Tuesday, April 28, 2009

TITBITS ๘ TIDBITS(U.S)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selepas menulis berkenaan perasaan,jiwa dan hati beberapa hari yang lepas, saya berasa lega dan bersyukur, rupa-rupanya ramai sahabat yang memberi sokongan kepada saya. Terima Kasih! Thank You!Syukran Jazilan! Xie xie ni men! Nandre! Arigato!


Penulisan kali ini, saya namakan sebagai titbit atau English Amerikanya ialah tidbit. Maksud titbit ini ada dua (secara yang saya fahami k..) satu, maksudnya makanan ringan atau kudapan. Contohnya kalau kita pergi karoeke di KK BOX, dalam pakejnya menyatakan : 3 hours karoeke session+foods and including tidbits. Manakala, maksud yang keduanya ialah "short information" ataupun berita@isu yang hangat diperkatakan oleh orang ramai. Ianya sama seperti perkataan Snippets mahupun Sound bites. Tapi untuk kelainan saya guna perkataan Titbits walaupun kebanyakkan di Malaysia ditulis Tidbits.Tapi takpe, yang penting kita faham. Kalau saya silap, harap mohon ditegur. Saya juga budak yang masih belajar. Hehe....


Kerajaan Perpaduan



1) Saya dulu seorang yang tidak suka untuk menaruh harapan, kerana bagi saya harapan kadang-kadang tinggal impian!

2) Tetapi masa telah mengubah persepsi saya itu, mengubah bukan secara total, tetapi sedikit demi sedikit. Bak kata pepatah melayu "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".

3) Apa harapan yang saya ingin kongsikan ini? Adakah harapan berkahwin pada masa muda? atau menjadi jutawan seperti harapan Tomok untuk menang OIAM 3? Bukan itu semua, harapan saya ialah agar dua parti besar melayu dan islam di Malaysia bergabung tenaga dan dudk semeja kembali bersinar dan termeterai.

4) Tetapi saya yakin, ada yang suka dan ada yang tak suka. Semuanya mempunyai hujjah dan alasan mereka yang tersendiri.

5) Ada yang berhujah, boleh bekerjasama antara PAS dan UMNO kerana kedua-duanya adalah ingin memerintah demi agama dan masyarakat Malaysia. Pas kata, boleh bekerjasama wujudkan kerajaan perpaduan tetapi UMNO, jangan ulangi perangai semasa PAS dalam pentadbiran kerajaan persekutuan dulu pada tahun 70 an. Tok Guru Nik Aziz pula memberi pendapat boleh wujudkan kerajaan campuran tetapi jawatan yang mana Islam sebagai cara hidup boleh dipupuk dan disebar seperti menteri kewangan dan menteri pelajaran perlu dipegang oleh PAS.

6) Persoalannya, boleh kah UMNO atau BN berkompromi demi ketuanan rakyat? Atau hanya sekadar bekerjasama secara lahiriah tetapi bukan sebagai kerajaan perpaduan yang betul bersama-sama dalam menempuh pancaroba duni globalisasi?

7) Tetapi hati nurani saya masih lagi memberi harapan yang besar agar semangat kerjasama ini akan terjalin jua akhirnya..

8) Dulu semasa pemerintahan kerajaan kafir di Mesir, Nabi Yusuf pun menerima ajakan daripada pemerintah musyrik untuk menjadi Menteri Kewangan semasa Mesir dilanda kemarau selama 7 tahun. Kerana bagi saya, jika ini berkaitan dengan kebesaran islam dan orang islam itu sendiri, tiada apa-apa masalah yang bisa menghalangi daripada kita bersatu padu dalam satu kerajaan kecualilah kita mempunyai perasaan tidak puas hati yang berlandaskan nafsu-nafsi semata-mata, bukan berlandaskan islam. Jika nafsu mendahului iman dan akal, inilah yang dinamakan manusia korup yang ingin mengambil peluang. Jangan jadi manusia yang bertopengkan dengan wajah agama tetapi secara diam merosakkannya.

9) Kita harus ingat, Allah tidak akan membantu umatnya jika umatnya berpecah belah!


