Monday, February 23, 2009

ALAHAI YANG BERHORMAT.....


1) Saya rasa seperti berada di negara barat, apabila semakin ramai pemimpin kita yang melakukan aksi terlampau. Ada pemimpin tertinggi, ada pemimpin perempuan dan ada juga pemimpin tua. Semuanya rakus membuat aksi terlampau.

2) Bermula dengan kes Dato' Sri Anwar Ibrahim, Dato' Sri Chua Soi Lek, kemudian exco PKR Perak yang memberi rasuah wanita untuk dijadikan hidangan seks serta yang terbaru kes ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth wong.

3) Saya masih lagi kebingungan memikir semakin banyak perkara-perkara terlampau ini didedahkan oleh akhbar-akhbar. Teruknya pemimpin yang kita pilih, Siapa yang harus kita persalahkan? Menurut pepatah cina "kepala ikan, kalau dah rosak, maka badan pun akan rosak". Jadi kalau ketua Parti pun dah tak boleh pakai, anak-anak didIk pun akan menjadi seperti ketua.

4) Tetapi dalam kes terlampau ini, saya cukup berminat dengan kes YB Elizabeth, mungkin kerana YB Elizabeth masih lagi bergetah berbanding kes Dato' Sri Chua, ye la, siapa yang hendak berbicara mengenai orang tua yang melakukan hubungan seks, lainlah kalau YB Elizabeth masih lagi bujang dan mengancam!

5) YB Elizabeth adalah seorang aktivis kemanusiaan dan juga bekas pembantu khas Dato' Sri Dr Wan Azizah sebelum diangkat menjadi ADUN PKR Bukit Lanjan.

6) Siapa pula Hilmi Malik, yang dikatakan bekas kekasih hati YB Elizabeth ni? Hilmi adalah bekas Pembantu Peribadi kepada Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan ,Hee Loy Sian. Dikatakan Hilmi ini adalah antara kekasih yang amat disayangi oleh YB ELIZABETH.

7) Saya suka membuat andaian. Maaf kalau andaian saya silap. Sebenarnya YB Elizabeth pada saya memang bersalah dan tetap bersalah. Ini bukan konspirasi BARISAN NASIONAL atau mana-mana pihak. Gambar tersebut adalah sememangnya beliau. Lagipun beliau memang mengaku itu adalah beliau.


8) Menurut satu sumber, YB Elizabeth mempunyai 3 kekasih gelap, iaitu Ketua Penerangan KEADILAN, Helmi Malik dan seorang pemuda mat salleh. Dipendekkan cerita, Helmi cemburu apabila terjumpa gambar mesra YB Eli dengan pemuda mat salleh lalu memutuskan hubungan sebagai kekasih mereka. Dan timbul andaian di sini, disebabkan cemburu, lalu Helmi menyebarkan gambar tersebut. Ini andaian, dan sebenarnya ramai yang mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap YB Elizabeth, terutamanya pemaju perumahan kerana YB Elizabeth terlalu tegas terhadap pembangunan di lereng-lereng bukit di selangor.

9) Lagi pun menurut sumber tersebut lagi, mereka ini (Helmi dan YB Elizabeth) pernah melakukan hubungan seks, malah bukan hanya dengan Helmi, malah 2 orang lagi kekasih gelap beliau. Kalau YB Elizabeth tidak bersalah, kenapa harus meletak jawatan ADUN dan EXCO? Sedangkan Datuk Sri Anwar tidak membenarkan YB Elizabeth meletak jawatan? Jawapannya cukup mudah, kerana beliau sedar, belaiau bersalah.

10) Apa sudah jadi dengan moral dan wibawa Ahli Parlimen kita sekarang? Sejak wujudnya PKR ini, saya lihat tidak pernah negara senyap daripada berita-berita panas. Ada sahaja timbul berita-berita yang menjelek dan menjijikkan!

11) Saya suka membuat andaian, andaian saya Parti Keadilan hanya menggunakan jaring untuk mencari calon pilihan raya. Bukannya mereka yang betul-betul berkemampuan dalam memimpin. Ada YB KEADILAN yang hanya tamat tingkatan 5 menjadi ADUN dan EXCO di negeri Perak. Mudahnya Parti membuat pilihan? Kita mestilah memilih pemimpin yang berwibawa, berilmu, bukan hanya pandai berkata-kata sahaja.

12) Masalah di Perak pun berlaku disebabkan oleh ADUN KEADILAN yang lompat-melompat, tak ada jati diri, yang menjadi mangsa MB daripada PAS. PAS seakan-akan tersempit, menjadi mangsa keadaan, rela menjadi kuda tungangan.

13) Wahai PKR, janganlah hanya menunding jari dan mencari salah BN sahaja. Lihat diri anda dahulu sebelum menunding kepada orang lain.

14) Bagi saya, wajib YB Elizabeth letak jawatan serta merta tanpa ada manusia yang membantah perletakkan jawatannya. Ini soal moral dan budaya timur, bukan soal kesian. Kalau kita hendak berbicara atas soal kesian, pelacur di lorong Haji Taib lagi perlu kita kesiankan.

