIDI
  • jASS
  • dan semua yang tidak dapat saya sebutkan di sini...

saya juga nak wish kepada semua FELO-felo, abang2 dan kakak2 di HEP KKIP dan juga sAUDARA azrul MPP, JAKMAS KKIP....MAAF ZAHIR DAN BATIN.....



kawan-kawan di SKBL, SMKANI, KISAS, KMK, dan juga UMS...maaf zahir dan juga batin...


semoga raya kita kali ini mendapat keberkatannya...
aminn...

Friday, August 28, 2009

PERSADA?

www.persadakkip.blogspot.com

Cuba la tengok dahulu...hehe

Tuesday, August 4, 2009

REFLEKSI-ISA

1) Kata seseorang (ANONYMOUS, kenapa nak berselindung, takut ISA ke????), kerajaan Malaysia lebih kejam daripada kerajaan Israel. Kepada orang tersebut, saya minta bukti Pemerintah Malaysia pernah melakukan pembunuhan ala NAZI dan juga menembak mati secara kejam rakyat Malaysia secara beramai-ramai seperti Israel. BUKTIKAN???
Kalau tidak ada jangan sekali-kali mengata tanpa bukti.

2) Kepada orang (ANONYMOUS yang takut kena ISA) tersebut, AKTA ISA ditubuhkan sebelum lagi wujudnya PAS. Ianya ditubuhkan oleh Penajajah Inggeris untuk mengekang keganasan komunis. Dan akta ini diteruskan oleh kerajaan Malaysia mengikut keadaan masa. Masa PAS dalam kerajaan dulu, tak pernah pula mereka hendak menghapuskan ISA, mungkin dah dapat habuan kot...Kalau dulu ISA untuk komunis, sekarang untuk mereka yang mengisytihar perang terhadap Yang Dipertuan Agong dan juga mengacau keamanan negara.

3) Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi pemikiran ramai rakyat Malaysia. Beliau sememangnya genius! Syabas di ucapkan!

4) Katanya PAS tak mahu bergabung dengan UMNO, kerana UMNO tak laksanakan islam, tak laksanakan hudud, mungkin kerajaan UMNO kafir, tapi boleh pula bergabung dengan DAP yang jelas kekafirannya.

5) UMNO atau DAP yang diiktiraf islam oleh parti tersebut???

6) Kalau kata parti kerajaan cakap tak serupa bikin, parti islam itu juga 2 X 5 sahaja.

7) Hudud ke mana? negara islam kemana? kena gertak dengan DAP pun dah takut nak berceramah pasal negara islam dan hudud?

8) Fikir-fikiRla.....

Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA III

1) Saya merasa pelik dan hairan mengenai perhimpunan ala manusia tidak bertamadun ini. Ini pendapat saya la.

2) Kerana apa, sepanjang perhimpunan tersebut, yang paling ramainya ialah ahli Parti Islam. Iaitu parti PAS. Persoalan saya, mana perginya ahli DAP? Kebanyakkan mereka yang kita lihat di video ialah Ahli Unit Amal PAS berbaju merah.

3) Saya tidak tahu tentang ahli-ahli DAP kemana mereka menghilang, mungkin mereka bimbang ditahan ISA, atau mungkin mereka sedar bahawa peristiwa ini merugikan perniagaan mereka.

4) Saya tidak hairan dengan ahli PAS, meraka sanggup membuat apa sahaja untuk parti mereka. Minta derma untuk parti, mereka boleh kasi sehingga beribu-ribu ringgit. Kata mereka itu perjuangan untuk islam. Mereka juga sanggup ditahan dan mati ditanggan pihak polis dan BERKUASA , kerana kata mereka mati mereka adalah mati syahid, kerana berjuang menentang pemerintah zalim.

5) Secara logiknya, kerajaan malaysia lebih kurang sama dengan kerajaan Israel. kerana umat islam palestin syahid menentang kerajaan zionis, manakala ahli-ahli PAS mati syahid menentang Kerajaan UMNO dan BN.

5) Saya semakin pelik dan ajaib dengan semangat kental ahli-ahli PAS, Mungkin akan ada daripada pembaca akan bertanya, kenapa saya seakan-akan anti-PAS sejak kebelakangan ini? Terus terang saya katakan, saya tidak membenci PAS. Tetapi tingkah laku ahli PAS yang bertindak diluar batasan itu yang membuat saya mual dan jijik. Tapi ini bukan untuk semua, tapi sebahagian sahaja. Ada yang saya sanjung ilmu dan peribadinya.

