1) Saya terbaca di status seorang teman di laman facebook ,Mengatakan hal yang berlaku sekarang di Malaysia, iaitu isu penggunaan nama Allah oleh bukan muslim adalah provokasi pihak tertentu.
2) Benarkah hal tersebut? Saya cuba mencari bukti yang jelas kenapa beliau berkaat sedemikian. Tetapi sedih, hanya sekadar kenyataan-kenyataan amarah seseorang yang tidak puas hati terhadap satu pihak.
3) Saya juga cuba mencari bukti yaang jelas mengenai ini, dengan merujuk banyak pandangan daripada pelbagai pihak, tetapi jawapan yang saya dapat adalah isu ini bukan provokasi mana-mana pihak mahupun mana-mana parti politik.
4) Ahli-ahli politik yang memanaskan isu ini, bukan mencipta isu ini .
5) Sahabat pemilik laman facebook tersebut juga tidak memberikan bukti yang jelas dan sahih tetapi hanya sekadar beromong-omong di atas awang. Kalau kenyataan tersebut adalah tidak benar, itu boleh di kira sebagai memfitnah!
6) Jangan disebabkan kita tidak suka, benci sesuatu pihak, terus kita menuduh dan menghukum tanpa usul periksa tanpa ada penyelidikan terlebih dahulu. Ini akan menunjukkan sejauh mana tahap ke'profesional'man dan keintelektualan kita.
7) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa...
8) Kalau betulla ini satu provokasi daripada pihak tertentu untuk merapatkan dan menyatupadukan umat, bagi saya tiada masalah.
9) Tetapi, malangnya ini bukan provokasi, ini adalah isu sebenar yang bukan direka oleh mana-mana pihak.
10) Bersyukurlah di mana kita berada sekarang, kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T.
Thursday, January 14, 2010
Buruk Sangka
Posted by NIVYANFAZZA at 5:12 PM 0 comments
Labels: ISU SEMASA
Tuesday, September 22, 2009
WANG ZAKAT I
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini...terima kasih diucapkan.
1) Setiap tahun dan juga bila cukup syarat umat islam di wajibkan membayar zakat. bagi yang tidak mampu dan termasuk dalam golongan asnaf 8, akan menerima wang zakat.
2) Sistem pengurusan zakat di Malaysia dikatakan antara yang terbaik di dunia. Saya tidak mahu komen tentang ranking ini, sebab saya tidak mengetahui secara mendalam tentang pengurusan zakat negara luar kecuali Arab Saudi.
3) Arab Saudi mempunyai Menteri Khas yang menguruskan zakat dan wakat.
4) Di Malaysia ianya diletakkan di bawah Jabatan Agama Ialam mengikut negeri masing-masing.
5) Apa persoalan yang ingin saya kupas? Persoalan yang ingin saya kupas ialah mengenai perbelanjaan wang zakat yang berjuta-juta ringgit, sedangkan umat islam di Malaysia masih lagi berada dalam belenggu kesusahan, masalah birokrasi, pengagihan secara tidak telus dan sebagainya. Harap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.
6) Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan Majlis Agama Islam ataupun sesiapa, ianya cuma berkongsi pendapat dan pemikiran.
7) Pengertian zakat dari segi bahsa ialah "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Manakala dari segi syarak pula ialah:
Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"
Ada 8 asnaf zakat iaitu:
-
Fakir
-
Miskin
-
Amil
-
Muallaf
-
Riqab
-
Gharim
-
Fisabillilah
-
Ibnu Sabil
Posted by NIVYANFAZZA at 9:10 PM 1 comments
Labels: ISU SEMASA
Tuesday, April 14, 2009
FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22

Assalamualaikum.....dan Salam Perpaduan....
penulisan saya kali ini, saya ingin bercerita dan memberi pendapat mengenai Festival Filem Malaysia yang ke-22 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 5-8 Ogos ini.
Perbagai persoalan dan pandangan mulai timbul sejak kebelakangan ini, apabila tempat berlangsungnya festival tersebut adalah di Dewan Canselor, UMS.