Babi oh Babi



1) Dunia kembali digembarkan dengan penyakit berjangkit yang berasal dari haiwan. Jika sebelum ini, iaitu pada tahun 1928, dunia pernah dilanda dengan Selesema Sepanyol yang membunuh lebih kurang 20-100 juta orang, kemudian pada abad ke 21 kita digegarkan pula dengan penyakit Selesema Burung, dan ianya tidak berhenti di situ, ianya bersambung pula dengan penyakit Selesema juga, tetapi malangnya, nama penyakit ini cukup sinonim dengan binatang yang diharamkan oleh islam iaitu Selesema Babi. Dulu haiwan comel ini juga pernah mengegarkan negara kita dengan penyakit JE. Alahai babi, glamor juga kau kan......

2) Saya rasa, saya tidak perlu memberi penerangan secarak saintifik mengenai keburukan memakan daging babi, kerana apa yang islam larang terhadap umatnya pasti ada hikmah disebalik tegahan tersebut.

3) Tetapi, kita tidak boleh memaksa masyarakat bukan islam yang mana babi ini sudah menjadi lauk asasi atau ruji bagi mereka. Apa yang kita boleh lakukan adalah, agar segala perkara yang dilakukan untuk menyedia, memelihara, menjual dan sebagainya dilakukan dengan penuh cemat dan mengikut peraturan seta spesifikasi kebersihan yang telah ditetapkan oleh pihak Veterinar dan juga Kementerian Kesihatan.

4) Alhamdulillah, penternak babi di Malaysia faham, walaupun hanya segelintir sahaja yang mengambil sikap seperti melepaskan batuk di tangga. Tetapi golongan yang segelintir ini, saya rasa sudah insaf dan bertaubat selepas negara dilanda serangan penyakit berjangkit JE pada tahun 2000 yang lalu yang mana telah mengorbankan ratusan nyawa rakyat kita.

5) Apa yang harus kita lakukan, berhati-hatilah dalam setiap perkara yang membabitkan kesihatan. kalau ada yang nak ke Mexico ataupun New York mahupun Thailand, pastikan anda berhati-hati. Jangan pula keseronokkan yang diidamkan bertukar menjadi salah satu sejarah kepada diri kita, sejarah terkena jangkitan Selesema BABI!

6) Babi, maafkan saya, saya terpaksa bercerita mengenai dirimu...Walaupun kamu binatang yang comel, tetapi kecomelan kamu itu membawa bencana kepada bangsaku...Ya ampunnnn..hehe...

7) Seperti juga segelintir manusia di dunia ini, hanya sekadar comel diluar, di dalam, tuhan sahaja yang maha mengetahuinya. Adakah salah kalau saya umpamakan manusia ini ibarat seekor BABI yang comel???

8) Saya hanya pandai berkata-kata, anda pembaca yang memutuskan!


Setiap yang dilarang itu pasti ada hikmahnya, manakala setiap benda yang pelik itu pasti akan mendapat tentangannya!

Berdoalah agar kerajaan kita, kerajaan yang mendapat Wardatun thoyyibatun warabbul ghaffur..... daripada Rabbul Jalil. Amin!


Friday, April 24, 2009

TO MY LOVE...LISTEN MY VOICE.....

Gambar hiasan

Gambar hiasan

1) This poem, i dedicated to 'someone' who I really love and care. I can not help myself from thinking about U.....
2) I don't know about Ur feeling to me, is it same like yesterday?, or may have a big changed!
3) For me, as long as "this love" is shining in my heart, i hope U don't have to doubt about my love to U......
4) So, to show my Damn much love to U, i scratched this beautiful words......



My Love....

If I said that I wrote this poem for U, would U believe me?
I know, it might not be as well-written or as beautiful like other poems
but, I want U to know that a love poem can't be written if you're not in love

My Love....

For U my dear, I wrote this poem so easily....
U might have heard hundreds or thousands of love poems and songs
They might be meaningful, but they are meant for anyone....

But when U read to this poem, this is a poem that's written for U only
If U understand the meaning, then our hearts will be together as one
Let it be a poem on the path we walk together, that only has voices of U and me
together as long as possible
just like a line from a great love ever poem

"as long as u have love, u still have hope"




My Love...

