Tuesday, September 22, 2009

WANG ZAKAT I

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog ini...terima kasih diucapkan.

1) Setiap tahun dan juga bila cukup syarat umat islam di wajibkan membayar zakat. bagi yang tidak mampu dan termasuk dalam golongan asnaf 8, akan menerima wang zakat.

2) Sistem pengurusan zakat di Malaysia dikatakan antara yang terbaik di dunia. Saya tidak mahu komen tentang ranking ini, sebab saya tidak mengetahui secara mendalam tentang pengurusan zakat negara luar kecuali Arab Saudi.

3) Arab Saudi mempunyai Menteri Khas yang menguruskan zakat dan wakat.

4) Di Malaysia ianya diletakkan di bawah Jabatan Agama Ialam mengikut negeri masing-masing.

5) Apa persoalan yang ingin saya kupas? Persoalan yang ingin saya kupas ialah mengenai perbelanjaan wang zakat yang berjuta-juta ringgit, sedangkan umat islam di Malaysia masih lagi berada dalam belenggu kesusahan, masalah birokrasi, pengagihan secara tidak telus dan sebagainya. Harap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

6) Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan Majlis Agama Islam ataupun sesiapa, ianya cuma berkongsi pendapat dan pemikiran.


7) Pengertian zakat dari segi bahsa ialah "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.


Manakala dari segi syarak pula ialah:

Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


Asnaf tersebut sepertimana yang dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:


"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"



Ada 8 asnaf zakat iaitu:

  1. Fakir

  2. Miskin

  3. Amil

  4. Muallaf

  5. Riqab

  6. Gharim

  7. Fisabillilah

  8. Ibnu Sabil

Ini adalah mukaddimah kepada isu bulan ini, isu ini akan disambung pada artikel Wang zakat II.

1 comments:

pie said...

Kita punya TNC HEPA skrg, ada research "Kajian Pembangunan Rakyat Sabah".
Antara yang mo d tgk lam research ni pengagihan zakat.
Aku xtau apa hasil kajian ni.
Mau jugak ak tnya...