Friday, July 17, 2009

1MALAYSIA : SATU ANJAKAN PARADIGMA


1) Semua rakyat Malaysia maklum dengan gagasan yang telah dibawa oleh Y.A.B Dato Seri Najib yang bertemakan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

2) Berjaya atau tidak gagasan ini, mana-mana pihak tidak ada kuasa untuk mengatakan ianya gagal mahupun berjaya, kerana dasar ini masih dalam proses pelaksanaan dan mengambil masa untuk mencapai hasil yang konkrit. Tetapi jika kita yakin dan mahu mencapai matlamat seperti yang digariskan, saya yakin kita mampu mencapainya.

3. Untuk mengubah wajah negara kita daripada Negara pertanian kepada negara perindustrian juga mengambil masa yang panjang dan ada juga yang meramalkan idea perubahan yang dibawa oleh Y.A.B Tub Dr Mahathir akan gagal. Dan Alhamdulillah kita berjaya mencapainya. Berikanlah masa.

4. Gagasan 1Malaysia membuka ruang kepada semua kaum di Malaysia untuk hidup sama rata sebagai rakyat malaysia yang berdaulat tanpa melebihkan mahupun mengurangkan mana-mana kaum di Malaysia.

5. Tetapi sesetengah daripada kita lupa bahawa 1Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama. Kesamarataan yang dilaungkan tidak akan sama sekali membelakangi perkara yang telah dipersetujui.

6. Kadang-kadang untuk berjaya kita harus berkorban. Ini adalah fitrah kehidupan. Jika kita masih mengharapkan sesuatu yang sama dari dahulu hingga sekarang, kita mungkin akan ketinggalan. Percayalah. Kerajaan Komunis China pada masa dahulu telah mengamalkan dasar tutup pintu kepada dunia kerana mahu menjaga kepentingan bangsa dan negara komunis mereka selepas perang dunia ke-2. tetapi sekarang mereka telah sedar kerana untuk maju dan bergerak kehadapan sejajar dengan perkembangan pesat dunia itu bukan caranya. Maka, mereka mula melaksanakan dasar membuka pintu kepada dunia luar sehingga mereka menjadi kuasa ekonomi dunia! Seperti kata-kata manusia paling kaya di dunia, Warren Buffet " Abad 20 ialah milik Amerika, manakala Abad 21 adalah milik China"

7. Hak bumiputera selaku warga asal Tanah Melayu harus dijaga dan dipelihara kerana di situlah terletaknya tunjang agama dan perpaduan bangsa. Tetapi harus diingati, hak lain-lain kaum juga harus dijaga. Bukankah dalam islam itu mengatakan semua manusia adalah sama di sisi Allah, cuma yang membezakan kita adalah Taqwa kepada-Nya?

8. 1Malaysia adalah wadah perpaduan negara. Saya kira barangkali menyamai piagam Madinah pada zaman Rasulullah yang mana hak orang islam dijaga dan dipelihara tanpa meminggirkan mereka yang bukan beragama islam. Cuma di Malaysia namanya 1Malaysia, tetapi semangat adalah sama!

9. Hak kaum manoriti seperti pendidikan, kebudayaan,bahasa pertuturan dan keagamaan harus dijaga oleh kaum majoriti kerana itu hak mereka. Jika hak mereka itu tidak menyalahi kesucian agama islam, perlembagaaan dan undang-undang, saya kira meraka bebas mengamalkannya.

10. Kenapa kita Bumiputera takut jika hak kesamarataan dilaksanakan tanpa ada keistimewaaan tertentu selaku hak peribumi? Sebabnya kita masih lemah dalam banyak perkara walaupun ada yang sudah berjaya. Kita takut kehilangan segala-galanya dalam persaingan "kalah mati" tersebut. Penyebab kita lemah bukan salah kaum minoriti tetapi berpunca daripada diri kita sendiri. Maka dengan kelemahan ini menjadi peluang keemasan bagi mereka untuk berjaya.
Untuk berjaya kita harus pandai mencari peluang!

11. 1Malaysia satu gagasan yang indah. Kita harus bekerja bersama-sama untuk merealisasikannya. Jika kita hanya pandai menentang, kelak kita juga akan ketinggalan. Berfikir secara positif dan berusaha bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita akan berjaya.

12. Perbincangan ini bukan melalui skop perundangan secara detail "1Malaysia di sisi undang-undang". Saya bukan mereka yang pakar berkenaan undang-undang.

13. "1Malaysia : Rakyat didahulukan. pencapaian diutamakan"
"1Malaysia : People first, performance now"





2 comments:

Hilal Azmi said...

Memang sokong apa yg hg gitau... Tapi kepentingan untuk mendidik warga Malaysia agar saling memahami bermula dengan sistem pendidikan yang baik & bersifat kebangsaan.. Jadi di sini, adakah masih relevan untuk diwujudkan sekolah jenis kebangsaan di Malaysia????

NIVYANFAZZA said...

ok Lal, mengenai sistem pendidikan vernakular itu sememangnya ada perjanjian diantara 3 kaum utama negara bagi pengubahan dasar pendidikan negara.

1)Untuk mengubahnya bukan mudah kecuali Datuk Sri Najib mengunakan sifat pemerintahan autokratik tanpa membawa hal ini berbincang dgn masyarakat cina dan india, terus menghapuskan sistem ini.

2) Hasilnya Bahasa melayu wajib diajar disemua di semua sekolah termasuk di SJKC dan juga di SJKT, dan meletakkan syrat mesti lulus BM untuk melanjutkan pelajaran.

3) Memang betul kata ko Lal, bahasa memainkan peranan penting dalam proses perpaduan, tetapi dgn pelaksanaan bahasa ibunda masing2 di sekolah jenis Kebangsaan itu bukan jalan mati kepada perpaduan.

4) Apa yang penting DBP harus memainkan peranan penting untuk menggunakan bahasa melayu sebagai senjata perpaduan negara.

5) masyarakat cina dan tamil jangan lupa Bahasa melayu merupakan bahasa negara anda, manakala bahasa cina dan tamil bahasa ibunda dan budaya anda.

6) kita bukan Indonesia!

7) keunikan kita adlah kita berbeza dan diversity!hehe