15) BN tak bersih, PKR lagi tak bersih, jadi pandailah pilih memilih!

16) kalau dah dua-dua tak bersih, pilihlah yang kurang tak bersihnya.

17) Alahai, Teruknya pemimpin sekarang.

7 comments:

NIVYANFAZZA said...

hehe....sekarangkan hangat pasal kes YB Elizabeth, so ambil peluang untuk memberi pendapat..
oh ye ke zi, GOOD LUCK k!

cokodok said...

wats the problem?? its her life. its his life. they didnt ve sex during office hours or in their rooms at the jabatan?? come on man! i can dare u every single person in the parliament n in the kementerian, ve at least a few girls n guys at their finger tips. exchanging wifes n husbands is a norm in the political world.
to me, as long u do ur work properly, u help us the people, nothing is wrong. if she's a muslim, yes, i'll be agreeing wif u. coz in islam, its wrong to ve sex b4 marriage n wif any guys (duh!!). the problem is, elizabeth wong n chua soi lek are both chinese. so wats the problem? she was having sex wif her boyfren in her house. not in the public! he ve sex wif his mistress in a hotel room. not in public!.
chua soi lek ve done a lot for malaysia in health aspect. elizabeth wong, like u said, is very strict wif her housing project.
if u question them, i'll need u to question more bn people. if u can show me elizabeth wong n anwar from pkr, there are more. much much more in bn.
so wat if he is standard 5 educated? dun judge a person by their education. judge them for their work n personality n who they are n wat they can do for malaysia. i'm not encouraging sex, but think for a moment.
media is the one who make it into a big issue. its their life. juz read kosmo n metro. they ve lots n lots of juicy pics to be shown. apasal nak aibkan org sampai mcm tu?
to me, politicians n singers n actors n actress they are normal human like us. who ve a right ontheir own life. give them space. nobody is perfect. let them choose wat they wanna do. as long they do wat we want them to do n dun do that in public, i think its fine wif me.
i'm sori if i hurt anyone.

Valsonz said...

Yeah... Nobody is perfect..
haha...
sy x nak komen coz biarlah dia dgn hdupnya..
hehe.. sex is juz normal things..
hahaha... ya ke?

hmm... sy mngarut ja ni..
p/s :bila ko mo ambil gmbar... dah lama sdah dlm thumb drive gue..

NIVYANFAZZA said...

thanks for cekodok: Yes i knew, it's his/her life..But we have to understand the limitation when we be a leader. That's why, when we be a leader we have to sacrife our own life for the rakyat sake and so on.

This is not just about kamu bukan islam so u can do anything, we are talking about moral, ethics and philosophy. Even u atheis seklaipun, if u know this moral u do not do it! Believe me.

U cn imagine when ur PM is Womanizer? Even he hiding behind the wall of putrajaya, and nobody's know. still u can accept that PM if u know his habit? I do believe u will take him out from putrajaya.

pls, i tahu kamu bukan nak encourage sex, but dgn menyokong orang buat sex, itu sudah nampak kita encourage budaya sex bebas.

saya tak mencuri, tapi saya tak marah orang mencuri disebabkan dia takda duit, miskin. apa pendirian kita sebenarnya. saya yakin, cekodok pentingkan diri sendiri, sorry to say...disebabkan cekodok tak mencuri, dia rela orang lain mencuri asalkan hidupnya tidak diganggu.
sorry to say...

yes, nobody is perfect, but the system is perfect!

cokodok said...

hehehe the prob is, v cant take them out of putrajaya. everyone noes it, my dear.
though u noe they r womanizers, v cant do any thing. u say election?? they useengundi hantu. u say gv memorandum, b4 ur memorandum goes to the parliament or putrajaya, u r already in isa. hehehe..

i'm not selfish. but u must noe ur minister is juz a normal human being. who ve their own desires. n they ve their dark sides. i ve learn to accept people for who they are, though i expect them to gv more or be better. the people of malaysia, majorityly ve learn to accept who tehir ministers are. though they ve dark sides, they provide the best for the poeple (kalu bkn the best, setakt yg termampu le).

p/s; no offense. this is juz a discussion. hopefully we'll maintain great frens as usual foeva. gud luck for exams!

ruffey said...

kalau macam tu kan cokodok, PARIS HILTON pun boleh ganti Obama? ye tak?

cokodok said...

boleh je kalu nak. di india pun, perdana menteri dulu-dulu pun pelakon gak. pun ada scandal. org tau, tp juz take it is wat it is. sbb dia bykl berjasa utk rakyat india masa tu. sama gak dgn menteri kita. kononnya ada scandal ngan altantuya (tak disabitkan lagi kan?) tp menteri ni buat keje ke tak? byk tak perkembanagn yg dia buat kat insitusi ketenteraan malaysia? masa jd menetri pendidikan, byk tak perubahan yg dia bw? sbb tu la, dia msh duk sbg menteri. walau ada usaha utk tumbangkan dia, walau org mengesyaki dia, dia msh kekal sbg menteri. rakyat pun plh dia ms pilihanraya baru2 ni. ye tak??