Saturday, July 18, 2009

PPSMI DALAM KENANGAN II

"Elakkan perbincangan mengenai politik dalam hal ehwal negara, kerana ianya membabitkan kepentingan rakyat" Kata seorang pengubah dasar negara.

1) Keyakinan saya terhadap idealogi perjuagan parti sokongan saya tetap tidak berubah walaupun dasarnya berbeza dari yg dahulu dan sekarang. perbedaan itu saya anggap lumrah dan adat dalam berkepimpinan dan ianya satu rahmat kpd kita.

2) Saya tidak pernah mengatakan saya bijak, mahupun anda kolot mahupun sesiapa pun kolot.

3) Saya sayang Cikgu2 Malaysia, saya sanjung cikgu2 malaysia, kerana mereka, here i am!

4) Jika kita cepat katakan tidak kepada sesuatu perkara yang kita tidak tahu 'long term effect' nya, kita kan rugi kelak. Berusaha dahulu, barulah kita tahu apa keputusannya. Tetapi perkara yang dicuba perlukan masa untuk berjaya.

5) KITA sendiri pun tidak dapat meramal semasa kita berumur 15 tahun yang kita akan menjadi apa yang kita jadi sekarang. Contohnya, Semasa umur 15 tahun kita fikir untuk menjadi cikgu sangat susah, kena bercakap depan orang, kena masuk universiti, buiat itu dan buat ini. Kita ada dua jalan pada waktu itu
1. melupakan hasrat untuk menjadi cikgu,
2. menjadi seorang guru pendidik anak bangsa.

6) Kita bijak kerana memilih jalan yang ke-2. kita pilih jalan ke-2 juga walaupun kita tahu yang kita mungkin akan gagal dan mungkin juga berjaya. Begitu juga PPSMI.

7) Semasa di matrikulasi kita bimbang sekali lagi samada kita dapat atau tidak menjadi guru. Kerana kita telah mendapat maklumat untuk menjadi seorang guru, keputusan (pointer) dan ko-kurikulum menjadi petanda aras untuk memasuki kursus perguruan di universiti di samping persaingan yang sengit di kalangan peminat profesion perguruan.

8) Adakah kita akan berhenti setelah berjuang untuk menjadi guru bermula dari berumur 15 tahun lagi? Atau kita teruskan? Saya yakin kalau kita berhenti dari mengejar cita-cita kita menjadi guru, saya katakan kita bodoh dan rugi yang teramat besar!

9) Begitu juga PPSMI, masih terlalau awal untuk kita menilainya. Walaupun setelah 6 tahun pelaksanaannya, kita masih belum mencapai standard yang dikehendaki, tetapi sekurang-kurangnya kita berada pada satu landasan yang kukuh untuk mencapainya.

10) Sekarang kita berada pada landasan yang kukuh untuk menjadi seorang guru yang diiktiraf, tinggal hanya setahun sahaja lagi setelah berjuang sejak berumur 15 tahun, cuba kita melihat 'time frame' 'dasar' yang kita tanamkan di dalam diri kita, bukan 6 tahun tetapi hampir 8-10 tahun pelaksanaannya.

11) Tetapi malang dengan dasar PPSMI, baru sahaja berada di landasan kukuh untuk mencapai matlamatnya, telah dirosak oleh 'makhluk perosak' yang kononnya hendak menjaga kesuburan 'bunga' tetapi sebenarnya mencantas batang-batang yang tumbuh mekar dan kuat! Kita harus ingat yang kuat itu kebiasaanya bermula daripada sesuatu yang lemah! Contohnya Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, dari mangsa buli menjadi Peninju ulung dunia!

12) KITA SEKARANG TETAP ORANG MELAYU setelah 6 tahun pelaksanaan PPSMI!

13) Perbincangan ini adalah perbincangan terbuka. setiap daripada kita mempunyai pandangan dan pendapat peribadi. Mungkin ini pendapat saya yang mungkin berbeza dengan para pembaca.

14) Jika terasa mohon maaf dipinta. Bukan untuk mengguris rasa tetapi sekadar berkongsi pendapat peribadi sahaja.

15) Apa pun PPSMI sudah muktamad diubah kepada Bahasa Melayu! Kata Kemeterian Pelajaran, KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD!

7 comments:

Hilal Azmi said...

Memang bila blaja sains dan math dalam english kita masih Melayu... Tapi, mcam mana dengan penduduk luar bandar yang mana asas englishnya masih kurang?? Mampukah mereka bersaing?

NIVYANFAZZA said...