1) Saya berpendirian tidak ada masalah untuk FINAS mahupun mana-mana pihak untuk mengadakan festival ini atas beberapa sebab yang tertentu. Saya tahu ramai yang menentangnya, tetapi bagi saya yang menentang festival ini adalah sesuatu yang bersifat subjektif.
2) Sebelum kita menelurusi pokok perbincangan ini, kita lihat dahulu apakah sebenarnya FFM itu?
3) FFM ke-22 di Bandaraya Kota Kinabalu 2009 adalah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
4) Manakala tema FFM-22 pula ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA ”. Tema ini berhasrat membawa warga industri seni menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.
5) Objektifnya pula adalah untuk mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.
6) Persoalan yang kini kecoh dan menjadi topik hangat perbincangan di UMS ialah, wajarkah FFM ke-22 ini diadakan di Kota Ilmu UMS ini? Sebagaimana yang kita tahu bahawa Dewan Canselor itu merupakan tempat kita menerima ijazah hasil pencarian ilmu dan sebagainya. Satu lagi persoalan timbul, adakah wajar aktiviti hiburan diadakan di dalam kampus? dan adakah perlu MPP memperbanyakkan aktiviti yang berlandaskan akademik, disebabkan terlalu banyak aktiviti yang berlandaskan hiburan? Tiada apa yang bisa dilakukan, hanya senyuman mampu diukir dibibir!
7) Pertama, bukan saya tidak bersetuju dengan pandangan tentang perkara ini. Tetapi pokok perbincangan harus melihat kepada perpekstif yang lebih luas, bukan hanya menjurus kepada satu kesan sahaja. Lagi satu, hal ini, bagi saya hanya di 'politikkan' oleh sesetengah bloggers untuk membesar-besarkan cerita!
8) Apa pandangan saya mengenai hal ini?
9) Pertama, saya tidak ada apa-apa halangan untuk FINAS mengadakan FFM ke-22 di UMS ini jika beberapa perkara yang mereka perlu ambil ihtimam ,mereka patuhi.
10) Kedua, bagi saya, jika sesetengah pihak mengatakan penganjuran ini akan menyebabkan budaya hedonisme di UMS akan menjadi lebih 'galak' atau meningkat. Kita harus faham konsep Hedonisme yang bagaimana yang bisa me'lagho'kan mahasiswa itu, Apakah garis panduannya, serta apakah ciri-ciri hiburan yang bisa melaghokan itu? Saya berikan satu contoh, Pesta Cahaya, Pesta Angpau, dan bermacam lagi pesta yang diadakan saban tahun di Dewan Canselor UMS, ADAKAH tidak melalaikan Mahasiswa??? Adakah tarian semasa berlangsungnya Pesta Cahaya dan Angpau itu tidak me'lagho'kan mahasiswa???
11) Ketiga, jika kita katakan status UMS sebagai 'baitul hikmah' dan perlu dijaga peranan dan sifatnya sebagai gedung ilmu, saya bersetuju!, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, kerana memang betul peranan UMS itu, tetapi, adakah dengan tidak menganjurkan FFM KE-22 atau aktiviti hiburan (kata sesetengah oranglah..) ini sahaja cara untuk kita memartabatkan peranan ilmu tersebut?
12) Jika kita imbas kembali sejarah FFM, kita bukannya universiti yang pertama yang akan melangsungkan festival ini, sebelum ini FFM ke-20 telah pun diadakan di Universiti Malaysia Perlis , FFM ke-21 juga di adakan di dalam Universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu satu-satunya universiti di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Universiti APEX. Mereka melaksanakannya tanpa ada apa-apa masalah yang timbul ,malah Universiti mereka ini menjadi salah satu universiti terunggul di dunia.
