Thursday, March 26, 2009

SUARA PERUBAHAN AKAN BERMULA

PEMILIHAN AGONG
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)
24 hingga 28 Mac 2009


PRESIDEN UMNO MALAYSIA
Y.A.B. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak

TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA


Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj. Yassin

NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA


Datuk Seri Zahid Hamidi


Y.B Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussien


Y.B Datuk Seri Shafie Afdal

KETUA WANITA UMNO MALAYSIA
Y.Berbhg. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
Y.B En. Khairi Jamaluddin

KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


*LAYOUT MERAH SEMPENA PEMILIHAN AGONG UMNO 2009




Friday, March 20, 2009

ISLAM DAN ALAM SEKITAR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Sempena dengan kehadiran sambutan HARI BUMI pada 28 Mac ini, saya ingin mengupas serba sedikit mengenai alam sekitar atau pun dunia yang kita duduki ini. Posting-posting sebelum ini saya tidak pernah berbicara mengenai agama, bukan apa, saya takut saya membawa ajaran yang sesat kepada para pembaca. Jadi, saya biarkan hal-hal yang berkaitan agama ditulis dan diolah oleh yang berkemampuan. Tetapi, sebagaimana yang kita tahu, dakwah adalah peranan setiap kita orang islam, untuk saya cuba juga membawa sedikit hal yang berkaitan agama yang tidak berat , seperti beratnya bab Aqidah.

Hari ini pelbagai bencana dan bala telah menimpa dunia kita. Sebut sahaja Tsunami semuanya terketar-ketar ketakutan, bukan itu sahaja, banjir kilat, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya telah menimpa kita. Adakah kita pernah bertanya, salah siapakah ini semua? Tapi bagi kita, inilah hakikat yang harus kita terima dengan sabar dan redhai.

Tetapi sedar atau tidak, kejadian-kejadian fenomena alam ini berlaku disebabkan oleh 2 perkara (semulajadi dan juga faktor manusia). Persoalan yang ingin kita bincangkan pada hari ini ialah berkaitan dengan kerakusan tangan-tangan manusia sehingga dunia menerima kesannya. Kita lupa bahawa dunia mahupun alam sekitar itu juga merupakan salah satu entiti kejadian atau ciptaan ALLAH. Apabila bumi kita sakit, Ianya tidak dapat lagi memberikan perlindungan kepada kita daripada bencana alam ini.

Isu pemanasan global bukan satu isu baru, isnya sudah dibincangakan bertahun-tahun lamanya selepas berlakunya revolusi perindustrian di Eropah. Kesan daripada perkembangan ini telah menyebabkan berlakunya fenomena
'climate change' ataupun 'global warming' yang cukup dasyat kesannya kepada alam sekitar. pembebasan gas CO2 ke atmosfera secara terus telah menyebabkan kesan rumah hijau.

Terkesima dengan fenomena ini, telah menyebabkan saintis mencari pelbagai kaedah untuk mengurangkan peratusan gas
CO2 di atmosfera sehingga mereka memutuskan untuk menjalankan 'ocean fertilization' iaitu pembajaan laut! Proses ini dilakukan dengan menambahkan Iron atau pun Urea ke dalam laut untuk menghasilkan 'phytoplankton blooms' (seperti dinoflagella, diatom, dll). Apa fungsi ledakan fitoplankton ini? Saintis telah menjalankan kajian bahawa 50% daripada CO2 di atmosfera adalah diserap oleh fitoplankton untuk menjalankan prose fotosintesis. Jadi dengan adanya ledakan ini kadar CO2 yang diserap di atmosfera juga akan bertambah. Tetapi cadangan ini talah dibantah oleh banyak pihak termasuk kerajaan dan juga NGOs, disebabkan kesan daripada pembajaan ini terhadap ekosistem dan ekologi masih belum diketahui.

Tetapi, ada sesetengah orang menyarankan agar projek ini dilaksanakan, bak kata pepatah "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", jadi jika kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu kesannya. Mengikut London convention-all dumping activities into the ocean are prohibited.

Islam agama yang syumul, agama yang menjadi landasan hidup kita sebagai muslim. islam itu bermulanya kita bangun dari tidur sehingga kita kembali menemui tidur.
'Islam is a way of life'. Islam juga menekankan hubungan di antara 3 entiti yang utama. manusia-pencipta, manusia-manusia dan manusia-alam sekitar. Inilah konsep islam.