6) Saya rela di maki hamun oleh penyokong parti HIJAU ini. Saya rela dikomen dengan teruk, kerana saya sayang parti PAS, saya tidak mahu ianya diperkotak katikkan oleh DAP dan KEADILAN. PAS tidak perlukan PAKATAN RAKYAT! Sebelum PAKATAN RAKYAT ditubuhkan PAS pernah memenangi Terengganu dan Kelantan, malah mengekalkan kerajaan Kelantan.

7) Sedikit imbasan. Sedarkah kita semasa Kerajaan menahan ahli Jemaah Islamiyah Dan Maunah dibawah Akta ISA, kenapa ahli-ahli PAS tidak membuat demonstrasi jalanan? Sedangkan yang ditahan itu adalah orang islam, orang melayu dan kemungkinan ada antaranya ahli PAS? KENAPA? SAYA PERLUKAN JAWAPAN. Atau adakah JI dan MAUNAH ajaran sesat, jadi ianya memang patut ditahan dibawah ISA dan tidak perlukan pembicaraan di Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil?

8) Tetapi bila Ahli Pertubuhan Haram HINDRAF, yang sah dan jelas bukan islam, bukan melayu (saya bukan seorang racist), mereka sanggup melolong, bertakbir, berteriak dan sebagainya dijalanan untuk mengecam dan mendesak kerajaan hapuskan ISA. ,mungkin bagi PAS, ahli HINDRAF lagi suci berbanding darah saudara seislam mereka.

9) lagi satu persoalan, semasa pembunuhan adik Nurin Jazlin, Adik AIsyah dan ramai lagi mangsa bunuh orang islam yang dibunuh secara kejam, mereka tidak pernah pula menyuruh ditubuhkan public inquiry ataupun Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini dengan telus. Tetapi kalau kes seperti Setiausaha Sulit Kepada exco kerajaan Selangor yang meninggal jatuh bangunan, yang sahnya bukan beragama islam, mereka mengaum ibarat singa, menyuruh kerajaan itu, dan ini, malah sempat mengatakan kemungkinan ada komplot disebalik kematian tersebut. Ini belum lagi polis habiskan siasatan, tapi sudah ada yang mengatakan si polan dan si polan.

Jika betul setiausaha sulit tersebut dibunuh, saya harap mereka yang terlibat dihukum dengan setimpalnya. Biarlah mahkamah dan Suruhanjaya yang menentukannya!

10) Siapa yang kejam sebenarnya??? ISA atau $#%#???

11) Apakah motif PAKATAN RAKYAT dan PAS sebenarnya. Saya minta maaf jika saya terlalu berterus terang.

12) Saya sayangkan orang islam dan melayu yang semakin tertekan dan terpinggir di negara sendiri. Saya juga sayangkan PAS. Tetapi dengan keadaan sekarang hati saya sedih dengan pergerakkan tersebut. Jikalau mereka katakan UMNO KEJAM, TAK ISLAMIK DAN SEBAGAINYA, parti PAS juga lebih kurang sama, cuma hanya cara berpakaian sahaja berbeza!

13) Saya pernah berkata dahulu, kita ada 2 pilihan ditangan, kedua-dua pilihan tersebut adalah baik, untuk memilih yang mana satu, pilihlah yang terbaik. Saya rasa saya sudah mempunyai jawapannya.

14) Saya masih lagi belum menjadi ahli mana-mana parti, tetapi keadaan sekarang telah memberikan keputusan kepada saya parti mana yangHARUS saya sertai.

15) Semoga ALLAH melindungi umat islam di MALAYSIA dan seluruh DUNIA.

16) Saya suka kata-kata PM Datuk Sri Najib, Pakatan ada 4 buah negeri yang mereka perintah, sewalah satu stadium mana-mana negeri, melolong dan menjeritlah samapai subuh, yang penting jangan menyusahkan orang ramai yang hendak mencari rezeki.
Saya suka menambah, PAKATAN panggillah wartawan dari luar negara, rakaman dan sebar gambar dan video anda berdemonstrasi. Kalau boleh biar Stadium Shah Alam tu runtuh seperti Stadium Sultan Mizan di Terengganu dengan suara tempikan dan jeritan anda!

Wallahua'lam...