13) Bagi saya FFM boleh dilaksanakan di dalam universiti, tetapi para artis jemputan mahupun sesiapa yang terlibat harus menjaga 3 perkara yang utama iaitu pemakaian, perlakuan dan juga pertuturan. Pemakaian tidak harus menunjukkan keseksian seseorang, kerana mereka atau artis itu harus sedar, mereka bukannya berada dalam majlis anugerah di Hollywood, tetapi di Medan ilmu pejuang bangsa masa hadapan negara. Perlakuan mereka juga harus sopan, selaras dengan budaya timur, pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga harus tidak keterlaluan yang bisa menimbulkan fitnah di kemudian hari, dan yang terakhir pertuturan. Pertuturan juga harus dijaga, kerana mereka berhadapan dengan para mahasiswa dan juga pensyarah, mereka ini dihormati kerana ilmu dan akademiknya. Jika mereka mampu melakukan hal ini, maka saya bersetuju agar FFM ke -22 DIadakan di UMS.
14) Dengan adanya penganjuran FFM kali ini di UMS , saya berharap agar Sekolah Pengajian Seni kita dapat mengambil peluang ini bagi meningkatkan mutu serta melebarkan lagi aktiviti seni tempatan dan sebagainya di dalam mahupun luar negara. Insya Allah.
15) Jika kita katakan FFM ini melalaikan, saya juga bisa berpendapat Konsert Nasyid juga bisa melalaikan, jika kita lupa kepada yang maha pencipta di dalam hati kita. Kita harus kembali kepada asas disenalik perkataan tersebut. Bukan saya katakan FFM itu tidak melalaikan, tetapi jika kita tahu caranya, saya rasa iainya harus dilakukan.
16) Islam itu indah, islam tidak pernah melarang aktiviti seni. Berhibur tiada salahnya jika hiburan itu berlandaskan Al-quran dan Sunnah.
17) Tulisan ini bukan untuk mencari populariti mahupun enemi, tetapi ianya sekadar pandangan daripada insan kerdil, saya amat yakin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi saya tiada apa-apa masalah untuk kita memberi pandangan selagi ianya tidak melebihi aturan tabii manusia. Pandangan dan pendapat pembaca sekalian dialu-alukan dalam kita mencari satu titik persetujuan.
18) Laksana atau tidak FFM ke-22 di UMS tidaka kan memberikan apa-apa kesan kepada kita. Ianya terletak dala bidang kuasa Pihak Pentadbiran. Semoga penilaian yang dibuat oleh mereka adalah yang terbaik buat kita dan terimalah keputusan itu dengan redhanya. Saya teringat kata-kata seorang abang kepada saya apabila saya kalah dalam pertandingan debat " Dik...., redhalah dengan ketentuan ini.....". Saya juga berharap yang mereka yang menentang, redhalah dengan keputusan dan ketentuan ini...
Wallahu'alam.....
Posted by NIVYANFAZZA at 8:15 PM 3 comments
Labels: ISU SEMASA
Tuesday, February 17, 2009
AGAMA ITU PESONA JIWA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
YB ELIZABETH
1. Malaysia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi besar, gempa bumi penyebaran foto separuh bogel YB Elizabeth Wong, ADUN BUKIT LANJAN.
2. Saya masih berfikir tentang politikus, rakus seperti tikus! Inikah politik? Dalam hendak mencapai sesuatu, apa jenis cara yang digunakan, adalah halal walaupun perkara tersebut berkenaan maruah seseorang.
3. Saya tidak mahu mengatakan ini konspirasi orang-orang tertentu, saya juga tidak mahu mengatakan kejadian ini satu kejadian yang direlakan. Andaian adalah biasa bagi kita, tetapi andaian yang negatif akan jatuh kepada fitnah dan kazaf.
4. Ada orang kata kes ini sama dengan kes Dato Sri Chua Soi Lek, tetapi saya melihat kes ini lebih kepada seperti kes Nasha Aziz yang mana gambar beliau ketika mandi dirakam.
5. Akhbar mengatakan gambar tersebut diambil oleh bekas teman lelakinya beberapa tahun yang lepas. Kalau maklumat ini betul, saya yakin ada dalang disebalik isu untuk menawan puncak gemilang seperti di Perak Maaf, ini andaian saya.
