Thursday, July 16, 2009

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM KENANGAN

1. Pepatah melayu ada mengatakan "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Sesetangah mereka mengatakan mahu menjaga budaya dan bahasa melayu, tetapi pepatah melayu pun kita tidak gunakan sebagai pendorong kejayaan.

2. Masa hendak melaksanakan PPSMI kerajaan telah membelanjakan berbillion-billion ringgit, kerajaan sekarang sekali lagi terpaksa membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk penukaran tersebut. Siapa yang rugi? Rakyat juga yang rugi.

3. Sekarang, kebanyakkan syarikat besar menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan yang mahir berbahasa inggeris dalam bidang yang mempunyai "compentency" yang tinggi seperti matematik dan sains (termasuklah sains dan teknologi) .

4. Apabila kerajaan menukarkan PPSMI kepada Bahasa Melayu, it blew the minds of many in the corporate circles. Siapa yang rugi? Sekali lagi kita yang rugi. Pemindahan kepakaran teknologi dari syarikat luar kepada masyarakat Malaysia akan menjadi lambat.

5. Kerajaan mencadangkan penambahan masa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di semua sekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasatersebut. Tetapi saya yakin, masa untuk subjek lain akan dipendekkan seperti PJK dan sebagainya (mungkin termasuk Bahasa Melayu). Lainla kalau kerajaan mahu melaksanakan masa persekolahan dari jam 7.45 pagi hingga 5 petang!

6. Subjek seperti PJK dan mata pelajaran yang lain akan dipendekkan waktu pembelajarannya. Ini akan menyebabkan masa untuk aktiviti bersukan dan pengajaran subjek lain akan terganggu. Sedangkan aktiviti Ko-kurikulum dan luar bilik darjah diambil kira untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh, universiti (10%) dan juga untuk mendapatkan biasiswa. Sekali lagi kita kan rugi.

7. "Akal yang cerdas bermula dari tubuh yang sihat!"

8. PPSMI adalah program serampang dua mata. Matematik dan sains kita cemerlang, Bahasa Inggeris juga kita turut akan gemilang.

9. Permasalahan pelajar luar bandar bukan masalah mereka tidak dapat menerima PPSMI disebabkan mereka lemah, bodoh dan sebagainya. Kalaulah ada sesetengah daripada kita mengatakan pelajar luar bandar sedemikian, saya tak tahu la. Bagi pendapat saya pelajar luar bandar mempunyai kebijaksanaan sama seperti pelajar di bandar. Pelajar terbaik SPM 2008 pun, pelajar luar bandar. Pelajar dan guru di luar bandar hanya kekurangan alat bantuan mengajar sahaja. Ini saya kira masalah teknikal, bukan masalah minda. Jadi permasalahan teknikal boleh kita atasi.

8. Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat harus jangan "nak menang pilihan raya, negara tergadai"..oooopppsss silap. Setiap keputusan yang dibuat jangan hanya "menang sorak, kampung tergadai!"

6 comments:

the.mri said...

Menteri pelajaran Malaysia telah mengumumkan PPSMI telah dimansuhkan. Pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa melayu akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2012.didalam dasar baru ini, terdapat dua pihak yang pro dan kontra sepertimana juga waktu dasar ppsmi diperkenalkan pada tahun 2003.
Dari pandangan saya sebagai seorang guru praktikal yang mengajar subjek matematik dan sains (fizik)mengakui bahawa PPSMI adalah sangat bagus untuk dilaksanakan. Disebabkan inilah Tun Mahathir dengan lantangnya menyuarakan kekecewaan terhadap pemansuhan PPSMI. Namun, ppsmi adalah wajar dimansuhkan disebabkan beberapa perkara. Perkara yang paling utama adalah melibatkan masa depan pelajar sekiranya PPSMI diteruskan. Dari pengalaman saya selama sebulan mengajar subjek matematik dan fizik didapati pelajar lebih suka jika diajar dalam bahasa melayu terutamanya untuk penerangan sesuatu pelajaran. Bagi kelas yang teratas mungkin tidak ada banyak masalah sekiranya diajar sepenuhnya di dalam bahasa inggeris. Rungutan dari teman setugas cukup menunjukkan pelajar di kelas2 belakang mempunyai masalah yang ketara. Walaupun teman saya mengajar subjek matematik 80% dalam bahasa melayu namun mereka masih mempunyai masalah dalam menguasai pelajaran. Ini terbukti apabila ujian dijalankan, hanya terdapat seorang pelajar yang lulus bagi subjek matematik. Bagaimana jika diajar dengan sepenuhnya dalam bahasa inggeris???
Seterusnya, di Malaysia kebanyakan guru yang mengajar sains tidak fasih berbahasa inggeris. Bukan masalahnya guru tidak berusaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris tapi agak sukar untuk guru2 yang veteran yang sudah lama mengajar dalam bahasa melayu. Sekiranya guru-guru matematik dan sains dilatih dikelas bahasa sekalipun, mampukah mereka menguasainya sedangkan dalam masa yang sama mereka perlu mengajar untuk memberikan kefahaman kepada pelajar?
Untuk sebab2 yang lain seperti dasar bahasa melayu,politik dan kaum tidak perlu saya sentuh. Yang paling penting adalah melibatkan pelajar dan guru. Mereka tidak boleh dijadikan sebagai eksperimen untuk melaksanakan dasar yang sudah jelas tidak bersesuaian untuk dilaksanakan berdasarkan banyak hasil kajian. Wajarlah ppsmi dimansuhkan.sekian…