Every time your love shines in my heart, I can see my destiny
there are so many truths in love....

My Love...

In the past, I spent a lot of time, searching for it's meaning
But now, I just know, whenever you are near, I know it,
That if life is a melody, u are the lyrics!



Catatan:

1) Saya amat yakin, ada yang tidak senang dan suka dengan penulisan saya kali ini, tetapi saya tetap menulis juga kerana saya harus belajar menerima sesuatu hakikat.
2) Perasaan ingin dicinta dan mencintai adalah lumrah manusia yang lemah... Maafkan saya andai penulisan ini mengundang sangkaan buruk para pembaca..
3) Saya tidak menggalakkan cinta!

Wednesday, April 22, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II


Assalamualaikum dan salam perpaduan mahasiswa gemilang.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2008/2009

Saya ingin mengucapkan selamat menjalani Peperiksaan Akhir Semester II dengan jayanya . Semoga segala usaha yang kita lakukan pada semester ini akan mendapat ganjaran daripada yang Maha kuasa.

Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan (InsyaAllah)


Wednesday, April 15, 2009

SNIPPETS

Tekidingbubus!


1) I really love the name that he (Tekidingbubus) called me, "Nivvy"....haha....but not enough 'internal energy' to make me crazy! haha...

2) I really like the way he write the story, full of emosion and his own soul!

3) If we never meet somebody, it does not mean that, we can not know somebody!

4) God Luck, and hope Tekidingbubus happy with his expensive and valuable Dinner!haha...



1 Nation

1) Satu gagasan baru daripada Y.A.B Datuk Sri Najib untuk kita mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tanpa mengira pecahan etnik mahupun agama.

2) Tapi, awas kepada pihak tertentu, ini bukan gagasan seperti 'Malaysia Malaysian', ianya amat berbeza sekali, jangan diputar belitkan maksud gagasan 1 Nation ini.

3) Kita harus bersyukur, kerana kepimpinan baru ini akan melakukan satu perubahan drastik yang selaras dengan kehendak akar umbi iaitu rakyat, kerajaan juga komited untuk tidak dicop sebagai kerajaan yang tahu segalanya!

4) Kerajaan baru ini juga, saya lihat lebih kepada "rakyat's oriented", maksudnya, rakyat dijadikan sasaran awal dalam setiap keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan mahupun kabinet. Inilah kerajaan yang kita harapkan.

5) Tetapi, dalam proses kerajaan baru ini menapak, sudah ada pihak-pihak yang jelek yang tidak habis-habis menentang kepimpinan. Saya tida berapa nampak, paa asas penentangann mereka? Tidak berubah ditentang, berubah pun juga ditentang.

6) Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Kuasa? Harta? atau suka-suka?
7) Kerajaan sekarang sudah memerintah hampir 53 tahun, Alhamdulillah banyak perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan tanpa mengira kaum, serta menjaga hak-hak keistimewaan bumiputera. kita harus ingat, untuk menjaga sebuah negara yang mempunyai populasi seramai 27 juta bukannya semudah menyebut A.B.C, ianya memerlukan masa yang panjang dan juga kosistensi dalam melakukan kerja.

8) Hari ini, jika ada pihak yang mengatakan masih lagi wujud kemiskinan di sana-sini dan sebagainya, saya akui, memang ada. Tapi dalam hal ini kerajaan bukan hanya berdiam diri, kerajaan telah, sedang dan akan menjalankan pelbagai aktiviti, cara dan sebagainya untuk membasmi kemiskinan dan Alhamdulillah, kita berjaya menurunkan kadar kemiskinan tegar kepada paras yang rendah berbanding 40 atau 30 tahun dahulu.

9) Amerika Syarikat contohnya, sebuah negara yang maju, kaya, kuat dan juga polis dunia, masih juga mempunyai masyarakat yang miskin, bak kata pepatah, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Jadi bukan satu perkara yang pelik jika Malaysia masih lagi ada orang miskin. Kerajaan adalah sistem, yang dijalankan oleh manusia, manusia tesrebut adalah tidak buta dan pekak, mereka dengar dan lihat, selagi nikmat itu diberikan oleh Allah, kerajaan akan tetap optimis membasmi kemiskinan.