6. Sebelum ini heboh Exco kerajaan Selangor ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Pelabuhan Klang, yang peliknya orang yang dituduh berkhalwat itu adalah seorang perempuan yang bertudung labuh dan juga ahli PAS. Saya tidak kata semua perempuan bertudung itu bersih dari noda. Tetapi ada ciri-ciri tertentu yang bisa menggambarkan budi & hatinya.
7. Perak jatuh ditimba tangga, Selangor menanti tsunami datang melanda, Kedah bersiap sedia, takut-takut bahaya tiba-tiba menerpa. ADUN Bukit Selambau pun dah letak jawatan, Kedah mesti bersiap sedia.
8. Saya berbicara atas dasar kemanusiaan, bukan dasar politik. Saya tidak mahu memihak kepada PKR mahupun UMNO. Kedua-duanya bagus, kedua-duanya juga ada kelemahan. Jadi, cara untuk memilih, pilihlah yang terbaik- banyaknya kebaikan, kurangnya keburukan.
9. YB Elizabeth menawar diri untuk meletak jawatan sebagai EXCO dan juga ADUN, bertanggung jawab atau rasa bersalah? Andaian timbul lagi dibenak fikiran. Jawapan akhir, harus datang dari Sultan, Sultan akan tentukan.
10. Tetapi bagi orang-orang tertentu ini satu kemenangan, walaupun matlamat itu tidak menghalalkan cara. Maaf, saya bukan menuduh, tetapi kalau terasa pedas, segeralah mencari air.
11. Semailah budaya, tingkatkanlah agama, nescaya tiada yang teraniya, hidup bersama pasti bahagia.
BAS : KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI
12. Ramai mengatakan isu ini sebgai isu lapuk, sehingga ada mahasiswa sudah fed up untuk membuat teguran mahupun aduan.
13. Sejak pemerintahan Saudara Husin, Saudara Azlan, Saudara Hasanal sehinggalah kepada pemerintahan sekarang iaitu Saudara Azrul, isu ini tidak juga selesai, malah seakan-akan lebih teruk walaupun ada penambahbaikan.
14. Saya terfikir dan mencari, apakah sebenarnya punca kepada masalah pengangkutan ini? Adakah bilangan bas untuk kegunaan harian mahasiswa kurang atau tidak cukup walaupun ada penambahan bas? Atau kekurangan pemandu bas? Atau ada udang disebalik batu?
15. Sepatutnya setelah beberapa kepimpinan sudah berlalu, perlu satu kajian yang menyeluruh dijalankan. Ini berkaitan dengan kebajikan mahasiswa, berkaitan dengan kehadiran ke kelas, berkaitan dengan prestasi akademik mahasiswa kerana dalam isu bas ini stakeholdersnya adalah besar.
16. Saya ingin mencadangkan kepada MPP, bukan saya hendak mengajar anda membuat kerja, tetapi cadangan, saya berharap agar anda membuat satu kajian di setiap kolej kediaman terutamanya kolej di luar kampus mengenai bilangan pelajar mengikut waktu dan jadual kuliah.
17. Contohnya di KKIP, kelas yang bermula jam 8.00 pagi merupakan kelas yang paling ramai diambil oleh mahasiswa, jadi pihak MPP mahupun pihak yang berkenaan harus menyediakan bas yang secukupnya untuk menampung bilangan ini.
18. Apa yang terjadi jika tiada satu sistem yang sistematik, wujudnya "barbaric people" yang berebut-rebut untuk menaiki bas ke kuliah. Yang kuat menang, yang lemah kalah. Keluar rumah berseri-seri, sampai di kuliah hilang seri.
19. "Datang awal ke kelas, jangan tunggu last minutes", ini kata-kata pengecut yang hendak lari daripada masalah. Tahukah anda fakta di KKIP, kebanyakan mahasiswa datang seawal jam 6.30 pagi untuk menaiki bas, jam 6.45 bilangan mahasiswa semakin bertambah, jam 7.00 pagi sekurang-kurang 4 buah bas diperlukan. Kerana semua mahasiswa membuat andaian datang awal tidak perlu berebut, tetapi andaian itu juga andaian kepada semua yang mahu ke kelas tanpa berebut untuk menaiki bas! Jadi akhirnya, itu bukan satu penyelesaian yang efektif.