SALAM Lal, thanks for comments..wah meletups!hehe

sebagai mana yang kita sedia maklum, PPSMI diajar diperingkat sekolah rendah lagi. semasa darjah satu. Jadi pada tahap ini semua para pelajar boleh dikatakan masih suci atau bersih. Jadi apabila kita ajar mereka Math dan Science dlm bahasa InGgeris jadi, tidak mereka terkejut dan itu juga akan menjadi kebiasaan mereka apabila semakin meninggkat umur dan darjah.

sebenarnya pelajar yang berada dibandar adalah satu peluang dan rezeki kpd mereka untuk pandai bahasa inggeris. tapikan Lal itu bukan satu halangan kpd pelajar yang berada luar bandar.

kajian menunjukkan pelajar dibandar lebih terbuka kpd bahasa Inggeris krn:
1)keadaan persekitaran (ibu bapa, internet dsbgainya)
2)kelengkapan alat bantu mengajar yang mantap.

jadi untuk kita mengubah faktor pertama adalah sukar dan bukan mustahil, kerana sebelum menjadi bandar pun, ianya juga berasal drp kg!Ini ambil masa untuk berubah since kebanyakkan warga emas di kg tidak mempunyai pendidikan yang berapa tinggi, tetapi kita letak garapan kepada anak-anak bangsa kita yang belajar PPSMI untuk membandarkan kg itu nanti!

faktor kedua ini kita boleh atasi kerana inya masalah peralatan sahaja. kita bagi banyak bantuan dan guru-guru pakar kepada sekolah luar bandar. tingkatkan prestasi guru bahasa inggeris ketahap yang maximum. bukan aku kata cikgu bahsa inggeris tak bagus, tapi kita tinggi kan lagi.

tapi benda nampak mudah kalau dicakap dgn mulut tanpa perlakuan yang konkrit. jadi, peranan kerajaan, kita sebagai masyarakat dan guru jangan berfikiran negatif, jangan kata susah. berfikiranlah positif yang susah pasti kan menjadi mudah.

Ingat sedangkan ulat di dalam batu pun boleh hidup, takkan kita di bumi Allah yang penuh nikmat ini tidak mahu berusaha.

the.mri said...

hidup burhan..teruskan ppsmi......pjuangkan ppsmi hingga ke titisan darah terakhir. aku lantik ko jd pengerusi gerakan mansuhkan ppsm dlm bhs melayu.ko bnr2 lyk menjadi seorg guru.tnyata ko seolah2 bpengalaman luas untk mnjadi seorg guru.tahniah.smoga cpt grad n mohon KPLI...i strongly agree with your opinion.aku xsbr nk tgk ko bjaya buktikan ppsmi itu mampu dilaksanakan dan tercapai objektifnya.aku ykn sgt2 ko mmpu ubh mentaliti rakyat msia.truskan pjuangan anda...

p/s: jgn lupa mohon kpli nnt

the.mri said...

kita harus sntiasa bfikiran positif spertimana saudara burhan kita bgtau.pedulikan pelajar2 skrg yg xreti2 nk phm sains n matematik...kita akn pastikan dlm jngka masa pnjg pelajar2 yg akn dtg semua bjaya memajukan rakyat malaysia dgn mendalami bhs inggeris.saudara mmg seorg yg brpandangan jauh dan bfikiran luas.tahniah buat saudara.sy sgt mengaguminya....hidup PPSMI...

the.mri said...

kita harus brusaha.ya, saudara burhan kita benar...usaha tangga kejayaan.usaha yg bterusan akn membuahkan hasil.guru2 harus ditambah bebanan kerja sedia ada supaya mereka lbh berusaha.tempoh p&p harus dilanjutkan smpai 6ptg. sblh mlm wajib diadakan kelas tambahan oleh guru pakar malaysia yg kebanyakan menguasai sepenuhnya bahasa inggeris.kita hanya melihat pelajar dr aspek menyeluruh.kita tdk perlu membezakan pelajar bandar dan luar bndr...bhs inggeris adalah bhs yg plg penting.tnpa bhs inggeris malaysia xkan maju selama2nya...kita harus bfikiran terbuka.

the.mri said...

sememangnya malaysia sudah mencukupi guru2 yg fasih berbahasa inggeris utk mengajar sains dan matematik.so,wpn pelajar tidak faham guru perlu menggunakan spenuhnya bhs inggeris utk melaksanakan ppsmi.satu kerugian besar ppsmi dimansuhkan...masa depan pelajar skrg yg menggunakan dasar ppsmi bsinar terang dan akn mengecapi kejayaan yg cemerlang setrusnya dpt membandarkn kampung2...seterusnya malaysia akan menjadi sebuah metropolis yang pesat membangun dan disegani diseluruh dunia...hidup burhan,hidup ppsmi...

NIVYANFAZZA said...

PARA ILMUAN BERKATA"PENILAIAN DENGAN AKAL, BUKAN DENGAN PERASAAN"