NIVYANFAZZA said...

saya terima konsrp saudara, tapi saudara tak jelaskan dari skop yg lebih luas....thanks for the comment!

the.mri said...

saudara burhanudin, saya sangat menyokong idea2 bernas yang saudara nyatakan.saya trt mengakui ppsmi sangat bgs utk dilaksanakan.saya sokong 100%..tp mampukah ianya dilaksanakan sebagaimana yg diharapkan???saya tidak pernah menyatakan mana2 pelajar bodoh, lembah dan sebagainya.sekali lg sy ulang, sy tidak pernah menyatakan pelajar bodoh dan lembap.jika ppsmi diteruskan pn mmg sy akur kerana sy adalah rakyat malaysia yg sedia menyokong dasar2 kerajaan. tapi tahukah saudara rata2 guru tidak menggunakan sepenuhnya pengajaran dlm bhs inggeris dlm 6thn tempoh percubaan.plg tgi pn 60% menggunakan bhs inggeris semasa proses pnp...untuk pengetahuan saudara, tugas guru bkn semudah yg disangkakan. ramai yg berpendapat guru hanya goyang kaki.maklumla,cuti banyak dan masa kerja pn singkat.guru mempunyai pelbagai tugasan lain diluar pejabat yang banyak.jadi tidak hairan ramai guru msk hosp bukit pdg kerana tknn kerja.jadi saudara tidak boleh meletakkan pelajar2 yang lemah menguasai pelajaran dibahu guru sahaja.
kita tgk blk dsr ppsmi.tujuannya adalh untk meletakkn malysia setaraf dgn negara maju yg menguasai bidang sains dan teknologi.kalau ppsmi dilaksanakan adakah pelajar akn memahami konsep sains ataupun bhs inggeris??yg saya risau inggeris diorg xphm..sains n matematik lg la xphm.so,nk srh ckgu brusaha tnjuk ajar kn.dh trgkn 4,5 kali xphm2 nk wt mcamana.
saudara burhan, sy sgt stuju jika ppsmi dilaksanakan tp dlm dwibahasa...

NIVYANFAZZA said...

kita laksanakan PPSMI bukan secara drastik, kita laksanakan perlahan-lahan.sebagaimana saudara katakan kebanyakkan guru mengajar 60% dlm bhs inggeris, bg saya Alhamdulillah..bermula 60% mungkin sedikit demi sedikit menjadi 100%.Insya Allah. Kami akan sentiasa menyokong guru-guru di Malaysia!

the.mri said...

saudara burhanudin...anda perlu menyedari realiti yg sbnr.anda juga perlu sedar didunia ini tidak ada keputusan yg dibuat btl2 sempurna untuk memuaskan hati semua pihak.kita tgkla, ppsmi dilaksanakan dibantah dimansuhkan pn trt dibantah..kita tidak bolehla anggap mentaliti org yg xsehaluan dgn saudara adlh lbh rendah ataupun kolot.sy percaya trdpt rmai lg yg tdk sependapat dgn saudara jauh lbh baik dan genius drp saudara.jika dl saudara mengagumi tokoh2 politik yg mahu laksanakn ppsmi, knp tdk skrg..saudara bleh tgk sndiri rmai tokoh politik dari parti saudara menyokong penuh keputusan pemansuhan ini skrg.adkh saudara berfikir ini hanya satu mainan politik??jika saudara menentang mereka bermakna keyakinan saudara thdp mereka sudh hilang...ppsmi sgt bgs dilaksanakan tetapi pelaksanaan yg diharapkan tidak tercapai.sy tau saudara hanya memikirkan ttg masa panjang...tp bagaimanakah nsb pelajar skrg yg sy rs tersangat ramai sehingga beratus ribu.adakah snggup saudara melihat seorg pelajar yg berpotensi untuk menjadi seorg yg berjaya tpaksa menerima kegagalan..?