20. Waktu menunggu bas juga tidak sistematik. Pemerintahan yang lepas telah membuat jadual perjalanan bas yang mengalahkan takwim solat, 2 hari sahaja ikut jadual, hari ketiga keadaan balik seperti sedia kala. Ini kerana tiada penguatkuasaan, jadi, jadual hanya tinggal pada nama sahaja.
21. Saya ingin mencadangkan kepada pihak MPP agar bas bergerak setiap 30 minit atau 45 minit sekali. Ini akan memudahkan para pelajar untuk merancang masa menunggu, tidaklah terpaksa menunggu ibarat pungguk rindukan bulan.
22. Pelbagai peristiwa ketika menunggu bas untuk ke kuliah telah menukar andaian saya.
23. Apakah andaian tersebut? Perempuan sememangnya lebih kuat daripada lelaki. Kalau anda pembaca tidak percaya datang ke KKIP pada waktu kuliah pagi ketika berebut untuk menaiki bas.
24. Yes, wanita sememangnya lebih kuat daripada lelaki. Maaf, ini andaian saya sahaja, kalau anda rasakan betul, maka betullah andaian saya.
25. Semua orang berada dalam keadaan dilemma, antara menjadi manusia yang tak bertamadun untuk berebut menaiki bas atau datang lambat ke kuliah.
26. Alahai manusia Dilemma
*pic creditted to A10-02
Posted by NIVYANFAZZA at 6:31 PM 2 comments
Labels: ISU SEMASA
Wednesday, February 11, 2009
HORMAT MENGHORMATI BUDAYA KITA, BELAJARLAH DARI BUDAYA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
1. Sibuk dengan SIFE PROJECT
2. Malas yang terlalu menyelubungi hati sanubari
3. Terdapat 2 midterm bagi teras program iaitu Meteorology dan juga Oceonography Chemistry
*BALASUNGKAWA*
Al-Fatihah...
SNIPPET
*ini adalah pendapat tuan empunya diri, segala pemahaman adalah daripada empunya diri, pendapat rakan-rakan lain juga diterima untuk proses pembelajaran*
NEGERI PERAK

1. Bermulanya isu ini dengan aktiviti lompat-melompat, ada yang main lompat tinggi dan ada juga yang main lompat jauh. Yang bermain lompat tinggi dan jauh ini telah memberi kesan yang besar kepada Tuan rumah penganjur. Isu lompat-melompat dan beli-membeli ini bukan isu baru, ianya telah berlaku sudah lama, iaitu semasa UMNO mahu tubuhkan kerajaan BN di Sabah, semasa itu dibawah pemerintahan SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
2. Isu ini kembali hangat selepas PRU-12, Apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim menyatakan seramai 31 ahli BN yang akan melompat ke PKR. Itu wawasan Dato' Sri Anwar, WAWASAN 16 SEPTEMBER dalam merangka menawan PUTRAJAYA.. Saya tak pasti, kenapa sampai sekarang tiada juga yang melompat masuk PKR. Saya berfikir mungkin bakal-bakal pelompat ini sedang membuat latihan, nak main lompat tinggi dan lompat jauh ni bukan mudah seperti main congkak. perlu guna duit, bukannya sikit, tapi berjuta-juta.
3. Bila dah melompat, PKR dan BN ada jumlah ADUN yang sama bilangannya, iaitu 28 orang. 3 Orang lagi jadi ADUN BEBAS, tetapi dikatakan telah menyokong BN untuk tubuhkan kerajaan majoriti di negeri lompat melompat itu. Kalau dah sokong BN buat kerajaan, kita janganlah cakap bebas, masuk je la BN, habis cerita.