10) Jangan dipolitikkan sesuatu isu yang timbul, jika hanya ingin mengundang simpati dan perasaan marah rakyat, kerana, bukan hanya kerajaan yang akan sengsara malah anda juga akan merasai akibatnya. Jangan dilaungkan demokrasi yang berlebihan, kerana demokrasi juga satu sistem yang tidak sempurna, demokrasi juga ada limitasinya.

11) Mahukah kita sebuah negara yang kucar-kacir seperti Thailand pada hari ni? darurat di sana, darurat di sini, sehinggakan aktiviti ekonomi negara terbantut. Siapa yang susah? Kerajaan pun susah, kita rakyat jelata pun susah, anda yang menentang pun susah. Jadi fikir-fikirkanla...

12) Kata mereka, kejadian di Tahiland adalah manifestasi rakyat, kerana kerajaan yang berkuasa adalah tidak adil disebabkan lantikan tanpa pilihanraya. Perak, kata mereka, mungkin rakyat Perak juga akan melakukan perkara sama terhadap kerajaan. Provokasi atau ugutan???

13) Saya yakin dan percaya rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dalam memikirkan sesuatu, kita ada agama, asas hidup kita adalah islam, saya tidak nampak rakyat Perak akan terikiut-ikut dengan permainan politik pihak-pihak tertentu yang tersepit mahukan kuasa. Hindarilah demonstrasi selagi wujudnya medan diplomasi.

14) Perdana Menteri kita adalah islam, solat seperti mana juga kita solat, puasa, tunaikan zakat dan sebagainya. Selaku rakyat, wajib kita menghormatinya, selagi pemimpin KITA tidak menyuruh melakukan perkara-perkara maksiat dan syirik kepada Allah S.W.T.

15) "Tindakan perlu berdasarkan akal dan ilmu, bukan kepada perasaan!"




Proton Exora


1) MPV pertama yang mana 100% buatan anak Malaysia.

2) Saya melihat ini adalah salah satu anjakan paradigma yang di lakukan oleh Syarikat kereta Nasional dalam memajukan lagi industri automobil negara walaupun dalam keadaan ekonomi yang merudum. saya berharap agar kehadiran MPV ini dapat meningkatkan lagi pendapatan dan perolehan Proton, agar kajian dan penyelidikkan berkenaan industri ini dijalankan dengan lebih luas lagi.

3) MPV ini cantik, elegance, kena dengan gaya pemuda dan dewasa negara kita. Diadun dengan baik elemen eropah dan juga asia, untuk menunjukkan kereta MPV kita juga mampu memberi persaingan yang hebat kepada Nissan Grand Livina, Toyota Avanza, Naza Citra II Rondo dan Hyundai Matrix dan sebagainya yang sememangnya sudah terkenal di Malaysia.

4) Exora juga digerakkan oleh unit enjin berkapasiti 1.6 liter yang dihasilkan sendiri oleh pihak Proton. Enjin Campro CPS (Cam Profile Switching) yang dilengkapi dengan sistem VIM (Variable Intake Manifold) itu juga digunakan pada model sedan Proton seperti Gen2 CPS serta Waja CPS. Sesuatu yang sememangnya ditungu-tunggu oleh rakyat Malaysia kebanyakkannya.

5) Dengan wujudnya MPV pertama negara ini, diharapkan agar kita akan sentiasa mendahului buatan Malaysia. Dalam kita mengejar cita-cita dan kesempurnaan, kesilapan dan salah adalah perkara biasa, kerana kita harus sedar kesilapan dan pengalaman inilah yang akan menguatkan kita menuju kejayaan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang!

6) Belilah Barangan Buatan Malaysia!



Tuesday, April 14, 2009

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22




Assalamualaikum.....dan Salam Perpaduan....

penulisan saya kali ini, saya ingin bercerita dan memberi pendapat mengenai Festival Filem Malaysia yang ke-22 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 5-8 Ogos ini.

Perbagai persoalan dan pandangan mulai timbul sejak kebelakangan ini, apabila tempat berlangsungnya festival tersebut adalah di Dewan Canselor, UMS.

