Wednesday, February 18, 2009

BETULKAN BARISAN, KEMASKAN BULATAN, AGAR TIDAK TERNODA!

BULATAN Vs BARISAN

1. Penggal kedua persidangan Dewan Rakyat telah dibuka oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong dengan penuh adat istiadat. Ada noda terselit hiba. KDYMM Yang Dipertuan Agong berasa kecewa dengan sesetengah tingkah laku ahli-ahli Yang Berhormat.


2. Saya rasa dan yakin, sidang ini merupakan sidang yang terakhir bagi Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi sebelum melakukan peralihan kuasa kepada Timbalannya iaitu Dato' Sri Najib. Saya amat yakin perkara ini akan berlaku kerana ini janji Dato sri Abdullah, tetapi saya juga yakin orang-orang tingkat 4 tidak akan berdiam diri. Saya hanya pandai membuat andaian, saya harap andaian ini salah.

3. KDYMM Yang Dipertuan Agong telah mengingatkan agar peralihan kuasa berjalan lancar tanpa menjejaskan proses pentadbiran negara. Saya amat bersetuju, kita mahu peralihan kali, sama seperti yang peralihan kuasa Tun Dr Mahathir kepada Dato' Sri Abdullah.












4. Barisan semakin bengkok, bulatan semakin bujur, yang berbaris tidak lurus, yang bulat juga tidak bulat seperti biasa. Apa masalahanya?

5. Desas- desus Parti bulat ingin kembali menjadi Barisan bukan cerita baru, ianya cerita lama. Ada yang suka bulat masuk barisan, ada yang tak suka bulat masuk barisan. Ini saya fikir politik semua.

6. Apa yang penting kepada kita buat masa sekarang? Adakah hanya mahu berdrama seperti sinetron Indonesia yang mana ceritanya berakhir dengan kesedihan, atau sebaliknya? Apa yang penting, ideologi parti atau kemaslahatan ummah?

7. Saya sayangkan Bulat, saya juga sayangkan barisan, kerana kedua-duanya penting dalam kehidupan. Asas untuk menjadi bulat berasal dari satu barisan, kemudian dibengkokkan menjadi bulatan. Saya akan menunggu dan tetap menunggu bulatan masuk barisan atau barisan sama-sama menjadi bulatan.


8. Hari demi hari agama dan keistimewaan bumiputera dicabar. Siapa yang berani mencabar? Saya fikir, ramai berani mencabar, disebabkan barisan yang bengkok dan bulatan yang bujur. Yang menangnya, mereka yang bersorak dibelakang sambil menyelam minum air. Saya pening memikirkannya, di depan pijak semut tak mati, dibelakang ibarat singa yang hendak menerpa mangsa. Saya bukan menuduh, saya hanya membuat andaian, maaf jikalau andaian saya salah lagi.

9. Kenapa Bumiputera berpecah?, kerana kita lupa pada sejarah! Kenapa kita lupa pada sejarah? Kerana kita leka memerah, memerah harta yang bukan hak kita. Senang dicucuk, senang diperkuda, agama dipersenda. Sehinggakan meletupkan manusia perkara biasa, yang penting nikmat dan matlamat bisa digapai. Saya tidak menuduh sesiapa, ini hanya anggapan semata-mata.

10. Kesudahannya, semakin hari kita semakin leka. Kita perlu sedar segera, agama itu penting, semangat bumiputera itu juga penting, jika digabungkan kedua-duanya, ianya seakan-akan boleh dicapai secara bersama. Bukan hanya yang bulat perjuang agama, dan bukan hanya yang Barisan pejuang bangsa. Kita perlu berjuang bersama dalam menggapai puncak jaya.

11. Bak kat pepatah " yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".

12. Saya yakin ramai yang tak suka dan menerima pendapat ini. Kerana yang bulat tetap bulat, yang barisan tetap berisan, akhirnya yang tinggal perpecahan. Kita mesti ingat, "Allah tidak akan membantu umatnya jika kita berpecah belah."


CINTA : ANTARA GEMBIRA DAN CELAKA


1. Allah telah berfirman:

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan)"
(Surah Al-isra' : 32)

2. Cinta itu manis, cinta itu bisa menghiris, bukan hanya kalbu malah iman pada Ilahi. Saya yakin cinta adalah fitrah manusia. Bohong kalau saya katakan tiada langsung perasaan cinta dihati. Yes, saya ada perasaan cinta. Cinta pada manusia.