4. Dato Sri Nizar, terkapai-kapai, MB lagi ke atau tidak? PKR cakap MB, Sultan kata letak jawatan. "Malay Dilemma". "Yes, MALAY DILEMMA"
5. Sebenarnya dalam isu ini, biarlah rakyat yang membuat keputusan. Gubal undang-undang baru, sesiapa yang lompat macam katak, hilang jawatan ADUN mahupun Parlimen, dan pilihanraya harus dijalankan sama dengan prosedur bila terjadinya kematian seseorang wakil rakyat.
6. Rakyat sokong calon adalah atas kapasiti Parti yang dibawa, bukan orang (secara umumnya). Contohnya kalau UMNO letak calon di kawasan yang dikuasainya, sesiapa pun boleh menang, letak NIVYANFAZZA pun pasti menang, kerana rakyat sokong parti, bukan sokong orang. Jika Dato Sri Abdullah menjadi calon PAS, di kawasan parlimen Kubang Pasu, saya yakin beliau akan kalah kerana itu kawasan kubu kuat BN!
7. Di Perak, isu ini menjadi semakin hari semakin besar adalah disebabkan oleh media. Ini salah media yang tidak memberi ulasan yang benar lagi betul. Kata derhakalah, itu la, ini la. Sebenarnya Dato' Sri Nizar menggunakan perkataan "derhaka" adalah untuk menunjukkan beliau tidak boleh meletak jawatan disebabkan oleh perlembagaan negeri yang menyatakan hanya 3 cara sahaja jawatan Menteri Besar boleh dilucutkan iaitu undi tidak percaya, beliau sendiri meletak jawatan dan juga pembubaran DUN Perak. Sembah DERHAKA itu bahasa istana. Kalau derhaka yang betul-betul ialah dengan menyerang istana ataupun mengepung istana. Ini baru kita boleh hukum Dato Sri Nizar!
8. Samada Dato Sri Nizar mahupun Dato' Dr Zambry kedua-duanaya adalah bagus, kedua-dua pemimpin yang layak. kalau mereka tidak layak Allah tidak akan angkat mereka berdua menjadi pemimpin. Ini janji Allah.
9. Dato' Sri Nizar tuntut keadilan, Dato Dr Zambry tunggu kesan. Inilah yang akan terjadi kepada kepimpinan Perak.

10. Kita semua manusia biasa, bisa melakukan kesilapan, silap percaturan adalah biasa, tidak kira sultan mahupun hamba rakyat jelata. Hanya Nabi yang maksum dari segala cela.
11. Kembalikan kuasa rakyat, adakan pilihanraya di 3 kerusi DUN yang suka main lompat-melompat. Sempena pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan juga Bukit Selembau, apa salahnya adakan sekaligus pilihanraya kecil untuk 3 ADUN yang suka lompat-melompat itu.
12. Saya yakin dan percaya, jika rakyat yang memilih, itulah keadilannya. Samada Dato Sri Nizar atau Dato Dr Zambry, biarlah rakyat yang memilih, mana satu yang mereka suka, bukan orang lain yang pilih untuk rakyat perak sukai.
13. Saya suka pakai baju yang saya pilih sendiri, saya tidak suka pakai baju yang dipilih oleh orang lain, dahla kita tak boleh memilih, malah dipaksa pula untuk memakainya....Wallahu a'lam...
JAKMAS
1. Saya timbulkan isu ini bukan untuk menghiris atau menyentuh perasaan sesiapa, jika ada yang terasa, harap bisa dimaafkan.
2. Kita manusia mempunyai banyak sifat. Ada sifat mahmudah dan juga sifat mazmumah. Jadi sifat bongkak, bercakap besar dan dan tidak serius dalam sesuatu perkara, itu adalah perkara biasa. Saya juga ada sifat seperti itu, tapi kita harus tahu bila ingin menggunakannya.
3. Yes, saya tahu anda pemimpin, kami rakyat. Yes, anda berkuasa kami mengikuti arahan. Tapi anda harus sedar, anda berkuasa, kuasa itu kami yang berikan asbab kepada Kuasa Allah.
4. Ini hanya teguran, jangan ingat bila kami rakyat jelata bukan pimpinan, kami boleh direndah-rendahkan ibarat kami tidak tahu apa-apa.