1) Saya berpendirian tidak ada masalah untuk FINAS mahupun mana-mana pihak untuk mengadakan festival ini atas beberapa sebab yang tertentu. Saya tahu ramai yang menentangnya, tetapi bagi saya yang menentang festival ini adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

2) Sebelum kita menelurusi pokok perbincangan ini, kita lihat dahulu apakah sebenarnya FFM itu?

3) FFM ke-22 di Bandaraya Kota Kinabalu 2009 adalah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

4) Manakala tema FFM-22 pula ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA ”. Tema ini berhasrat membawa warga industri seni menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

5) Objektifnya pula adalah untuk mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

6) Persoalan yang kini kecoh dan menjadi topik hangat perbincangan di UMS ialah, wajarkah FFM ke-22 ini diadakan di Kota Ilmu UMS ini? Sebagaimana yang kita tahu bahawa Dewan Canselor itu merupakan tempat kita menerima ijazah hasil pencarian ilmu dan sebagainya. Satu lagi persoalan timbul, adakah wajar aktiviti hiburan diadakan di dalam kampus? dan adakah perlu MPP memperbanyakkan aktiviti yang berlandaskan akademik, disebabkan terlalu banyak aktiviti yang berlandaskan hiburan? Tiada apa yang bisa dilakukan, hanya senyuman mampu diukir dibibir!

7) Pertama, bukan saya tidak bersetuju dengan pandangan tentang perkara ini. Tetapi pokok perbincangan harus melihat kepada perpekstif yang lebih luas, bukan hanya menjurus kepada satu kesan sahaja. Lagi satu, hal ini, bagi saya hanya di 'politikkan' oleh sesetengah bloggers untuk membesar-besarkan cerita!

8) Apa pandangan saya mengenai hal ini?

9) Pertama, saya tidak ada apa-apa halangan untuk FINAS mengadakan FFM ke-22 di UMS ini jika beberapa perkara yang mereka perlu ambil ihtimam ,mereka patuhi.

10) Kedua, bagi saya, jika sesetengah pihak mengatakan penganjuran ini akan menyebabkan budaya hedonisme di UMS akan menjadi lebih 'galak' atau meningkat. Kita harus faham konsep Hedonisme yang bagaimana yang bisa me'lagho'kan mahasiswa itu, Apakah garis panduannya, serta apakah ciri-ciri hiburan yang bisa melaghokan itu? Saya berikan satu contoh, Pesta Cahaya, Pesta Angpau, dan bermacam lagi pesta yang diadakan saban tahun di Dewan Canselor UMS, ADAKAH tidak melalaikan Mahasiswa??? Adakah tarian semasa berlangsungnya Pesta Cahaya dan Angpau itu tidak me'lagho'kan mahasiswa???

11) Ketiga, jika kita katakan status UMS sebagai 'baitul hikmah' dan perlu dijaga peranan dan sifatnya sebagai gedung ilmu, saya bersetuju!, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, kerana memang betul peranan UMS itu, tetapi, adakah dengan tidak menganjurkan FFM KE-22 atau aktiviti hiburan (kata sesetengah oranglah..) ini sahaja cara untuk kita memartabatkan peranan ilmu tersebut?

12) Jika kita imbas kembali sejarah FFM, kita bukannya universiti yang pertama yang akan melangsungkan festival ini, sebelum ini FFM ke-20 telah pun diadakan di Universiti Malaysia Perlis , FFM ke-21 juga di adakan di dalam Universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu satu-satunya universiti di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Universiti APEX. Mereka melaksanakannya tanpa ada apa-apa masalah yang timbul ,malah Universiti mereka ini menjadi salah satu universiti terunggul di dunia.

13) Bagi saya FFM boleh dilaksanakan di dalam universiti, tetapi para artis jemputan mahupun sesiapa yang terlibat harus menjaga 3 perkara yang utama iaitu pemakaian, perlakuan dan juga pertuturan. Pemakaian tidak harus menunjukkan keseksian seseorang, kerana mereka atau artis itu harus sedar, mereka bukannya berada dalam majlis anugerah di Hollywood, tetapi di Medan ilmu pejuang bangsa masa hadapan negara. Perlakuan mereka juga harus sopan, selaras dengan budaya timur, pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga harus tidak keterlaluan yang bisa menimbulkan fitnah di kemudian hari, dan yang terakhir pertuturan. Pertuturan juga harus dijaga, kerana mereka berhadapan dengan para mahasiswa dan juga pensyarah, mereka ini dihormati kerana ilmu dan akademiknya. Jika mereka mampu melakukan hal ini, maka saya bersetuju agar FFM ke -22 DIadakan di UMS.

