Friday, March 13, 2009

PPSMI : Karenah Politikus!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Setelah berehat seketika dari menulis di blog, perasaan untuk menulis kembali membuak-buak. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai peristiwa yang telah berlaku di dalam negara mahupun negara.

Tulisan ini hanya pendapat saya, bukan konspirasi atau provokasi.

Sehari sebelum umat islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul, Ibu negara kita KUALA LUMPUR digegarkan dengan perarakan haram membantah PPSMI (Pembelajaran dan Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris) dari Masjid Negara ke Istana Negara.
Saya mengatakan perarakan itu haram adalah kerana tidak mendapat kelulusan dan permit daripada pihak polis, tetapi perhimpunan aman di masjid negara mendapat kelulusan pihak polis, saya kata ianya halal.

Saya tidak pasti siapa dalang di sebalik perarakan ini, tetapi saya yakin dan percaya, wujud golongan "kiri" yang suka membangkang kerajaan terlibat, bukan saya hendak menuduh, tapi ada gambar kat surat khabar yang menyiarkannya.

1. Saya masih berfikir, kenapa "mereka-mereka" ini membantah PPSMI, sedangkan bagi saya PPSMI ini adalah satu kaedah yang baik, jika cara yang digunakan untuk mengaplikasikannya betul dan berkesan, mungkin cara pelaksanaannya sahaja yang tidak memuaskan, tapi bagi saya, masih boleh diperbaiki dan dimaafkan lagi, kerana PPSMI baru dilaksanakan 6 tahun. Perjalanan hidup masih panjang.



2. Saya boleh katakan isu PPSMI adalah isu politik yang sengaja diada-adakan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu panas yang lain seperti isu perak dan sebagainya. Jadi "mereka-mereka" ini, mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan. dan saya yakin, apa juga dasar yang dijalankan oleh kerajaan, "mereka-mereka" ini pasti akan tentang. Memang, ini tugas pembangkang kan!
Dulu masa nak bina Putrajaya pun, kata Putrajaya membazirkan wang rakyat, tapi apabila kuasai kerajaan, saya pasti Putrajaya juga akan digunakan oleh mereka-mereka ini. Sama juga dengan Projek Kereta Proton, alasan pun juga sama. Ini semua politik je...

3. Saya juga hairan dengan "mereka-mereka" ini, kata anti ketuanan melayu, katanya tidak ada ketuanan melayu. Tetapi memperjuangkan pula bahasa melayu. Katanya bahasa melayu akan terjejas jika PPSMI ini dijalankan. Kalau bahasa dijaga, tetapi status bangsa diabaikan, apa gunanya kita memperjuangkannya. Kata peribahasa "bahasa jiwa bangsa". Banggakah kita, jika bahasa kita bagus, tetapi bangsa kita lemah dan mundur?

4. Persoalan lagi, saya suka membuat persoalan. Dalam kita menentukan sama ada PPSMI ini sesuai atau tidak, kita mesti bertanya kepada mereka yang pakar dan mengetahuinya.

Contohnya kita perlu membuat kajian, contohnya bertanya pelajar perubatan dan kejuruteraan berkaitan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, samada susah atau tidak atau wujud masalah belajar dalam bahasa inggeris? kita jangan tanya pelajar jurusan seni mahupun agama, mereka sudah tentu tidak meminati Sains. Sama juga dengan hal ini, jangan kita pergi tanya Saterawan negara contohnya Datuk A.Samad Said atau tokoh bahasa yang lain, tetapi tanyalah profesor mahupun dekan jurusan sains dan teknologi, sebab kita menggunakan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik, bukan sastera.

5. lagi persoalan, kenapa pakar bahasa kita selalu mengkritik dasar yang dibuat untuk meningkatkan bahasa kita, kenapa mereka tidak cadangkan satu kaedah yang boleh meningkatkan kegemilangan kepada kerajaan? Bukannya mengkritik dasar tanpa ada alternatif. (seperti kata Presiden MPP)

6. mereka-mereka ini katanya memperjuangkan bahasa kebangsaan, tetapi sekali lagi saya pelik, kenapa semasa DAP mencadangkan penggunaan papan tanda menggunakan pelbagai bahasa tidak dibantah? malah dikatakan bagus dan disokong oleh mereka ini, tetapi bila kerajaan buat dasar PPSMI semuanya menggelupur kepanasan. sekali lagi, ini semua politik!


7. kita juga harus ingat, bahasa Melayu bukan bahasa STATIK, tetapi ianya berkembang mengikut perubahan masa. Saya juga semakin pelik, bila "mereka-mereka" ini mengatakan bila belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, dikatakan sebagai satu penjajahan baru. Saya seakan-akan mahu tergelak, tetapi berhenti sejenak untuk berfikir. Sedangkan bahasa Melayu berkembang dengan mengambil nilai-nilai dan tatabahasa dari pelbagai bahasa seperti Yunani, Arab,Belanda, Cina, dan sebagainya untuk berkembang pesat!

8. Jika kita belajar bahasa, selain bahasa Melayu, ia tidak akan sama sekali akan mengikis status bangsa kita. Yang Melayu tetap juga Melayu, manakala yang Cina tetap juga Cina.

9. Jadikan kaedah PPSMI ini sebagai batu loncatan untuk kita menjadi bangsa yang maju bukan sahaja di negara sendiri malah di peringkat antarabangsa. kita tidak boleh menjadikan jepun sebagai contoh, kerana mereka menggunakan bahasa Jepun, mereka juga maju. kita harus ingat, budaya kita dengan budaya mereka adalah berbeza.

*Terdetik juga, sikit-sikit nak buat perarakan, sikit-skit nak buat perhimpunan, alahai kesian rakyat Malaysia yang digula-gulakan oleh mereka-mereka ini.

2 comments:

cokodok said...

betul betul betul

NIVYANFAZZA said...

hehe..macam kata-kata tersirat je cekodok..haha....