3. Saya masih lagi mencari, dan akan terus mencari cinta kepada manusia yang membawa kepada cinta Ilahi. Wujudkah cinta seperti itu? Alangkah indahnya dunia ini, jika benar wujudnya cinta sedemikian.

4. Dalam bahasa Arab perkataan cinta adalah "AL-HUBB", dan "AL-'ISHQU". Tetapi masyarakat Arab jarang menggunakan perkataan "AL-'ISHQU" disebabkan ianya mengambarkan cinta yang melalaikan, merosakkan dan cinta yang bisa membinasakan. Cinta antara dua manusia yang matlamatnya selain daripada Tuhan adalah "AL-'ISHQU" bukan "AL-HUBB".

5. Kebelakangan ini, di dada-dada akhbar, seakan-akan wujud satu laporan bersiri mengenai pembuangan anak luar nikah, sex bebas dan rambang dan yang lebih hina lagi ada ibu yang sanggup menyorok anaknya di dalam laci. Siapa kita hendak membunuh bayi tersebut? Tuhankah kita, sehingga sanggup mendera sedemikian rupa? Pandai buat, pandailah jaga.

6. Siapa yang salah dalam hal ini, Ibu bapa atau budaya, atau kurang agama, atau rakan-rakan sebaya? menurut kajian sebuah Universiti, pengaruh rakan sebaya adalah yang utama. Di kampung lemah lembut, sopan santun, bila berjauhan dengan keluarga, segala-galanya gelap gelita. Ke sana- sini berpelesiran entah ke mana! Siapa yang harus dipersalahkan!


7. 14 Februari, hari mulia, kata yang gila kapel. Hari yang ditunggu-tunggu untuk pecahkan dara, bukan andaian saya tapi ini adalah fakta. Mana maruah kita terutamanya wanita? Tidak malukah kita pada katil, pada dinding, pada tilam yang menjadi saksi pertemuan haram dua jiwa? Agama, ibu ayah dilupakan, tidak mengapa, yang penting gembira.

8. Saya cukup terkilan, ada juga bloggers yang menceritakan tentang Valentines Day, Tak salah jika memberi pendapat, tetapi kalau seakan-akan seperti seronok dan menyambutnya, itu satu kelemahan, jika bukan islam bisa di maafkan, jika muslim? Anda tepuk dada, Istighfar, tanya minda. Jika kita boleh memboikot Israel, kenapa tidak pada cinta yang bisa membinasakan, "Valentines Day never exist in our heart"

9. Presiden MPP kita sudah menjelaskan, Valentines Day bukan budaya kita, tapi ada juga yang tak reti bahasa, masih lagi dijajah minda, yang mendapat cela, agama kita. "Muslim pun ada buat maksiat, yang pakai tudung pun sama, sama-sam pecah dara! Apa jawapan kita, hanya diam seribu bahasa. Apa jawapan kita kepada Nabi yang bersusah payah tanpa menghiraukan nyawa untuk menyebarkan islam? Adakah dengan menyalahkan pemerintah semata-mata? Sekali lagi, tepuk dada, tanya minda.

10. Saya bukan menghalang anda bercinta, jika itu hakikat membawa kepada redhai Ilahi, tiada bantahan mahupun paksaan. Kerana saya juga ada perasaan cinta. Berdosakah saya?

11. Tidak sejatikah seorang lelaki itu tanpa perempuan di sisinya? Siapa yang menentukan sejati atau tidak seseoranglelaki itu? Adakah luarannya mahupun dalaman? Sesetengah masyarakat kita masih lagi befikiran kolot, lambat kahwin bukan sejati, minat kaum sejenis dan sebagainya. Ingat kita hanya bisa mencari, jodoh pertemuan itu tuhan tentukan.

12. Saya juga takut, takut diri ini tidak boleh membawa kepada jalan redhai Ilahi. Amat berat rasanya dalam mengharungi perasaan ini. Tapi, hati ini tanpa cinta, ianya gelap gelita. Adakah kerana hati ini lupa atau jauh dari yang Maha Esa?

13. Cinta itu boleh selagi tidak membawa kepada lembah kehinaan. Tetapi adakah wujud cinta seperti itu? Itu persoalan yang harus anda jawapkan!

0 comments: