Saturday, July 18, 2009

PPSMI DALAM KENANGAN II

"Elakkan perbincangan mengenai politik dalam hal ehwal negara, kerana ianya membabitkan kepentingan rakyat" Kata seorang pengubah dasar negara.

1) Keyakinan saya terhadap idealogi perjuagan parti sokongan saya tetap tidak berubah walaupun dasarnya berbeza dari yg dahulu dan sekarang. perbedaan itu saya anggap lumrah dan adat dalam berkepimpinan dan ianya satu rahmat kpd kita.

2) Saya tidak pernah mengatakan saya bijak, mahupun anda kolot mahupun sesiapa pun kolot.

3) Saya sayang Cikgu2 Malaysia, saya sanjung cikgu2 malaysia, kerana mereka, here i am!

4) Jika kita cepat katakan tidak kepada sesuatu perkara yang kita tidak tahu 'long term effect' nya, kita kan rugi kelak. Berusaha dahulu, barulah kita tahu apa keputusannya. Tetapi perkara yang dicuba perlukan masa untuk berjaya.

5) KITA sendiri pun tidak dapat meramal semasa kita berumur 15 tahun yang kita akan menjadi apa yang kita jadi sekarang. Contohnya, Semasa umur 15 tahun kita fikir untuk menjadi cikgu sangat susah, kena bercakap depan orang, kena masuk universiti, buiat itu dan buat ini. Kita ada dua jalan pada waktu itu
1. melupakan hasrat untuk menjadi cikgu,
2. menjadi seorang guru pendidik anak bangsa.

6) Kita bijak kerana memilih jalan yang ke-2. kita pilih jalan ke-2 juga walaupun kita tahu yang kita mungkin akan gagal dan mungkin juga berjaya. Begitu juga PPSMI.

7) Semasa di matrikulasi kita bimbang sekali lagi samada kita dapat atau tidak menjadi guru. Kerana kita telah mendapat maklumat untuk menjadi seorang guru, keputusan (pointer) dan ko-kurikulum menjadi petanda aras untuk memasuki kursus perguruan di universiti di samping persaingan yang sengit di kalangan peminat profesion perguruan.

8) Adakah kita akan berhenti setelah berjuang untuk menjadi guru bermula dari berumur 15 tahun lagi? Atau kita teruskan? Saya yakin kalau kita berhenti dari mengejar cita-cita kita menjadi guru, saya katakan kita bodoh dan rugi yang teramat besar!

9) Begitu juga PPSMI, masih terlalau awal untuk kita menilainya. Walaupun setelah 6 tahun pelaksanaannya, kita masih belum mencapai standard yang dikehendaki, tetapi sekurang-kurangnya kita berada pada satu landasan yang kukuh untuk mencapainya.

10) Sekarang kita berada pada landasan yang kukuh untuk menjadi seorang guru yang diiktiraf, tinggal hanya setahun sahaja lagi setelah berjuang sejak berumur 15 tahun, cuba kita melihat 'time frame' 'dasar' yang kita tanamkan di dalam diri kita, bukan 6 tahun tetapi hampir 8-10 tahun pelaksanaannya.

11) Tetapi malang dengan dasar PPSMI, baru sahaja berada di landasan kukuh untuk mencapai matlamatnya, telah dirosak oleh 'makhluk perosak' yang kononnya hendak menjaga kesuburan 'bunga' tetapi sebenarnya mencantas batang-batang yang tumbuh mekar dan kuat! Kita harus ingat yang kuat itu kebiasaanya bermula daripada sesuatu yang lemah! Contohnya Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, dari mangsa buli menjadi Peninju ulung dunia!

12) KITA SEKARANG TETAP ORANG MELAYU setelah 6 tahun pelaksanaan PPSMI!

13) Perbincangan ini adalah perbincangan terbuka. setiap daripada kita mempunyai pandangan dan pendapat peribadi. Mungkin ini pendapat saya yang mungkin berbeza dengan para pembaca.

14) Jika terasa mohon maaf dipinta. Bukan untuk mengguris rasa tetapi sekadar berkongsi pendapat peribadi sahaja.

15) Apa pun PPSMI sudah muktamad diubah kepada Bahasa Melayu! Kata Kemeterian Pelajaran, KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD!

Friday, July 17, 2009

1MALAYSIA : SATU ANJAKAN PARADIGMA


1) Semua rakyat Malaysia maklum dengan gagasan yang telah dibawa oleh Y.A.B Dato Seri Najib yang bertemakan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

2) Berjaya atau tidak gagasan ini, mana-mana pihak tidak ada kuasa untuk mengatakan ianya gagal mahupun berjaya, kerana dasar ini masih dalam proses pelaksanaan dan mengambil masa untuk mencapai hasil yang konkrit. Tetapi jika kita yakin dan mahu mencapai matlamat seperti yang digariskan, saya yakin kita mampu mencapainya.

3. Untuk mengubah wajah negara kita daripada Negara pertanian kepada negara perindustrian juga mengambil masa yang panjang dan ada juga yang meramalkan idea perubahan yang dibawa oleh Y.A.B Tub Dr Mahathir akan gagal. Dan Alhamdulillah kita berjaya mencapainya. Berikanlah masa.

4. Gagasan 1Malaysia membuka ruang kepada semua kaum di Malaysia untuk hidup sama rata sebagai rakyat malaysia yang berdaulat tanpa melebihkan mahupun mengurangkan mana-mana kaum di Malaysia.

5. Tetapi sesetengah daripada kita lupa bahawa 1Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama. Kesamarataan yang dilaungkan tidak akan sama sekali membelakangi perkara yang telah dipersetujui.

6. Kadang-kadang untuk berjaya kita harus berkorban. Ini adalah fitrah kehidupan. Jika kita masih mengharapkan sesuatu yang sama dari dahulu hingga sekarang, kita mungkin akan ketinggalan. Percayalah. Kerajaan Komunis China pada masa dahulu telah mengamalkan dasar tutup pintu kepada dunia kerana mahu menjaga kepentingan bangsa dan negara komunis mereka selepas perang dunia ke-2. tetapi sekarang mereka telah sedar kerana untuk maju dan bergerak kehadapan sejajar dengan perkembangan pesat dunia itu bukan caranya. Maka, mereka mula melaksanakan dasar membuka pintu kepada dunia luar sehingga mereka menjadi kuasa ekonomi dunia! Seperti kata-kata manusia paling kaya di dunia, Warren Buffet " Abad 20 ialah milik Amerika, manakala Abad 21 adalah milik China"

7. Hak bumiputera selaku warga asal Tanah Melayu harus dijaga dan dipelihara kerana di situlah terletaknya tunjang agama dan perpaduan bangsa. Tetapi harus diingati, hak lain-lain kaum juga harus dijaga. Bukankah dalam islam itu mengatakan semua manusia adalah sama di sisi Allah, cuma yang membezakan kita adalah Taqwa kepada-Nya?

8. 1Malaysia adalah wadah perpaduan negara. Saya kira barangkali menyamai piagam Madinah pada zaman Rasulullah yang mana hak orang islam dijaga dan dipelihara tanpa meminggirkan mereka yang bukan beragama islam. Cuma di Malaysia namanya 1Malaysia, tetapi semangat adalah sama!

9. Hak kaum manoriti seperti pendidikan, kebudayaan,bahasa pertuturan dan keagamaan harus dijaga oleh kaum majoriti kerana itu hak mereka. Jika hak mereka itu tidak menyalahi kesucian agama islam, perlembagaaan dan undang-undang, saya kira meraka bebas mengamalkannya.

10. Kenapa kita Bumiputera takut jika hak kesamarataan dilaksanakan tanpa ada keistimewaaan tertentu selaku hak peribumi? Sebabnya kita masih lemah dalam banyak perkara walaupun ada yang sudah berjaya. Kita takut kehilangan segala-galanya dalam persaingan "kalah mati" tersebut. Penyebab kita lemah bukan salah kaum minoriti tetapi berpunca daripada diri kita sendiri. Maka dengan kelemahan ini menjadi peluang keemasan bagi mereka untuk berjaya.
Untuk berjaya kita harus pandai mencari peluang!

11. 1Malaysia satu gagasan yang indah. Kita harus bekerja bersama-sama untuk merealisasikannya. Jika kita hanya pandai menentang, kelak kita juga akan ketinggalan. Berfikir secara positif dan berusaha bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita akan berjaya.

12. Perbincangan ini bukan melalui skop perundangan secara detail "1Malaysia di sisi undang-undang". Saya bukan mereka yang pakar berkenaan undang-undang.

13. "1Malaysia : Rakyat didahulukan. pencapaian diutamakan"
"1Malaysia : People first, performance now"





Thursday, July 16, 2009

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM KENANGAN

1. Pepatah melayu ada mengatakan "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Sesetangah mereka mengatakan mahu menjaga budaya dan bahasa melayu, tetapi pepatah melayu pun kita tidak gunakan sebagai pendorong kejayaan.

2. Masa hendak melaksanakan PPSMI kerajaan telah membelanjakan berbillion-billion ringgit, kerajaan sekarang sekali lagi terpaksa membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk penukaran tersebut. Siapa yang rugi? Rakyat juga yang rugi.

3. Sekarang, kebanyakkan syarikat besar menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan yang mahir berbahasa inggeris dalam bidang yang mempunyai "compentency" yang tinggi seperti matematik dan sains (termasuklah sains dan teknologi) .

4. Apabila kerajaan menukarkan PPSMI kepada Bahasa Melayu, it blew the minds of many in the corporate circles. Siapa yang rugi? Sekali lagi kita yang rugi. Pemindahan kepakaran teknologi dari syarikat luar kepada masyarakat Malaysia akan menjadi lambat.

5. Kerajaan mencadangkan penambahan masa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di semua sekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasatersebut. Tetapi saya yakin, masa untuk subjek lain akan dipendekkan seperti PJK dan sebagainya (mungkin termasuk Bahasa Melayu). Lainla kalau kerajaan mahu melaksanakan masa persekolahan dari jam 7.45 pagi hingga 5 petang!

6. Subjek seperti PJK dan mata pelajaran yang lain akan dipendekkan waktu pembelajarannya. Ini akan menyebabkan masa untuk aktiviti bersukan dan pengajaran subjek lain akan terganggu. Sedangkan aktiviti Ko-kurikulum dan luar bilik darjah diambil kira untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh, universiti (10%) dan juga untuk mendapatkan biasiswa. Sekali lagi kita kan rugi.

7. "Akal yang cerdas bermula dari tubuh yang sihat!"

8. PPSMI adalah program serampang dua mata. Matematik dan sains kita cemerlang, Bahasa Inggeris juga kita turut akan gemilang.

9. Permasalahan pelajar luar bandar bukan masalah mereka tidak dapat menerima PPSMI disebabkan mereka lemah, bodoh dan sebagainya. Kalaulah ada sesetengah daripada kita mengatakan pelajar luar bandar sedemikian, saya tak tahu la. Bagi pendapat saya pelajar luar bandar mempunyai kebijaksanaan sama seperti pelajar di bandar. Pelajar terbaik SPM 2008 pun, pelajar luar bandar. Pelajar dan guru di luar bandar hanya kekurangan alat bantuan mengajar sahaja. Ini saya kira masalah teknikal, bukan masalah minda. Jadi permasalahan teknikal boleh kita atasi.

8. Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat harus jangan "nak menang pilihan raya, negara tergadai"..oooopppsss silap. Setiap keputusan yang dibuat jangan hanya "menang sorak, kampung tergadai!"

Saturday, July 11, 2009

AKU PASRAH!


Flight at 4:45 ptg waktu Malaysia, tapi jam 4:15 ptg aku masih lagi dalam gerabak KLIA Express.....


Jadi konklusinya, saya missed my Flight....no tears were shed on to my face, no words came out from my mouth...just ingat my mom!!!


So, i will going back to KK on Tuesday....Harap-harap lecturers tak marah...Adoi~!!!