14) Dengan adanya penganjuran FFM kali ini di UMS , saya berharap agar Sekolah Pengajian Seni kita dapat mengambil peluang ini bagi meningkatkan mutu serta melebarkan lagi aktiviti seni tempatan dan sebagainya di dalam mahupun luar negara. Insya Allah.

15) Jika kita katakan FFM ini melalaikan, saya juga bisa berpendapat Konsert Nasyid juga bisa melalaikan, jika kita lupa kepada yang maha pencipta di dalam hati kita. Kita harus kembali kepada asas disenalik perkataan tersebut. Bukan saya katakan FFM itu tidak melalaikan, tetapi jika kita tahu caranya, saya rasa iainya harus dilakukan.

16) Islam itu indah, islam tidak pernah melarang aktiviti seni. Berhibur tiada salahnya jika hiburan itu berlandaskan Al-quran dan Sunnah.

17) Tulisan ini bukan untuk mencari populariti mahupun enemi, tetapi ianya sekadar pandangan daripada insan kerdil, saya amat yakin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi saya tiada apa-apa masalah untuk kita memberi pandangan selagi ianya tidak melebihi aturan tabii manusia. Pandangan dan pendapat pembaca sekalian dialu-alukan dalam kita mencari satu titik persetujuan.

18) Laksana atau tidak FFM ke-22 di UMS tidaka kan memberikan apa-apa kesan kepada kita. Ianya terletak dala bidang kuasa Pihak Pentadbiran. Semoga penilaian yang dibuat oleh mereka adalah yang terbaik buat kita dan terimalah keputusan itu dengan redhanya. Saya teringat kata-kata seorang abang kepada saya apabila saya kalah dalam pertandingan debat " Dik...., redhalah dengan ketentuan ini.....". Saya juga berharap yang mereka yang menentang, redhalah dengan keputusan dan ketentuan ini...

Wallahu'alam.....

Sunday, April 12, 2009

DEBAT SEMBANG KOPI II

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Saya menerima TAKDIR dengan REDHA bahawa perjuangan Kolej Kediaman Indah Permai hanya sampai separuh akhir sahaja.

2. Kepada Team KBBB-KSTT, TAHNIAH DIUCAPKAN ATA KEMENANGAN ANDA, kepada Adikku Razak, tahniah mendapat Pendebat Terbaik!

3. Mungkin kekalahan kami sudah tertulis di dalam suratan takdir, tapi Alhamdulillah saya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan tabah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kenapa saya tidak "emosi" atau "panas" seperti Debat Piala Naib Canselor yang lepas? Ada sebabnya...

4. Pertamanya saya akui, saya 'berlawan' atau 'menentang' pendebat-pendebat Universiti atau senior yang mana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang debat. Walaupun kami sebenarnya boleh mengatasi mereka dari pelbagai segi.

5. Keduanya, saya sudah maklum atau lebih jujurnya, sudah pernah mengalami kekalahan ini. Sama ada percaturan atau kebetulan, itu terletak dalam bidang kuasa Allah S.W.T untuk menghukumnya. Saya tidak mahu mengatakan apa-apa komen kerana saya REDHAI dengan kekalahan ini.

6. Seperti tulisan saya yang lalu iaitu selepas Debat NC 2008, saya pernah menulis berkaitan kekalahan pasukan Indah Permai dalam pertandingan tersebut adalah disebabkan oleh percaturan. Jadi, walaupun saya kalah kali ini, saya sebenarnya sudah bersiap sedia berdasarkan peristiwa yang lalu. Tetapi, disebalik kesediaan saya dan rakan-rakan yang lain (yang pernah kalah dulu ) redhai, ada seorang insan yang telah "meletus" dengan kekalahan ini. Tapi letusannya tidaklah seberapa sangat, mungkin trauma dengan kekalahan ini, saya faham perasaannya. Kalau ada yang terasa, harap bisa dimaafkannya.