Tetapi hari ini kita cukup sedih, ulama-ulama dan para alim kita tidak pernah atau pun jarang sekali berbicara mengenai alam sekitar dari perpekstif agama islam, dari perpekstif Al-quran dan juga Hadis. segala persoalan berkaitan pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya ibarat datangnya dari barat, dan seolah-olah islam tiada langsung berbicara mengenainya. Para alim ulama kita hanya sibuk berbicara mengenai masalah faraid dan sebaginya, ada juga ulama yang sibuk berpolitik sehingga lupa mengenai hal-hal yang berkaitan Alam sekitar. Siapa yang salah sebenarnya, kita atau kita???

Allah telah berfirman di dalam surah
Al-An'aam ayat 38 yang berbunyi " Dan tidak seekor pun binatang yang melata dibumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu". realitinya, kehidupan dunia haiwan mahupun tumbuhan seperti juga kehidupan kita manusia. Mereka juga beribadah kepada Allah dengan cara mereka. Adakah kita berkuasa untuk menjahanamkannya? Siapakah kita di sisi Allah? Persoalan yang memerlukan jawapan ikhlas hati nurani kita.

Pemikiran mengenai peri pentingnya pemuliharaan binatang dan alam sekitar daripada musnah telah lama difahami oleh ulama-ulama islam sejak dahulu lagi. Antaranya ialah
Imam Al- Khattabi (meninggal 388H). Ketika menghuraikan hadis di dalam kitabnya Ma'alim Fi al-Sunan, beliau berkata "Maknanya, Baginda S.A.W tidak menyukai (perbuatan) melenyapkan mana-mana umat (entiti) dan perbuatan menghapuskan aman-mana generasi makhluk...kerana tidak ada mana-mana makhluk ALLAH melainkan ada padanya hikmah dan faedah tertentu." (jilid 4,hlm.132-133).

Barulah kita faham, kenapa umat islam sekarang semakin mundur dalam pelbagai bidang termasuklah juga dalam pengasasan idea-idea tekini dan segar. Punca bukannya islam tidak mengajarkan kita mengenai hal tesebut atau islam kekurangan sumber tetapi puncanya ialah ketidakpedulian, kejahilan atau terlepas pandang atau lain-lain terhadap hal-hal penting. (Contohnya isu
PPSMI, Untuk maju, kadang kala kita harus korbankan sesuatu, tetapi dasar PPSMI kita tidak akan mengobarkan ke-melayuan kita).

Jadi, kita selaku mahasiswa yang dikatakan bakal menjana keunggulan ummah, harus melihat setiap perkara adalah benda yang penting dan kita perlulah mengambil ihtimam terhadap hal tersebut. jangan di sebabkan kejahilan kita, agama yang menjadi sindiran jelek orientalis mahupun penganut-penganut agama lain.

I WISH U ALL HAPPY EARTH DAY 2009!

*
Diharapkan agar kita semua dapat menutup lampu selama satu jam bermula jam 8.30 mlm sehingga 9.30 mlm, dengan usaha kita yang tidak seberapa ini, bakal mencetus satu gelombang perubahan yang besar....kita harus ingat
You don't have to be A politician or The President of company or A famous doctor to make everyone's life better. SOMETIMES THE SMALLEST THINGS MAKE THE BIGGEST DIFFERENT.

Tuesday, March 17, 2009

SNIPPETS

KAHWIN MUDA

1) Saya begitu sedikit teruja bila mendapat tahu bahawa kawan-kawan saya semasa belajar di KISAS sudah ramai yang menamat zaman bujang, dengan mendirikan rumah tangga dengan calon pilihan hati.

2) Hal ini kepada saya menjadi satu cabaran, dan juga sindiran. Iyalah, mereka sudah, saya bila lagi? Persoalan yang terpacul di kepala, bukan sekali tetapi berulang kali.

3) Dalam hal cinta, semua daripada kita sudah power belaka. Apa itu cinta, rahsia cinta, semuanya kita sudah biasa.

4) Cuba kita bayangkan, pada saat ini kita telah menjadi suami atau isteri orang. Apakah perasaan kita, adakah gembira diulit bahagia?

5) Tetapi itu, bagi saya yang sudah bersedia, bolehlah mencipta rumah tangga.

6) Pada saya, masih belum lagi bersedia, masih butuh waktu untuk bersedia, masanya belum tiba untuk berumah tangga.

7) Bagi yang sudah bersedia, teruskan niat bahagia, jangan pula maksiat berleluasa.

8) Bagi yang masih tiada teman setia, carilah sementara stok masih ada.

9) Bila tiba hari bahagia, harap bahagia selamanya....


PILIH-MEMILIH

10) Pemilihan pucuk pimpinan UMNO akan bermula pada minggu depan.

11) Indonesia sudah pun mula membuka gelanggang pilihanraya, untuk memilih perwakilan mereka.


12) Dalam diam-diam, rupa-rupanya ada jerung besar yang menggemparkan negara, calon Timbalan Presiden UMNO disabitkan dengan kesalahan politik wang.

13) Satu lagi episod duka bagi parti perkasa, mahu menutup muka,te tapi kesalahan tetap akan dibicara.

14) Dihalang daripada bertanding Timbalan Presiden, dan ada juga yang digantung keahlian selama tiga tahun.

15) Well, kita akui setiap orang buat mistake, kita pun buat mistake, pembangkang pun buat mistake juga, kerajaan pun buat mistake juga...

16) Bagus juga, sekurang-kurangnya yang bernanah dan luka itu sudah dicantas daripada merebak kebahagian yang utama.

17) Pembangkang pun suka, ye la....UMNO dah terluka, tunggu masa untuk menerpa.

18) Suka, suka juga, pembangkang sempurna ke???

19) Harap perubahan akan bersama UMNO, Presiden baru bakal membawa dimensi baru


20) Tapi pembangkang tak suka, kata mereka, PM baru suka guna C4, suka guna ISA, dan sebagainya. Sikit-skit letup, ingkar arahan, letup, sehingga mengegarkan dunia.



21) Ketua PKR pun suka juga, rela guna wartawan Perancis nak sebar berita, PM baru Malaysia talam dua muka, diam-diam letup manusia.


22) Alahai mereka-mereka yang terdesak, padan muka! Jangan buat tak reti bahasa, nanti rakyat terasa.

Monday, March 16, 2009

ORANG BERKUASA

1) Semua manusia di dunia ini mahukan kuasa, kerana kuasa, boleh memberikan kita segala-galanya termasuklah juga kawan-kawan sementara.

2) Bila berkuasa, ramailah yang mahu menjadi kawan, sahabat, dan berbagai-bagai lagi.

3) Orang yang berkuasa, amat suka, sehinggakan lupa pada dunia. Ialahkan ramai kawan, ada kawan yang sekuasa, ada kawan yang baru habis berkuasa dan juga kawan yang baru dijumpa.

4) Dunia orang yang berkuasa ibarat seperti "Alice in WOnderland", semuanya nyaman-nyaman dan indah-indah belaka.

5) Tapi yang berkuasa ini, lupa pada lumrah dunia, kuasa yang ada hanya sementara, bukan kekal selama-lamanya.

6) Bila mereka yang berkuasa sudah kehabisan kuasa, kawan ketika berkuasa mulai lupa, pada mereka yang dulunya berkuasa. Ingatan mereka yang dulunya berkuasa, mula menerpa, mana kawan-kawanku yang dulu, ketika aku berkuasa???

7) Orang yang tidak mempunyai kuasa mula berfkir, dan berfikir lagi sehingga pening kepala.

8) Kerana apa, kawan-kawan dulu tu hanya ingin tumpang kuasa, dan glamor semata-mata...Mana tahu, kata mereka dapat apa-apa dari mereka yang berkuasa?

9) Orang yang berkuasa mula menunduk kepala, menyesal rupanya.

10) Orang yang berkuasa, jagalah kawan-kawan lama sebelum menjadi orang berkuasa, kerana mereka jugalah, kita berkuasa dan mempunyai kuasa.

11) Tapi yang berkuasa ini jarang reti bahasa, kuasa sudah penuhi kepala, nasihat kawan bukannya bawa apa-apa.

12) Kuasa oh kuasa, aku mudah lupa, mungkin, aku mabuk kuasa.

Blog ini boleh dilayari dengan menggunakan alamat:

1)www.nivyanfazza.blogspot.com
2)www.nivyanfazza.co.cc

*Bila dah tak berkuasa, mahu pandang pun dah tak kuasa*

Friday, March 13, 2009

PPSMI : Karenah Politikus!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Setelah berehat seketika dari menulis di blog, perasaan untuk menulis kembali membuak-buak. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai peristiwa yang telah berlaku di dalam negara mahupun negara.

Tulisan ini hanya pendapat saya, bukan konspirasi atau provokasi.

Sehari sebelum umat islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul, Ibu negara kita KUALA LUMPUR digegarkan dengan perarakan haram membantah PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris) dari Masjid Negara ke Istana Negara.
Saya mengatakan perarakan itu haram adalah kerana tidak mendapat kelulusan dan permit daripada pihak polis, tetapi perhimpunan aman di masjid negara mendapat kelulusan pihak polis, saya kata ianya halal.

Saya tidak pasti siapa dalang di sebalik perarakan ini, tetapi saya yakin dan percaya, wujud golongan "kiri" yang suka membangkang kerajaan terlibat, bukan saya hendak menuduh, tapi ada gambar kat surat khabar yang menyiarkannya.

1. Saya masih berfikir, kenapa "mereka-mereka" ini membantah PPSMI, sedangkan bagi saya PPSMI ini adalah satu kaedah yang baik, jika cara yang digunakan untuk mengaplikasikannya betul dan berkesan, mungkin cara pelaksanaannya sahaja yang tidak memuaskan, tapi bagi saya, masih boleh diperbaiki dan dimaafkan lagi, kerana PPSMI baru dilaksanakan 6 tahun. Perjalanan hidup masih panjang.



2. Saya boleh katakan isu PPSMI adalah isu politik yang sengaja diada-adakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu panas yang lain seperti isu perak dan sebagainya. Jadi "mereka-mereka" ini, mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan. dan saya yakin, apa juga dasar yang dijalankan oleh kerajaan, "mereka-mereka" ini pasti akan tentang. Memang, ini tugas pembangkang kan!
Dulu masa nak bina Putrajaya pun, kata Putrajaya membazirkan wang rakyat, tapi apabila kuasai kerajaan, saya pasti Putrajaya juga akan digunakan oleh mereka-mereka ini. Sama juga dengan Projek Kereta Proton, alasan pun juga sama. Ini semua politik je...

3. Saya juga hairan dengan "mereka-mereka" ini, kata anti ketuanan melayu, katanya tidak ada ketuanan melayu. Tetapi memperjuangkan pula bahasa melayu. Katanya bahasa melayu akan terjejas jika PPSMI ini dijalankan. Kalau bahasa dijaga, tetapi status bangsa diabaikan, apa gunanya kita memperjuangkannya. Kata peribahasa "bahasa jiwa bangsa". Banggakah kita, jika bahasa kita bagus, tetapi bangsa kita lemah dan mundur?

4. Persoalan lagi, saya suka membuat persoalan. Dalam kita menentukan sama ada PPSMI ini sesuai atau tidak, kita mesti bertanya kepada mereka yang pakar dan mengetahuinya.

Contohnya kita perlu membuat kajian, contohnya bertanya pelajar perubatan dan kejuruteraan berkaitan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, samada susah atau tidak atau wujud masalah belajar dalam bahasa inggeris? kita jangan tanya pelajar jurusan seni mahupun agama, mereka sudah tentu tidak meminati Sains. Sama juga dengan hal ini, jangan kita pergi tanya Saterawan negara contohnya Datuk A.Samad Said atau tokoh bahasa yang lain, tetapi tanyalah profesor mahupun dekan jurusan sains dan teknologi, sebab kita menggunakan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik, bukan sastera.

5. lagi persoalan, kenapa pakar bahasa kita selalu mengkritik dasar yang dibuat untuk meningkatkan bahasa kita, kenapa mereka tidak cadangkan satu kaedah yang boleh meningkatkan kegemilangan kepada kerajaan? Bukannya mengkritik dasar tanpa ada alternatif. (seperti kata Presiden MPP)

6. mereka-mereka ini katanya memperjuangkan bahasa kebangsaan, tetapi sekali lagi saya pelik, kenapa semasa DAP mencadangkan penggunaan papan tanda menggunakan pelbagai bahasa tidak dibantah? malah dikatakan bagus dan disokong oleh mereka ini, tetapi bila kerajaan buat dasar PPSMI semuanya menggelupur kepanasan. sekali lagi, ini semua politik!


7. kita juga harus ingat, bahasa Melayu bukan bahasa STATIK, tetapi ianya berkembang mengikut perubahan masa. Saya juga semakin pelik, bila "mereka-mereka" ini mengatakan bila belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, dikatakan sebagai satu penjajahan baru. Saya seakan-akan mahu tergelak, tetapi berhenti sejenak untuk berfikir. Sedangkan bahasa Melayu berkembang dengan mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Yunani, Arab,Belanda, Cina, dan sebagainya untuk berkembang pesat!

8. Jika kita belajar bahasa, selain bahasa Melayu, ia tidak akan sama sekali akan mengikis status bangsa kita. Yang Melayu tetap juga Melayu, manakala yang Cina tetap juga Cina.

9. Jadikan kaedah PPSMI ini sebagai batu loncatan untuk kita menjadi bangsa yang maju bukan sahaja di negara sendiri malah di peringkat antarabangsa. kita tidak boleh menjadikan jepun sebagai contoh, kerana mereka menggunakan bahasa Jepun, mereka juga maju. kita harus ingat, budaya kita dengan budaya mereka adalah berbeza.

*Terdetik juga, sikit-sikit nak buat perarakan, sikit-skit nak buat perhimpunan, alahai kesian rakyat Malaysia yang digula-gulakan oleh mereka-mereka ini.