5. Anda hanya pinjaman untuk jadi pimpinan, jawatan datang dan pergi, ukhwah itu yang kekal abadi.
6. Sebelum jadi pemimpin lain gayanya, lain coraknya, lain bahasanya. Selepas menjadi pemimpin, diharapkan corak itu cantik bila dipandang, bahasanya pula manis dan sedap didengar, tetapi kesemua itu melesep. Hilang dibawa arus deras sungai Likas.
7. Perlukah perubahan itu dalam pemerintahan, jika ia bisa memutuskan silaturahim..?
8. Saya tak nafikan perubahan itu perlu bila jadi pemimpin, seperti confidence, berani, petah berkata-kata, berpenampilan menarik, bukannya perubahan dari segi keperibadian. Contohnya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, tetap sama, di pejabat, di rumah, sebelum jadi menteri besar dan sehingga sekarang, itu lah Tuan Guru, bukan orang lain.
9. Jadi, kita manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan kita adalah Iman dan taqwa.
D'PUSTAKA CAFE

1. Alhamdulillah, tempat yang lebih baik daripada Kafe sebelumnya. Selesa ketika menjamu selera. Tapi hati tetap gundah gulana.
2. Seakan-akan tiada cacat cela, tetapi sebenarnya ada duka terselit hiba.
3. Makanan yang MAHAL seperti saya sedang menjamu selera di FOODCOURT, KLCC, atau makan kat Crystal Jade Kitchen Pavillion. Nasi + lauk+ sayur = RM5++
4. Perbandingan yang saya buat ketika makan di D'PUSTAKA CAFE dengan Restoren lain di luar UMS adalah wujud satu perbezaan yang ketara, nasi+lauk+sayur+milo ais = RM5++.
5. Apa masalah Sebenarnya dengan D'PUSTAKA KAFE? Adakah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu atau masalah kekeliruan politik di Perak memberi kesan? Ataupun masalah sewa Kafe yang terlalu tinggi?
6. Saya tahu sahabat-sahabat yang mempunyai wang lebih daripada biasa akan mengatakan yang penting kenyang, harga lain cerita. Kta harus ingat, adakah kita perlu ditindas untuk mendapatkan sesuatu nikmat yang kita boleh juga dapat dengan harga yang murah sedikit. Kita bukannya bekerja, tapi masih belajar. Lainlah kalau cafe di Jabatan Perdana Menteri atau kafe di Wisma Persekutuan!
7. Saya berharap agar pihak MPP dapat menjawab isu ini dan mengambil jalan penyelesainnya. Harga makanan yang ditetapkan seperti Tom yam dan Sup adalah biasa, kalau kita rasa mahal kita masih lagi boleh membuat pilihan, Harga ada di depan, nasi campur? Harganya tetap bercampur-campur, lauknya sama tapi harganya boleh berbeza....Manusia, oh manusia!
8. Ini hanya suara dari kami rakyat jelata. Yang diberi amanah, inilah masa untuk berbisa dan berbakti kepada pemberi amanah nusa dan bangsa, supaya usaha anda kan menjadi budi yang sukar dibalas.
PERSIDANGAN MPP
1. Diharapkan dapat dibuat seawal jam 8.30 mlm, banyak isu yang hendak di aju dan dituju.
2. Kekangan masa sentiasa mencemburui, jadi carilah pakar "timing" yang betul dan mampu.
3. Masa singkat, penjelasan juga singkat, yang tersingkat tak juga dapat dilabuhkan, masih lagi dalam keadaan separuh bogel!
4. Jadikan pengalaman yang lepas sebagai panduan, tinggalkan persengketaan demi perpaduan.

Wassalam.....

* ZEN GARDEN RESORT-SIFE RETREAT. 13-15 FEBRUARY 2009* * PENUKARAN GANTI NAMA DIRI "PENULIS" KEPADA "SAYA" SUPAYA SEDAP DIDENGAR DEKAT DI HATI*
Posted by NIVYANFAZZA at 9:55 PM 4 comments
Labels: ISU SEMASA