7. Saya juga ingin mengucapakan jutaan tahniah dan syabas kepada Team jawatankuasa Debat Sembang Kopi 2009, terutamanya kepada Saudara Claoston dan juga Saudara Adam atas pelaksanaan yang saya boleh katakan sebagai 'moderate success', walaupun tak secemerlang atau segah program pertandingan yang lain. Saya menilainya melalui beberapa perpekstif yang luas.

8. Tahniah sekali lagi saya ucapkan!

9. Tetapi, saya selaku peserta perlu bersikap jujur, saya hanya mengatakan apa yang saya rasa benar. Seperti pepatah Arab "Kul Haq walau ka Namurron" katakan sesuatu yang hak walaupun ianya pahit.

10. Sekali lagi timbul masalah hakim pelajar, bukan saya hendak mengatakan mereka tidak adil atau jujur, bukan. Kerana mereka yang menjadi hakim termasuk juga kita tahu kita semua juga diadili oleh yang Maha Esa.

11. Sudah saya katakan dulu, kalau tidak mahu timbul keraguan atau kesulitan selepas pertandingan, hindarilah hakim pelajar, guna mereka yang tiada kaitan dengan debat ataupun para pensyarah ataupun cikgu2 dari sekolah luar UMS. Saya ulang sekali lagi, bukan saya katakan mereka yang menjadi hakim Debat Sembang Kopi tidak jujur ataupun tidak adil, TETAPI UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK.

12. Saya berharap agar permasalahan ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Jika pasukan separuh akhir pertama bisa mendapat 3 hakim daripada kalangan pensyarah, kenapa pasukan kedua atau yang lain tidak bisa mendapat seperti pasukan pertama itu, lagipun kita sama-sama melangkah memasuki separuh akhir dengan adil dan saksama.

13 . Jika terasa, harap bisa dimaafi. Bukan untuk bersengketa atau menegak benang yang basah, tetapi untuk kita refleksi diri. mana yang baik itu kita ambil jadikan panduan, yang tidak baik itu kita jadikan sempadan!

14. Pasukan Debat Indah Permai mungkin akan "review" dahulu pertandingan Debat Naib Canselor pada semester hadapan. Jika ada lagi masalah Hakim, pasukan IP mungkin tidak akan menghantar wakil. Kami juga akan melihat penyertaan rakan kami dari Labuan, jika mereka hantar wakil, mungkin kami akan membuat semakan terhadap penyertaan tersebut.

15. Bukan untuk memboikot, tapi untuk pengajaran. Nabi pun berhijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk MELAKUKAN perubahan dan kesejahteraan Islam, kami IP mungkin juga akan melakukan sesuatu.

Wallahu'alam

Sunday, April 5, 2009

PERTANDINGAN DEBAT SEMBANG KOPI 2009

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

1) Dua,tiga minggu kebelakangan ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai kerja antaranya assingment, lab report, dan aktiviti kolej.

2) Dalam kesibukan ini menyebabkan saya tidak dapat berkongsi idea dengan pembaca mengenai banyak isu yang telah berlaku di dalam negara mahupun luar baru-baru ini.

3) Bermula dengan Pilihan raya di dua Bukit iaitu Bukit Selambau dan juga Bukit Gantang serta pilihanraya di Batang Ai, Sarawak.

4) Selepas itu, peristiwa bersejarah peralihan kuasa Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia daripada Y.A.Berbhg. Tun Abdullah Badawi kepada Y.A.B Datuk Sri Najib.

5) Selasa (7 April 2009) bermula pula, pertandingan Debat Sembang Kopi, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UMS, yang mana Penyelarasnya ialah Saudara Adam dan Pengarahnya adalah Saudara Claoston.

6) Setakat ini sahaja buat kali ini, posting yang akan datang, saya akan membuat satu posting gabungan peristiwa-peristiwa yang berlaku baru-baru ini.

7) Tidak dilupakan juga, saya mendoakan agar sahabat saya, Saudara Raffie agar cepat sembuh daripada pembedahan appendix..

Amin