Monday, February 23, 2009

ALAHAI YANG BERHORMAT.....


1) Saya rasa seperti berada di negara barat, apabila semakin ramai pemimpin kita yang melakukan aksi terlampau. Ada pemimpin tertinggi, ada pemimpin perempuan dan ada juga pemimpin tua. Semuanya rakus membuat aksi terlampau.

2) Bermula dengan kes Dato' Sri Anwar Ibrahim, Dato' Sri Chua Soi Lek, kemudian exco PKR Perak yang memberi rasuah wanita untuk dijadikan hidangan seks serta yang terbaru kes ADUN Bukit Lanjan, YB Elizabeth wong.

3) Saya masih lagi kebingungan memikir semakin banyak perkara-perkara terlampau ini didedahkan oleh akhbar-akhbar. Teruknya pemimpin yang kita pilih, Siapa yang harus kita persalahkan? Menurut pepatah cina "kepala ikan, kalau dah rosak, maka badan pun akan rosak". Jadi kalau ketua Parti pun dah tak boleh pakai, anak-anak didIk pun akan menjadi seperti ketua.

4) Tetapi dalam kes terlampau ini, saya cukup berminat dengan kes YB Elizabeth, mungkin kerana YB Elizabeth masih lagi bergetah berbanding kes Dato' Sri Chua, ye la, siapa yang hendak berbicara mengenai orang tua yang melakukan hubungan seks, lainlah kalau YB Elizabeth masih lagi bujang dan mengancam!

5) YB Elizabeth adalah seorang aktivis kemanusiaan dan juga bekas pembantu khas Dato' Sri Dr Wan Azizah sebelum diangkat menjadi ADUN PKR Bukit Lanjan.

6) Siapa pula Hilmi Malik, yang dikatakan bekas kekasih hati YB Elizabeth ni? Hilmi adalah bekas Pembantu Peribadi kepada Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan ,Hee Loy Sian. Dikatakan Hilmi ini adalah antara kekasih yang amat disayangi oleh YB ELIZABETH.

7) Saya suka membuat andaian. Maaf kalau andaian saya silap. Sebenarnya YB Elizabeth pada saya memang bersalah dan tetap bersalah. Ini bukan konspirasi BARISAN NASIONAL atau mana-mana pihak. Gambar tersebut adalah sememangnya beliau. Lagipun beliau memang mengaku itu adalah beliau.


8) Menurut satu sumber, YB Elizabeth mempunyai 3 kekasih gelap, iaitu Ketua Penerangan KEADILAN, Helmi Malik dan seorang pemuda mat salleh. Dipendekkan cerita, Helmi cemburu apabila terjumpa gambar mesra YB Eli dengan pemuda mat salleh lalu memutuskan hubungan sebagai kekasih mereka. Dan timbul andaian di sini, disebabkan cemburu, lalu Helmi menyebarkan gambar tersebut. Ini andaian, dan sebenarnya ramai yang mempunyai perasaan tidak puas hati terhadap YB Elizabeth, terutamanya pemaju perumahan kerana YB Elizabeth terlalu tegas terhadap pembangunan di lereng-lereng bukit di selangor.

9) Lagi pun menurut sumber tersebut lagi, mereka ini (Helmi dan YB Elizabeth) pernah melakukan hubungan seks, malah bukan hanya dengan Helmi, malah 2 orang lagi kekasih gelap beliau. Kalau YB Elizabeth tidak bersalah, kenapa harus meletak jawatan ADUN dan EXCO? Sedangkan Datuk Sri Anwar tidak membenarkan YB Elizabeth meletak jawatan? Jawapannya cukup mudah, kerana beliau sedar, belaiau bersalah.

10) Apa sudah jadi dengan moral dan wibawa Ahli Parlimen kita sekarang? Sejak wujudnya PKR ini, saya lihat tidak pernah negara senyap daripada berita-berita panas. Ada sahaja timbul berita-berita yang menjelek dan menjijikkan!

11) Saya suka membuat andaian, andaian saya Parti Keadilan hanya menggunakan jaring untuk mencari calon pilihan raya. Bukannya mereka yang betul-betul berkemampuan dalam memimpin. Ada YB KEADILAN yang hanya tamat tingkatan 5 menjadi ADUN dan EXCO di negeri Perak. Mudahnya Parti membuat pilihan? Kita mestilah memilih pemimpin yang berwibawa, berilmu, bukan hanya pandai berkata-kata sahaja.

12) Masalah di Perak pun berlaku disebabkan oleh ADUN KEADILAN yang lompat-melompat, tak ada jati diri, yang menjadi mangsa MB daripada PAS. PAS seakan-akan tersempit, menjadi mangsa keadaan, rela menjadi kuda tungangan.

13) Wahai PKR, janganlah hanya menunding jari dan mencari salah BN sahaja. Lihat diri anda dahulu sebelum menunding kepada orang lain.

14) Bagi saya, wajib YB Elizabeth letak jawatan serta merta tanpa ada manusia yang membantah perletakkan jawatannya. Ini soal moral dan budaya timur, bukan soal kesian. Kalau kita hendak berbicara atas soal kesian, pelacur di lorong Haji Taib lagi perlu kita kesiankan.

15) BN tak bersih, PKR lagi tak bersih, jadi pandailah pilih memilih!

16) kalau dah dua-dua tak bersih, pilihlah yang kurang tak bersihnya.

17) Alahai, Teruknya pemimpin sekarang.

Wednesday, February 18, 2009

BETULKAN BARISAN, KEMASKAN BULATAN, AGAR TIDAK TERNODA!

BULATAN Vs BARISAN

1. Penggal kedua persidangan Dewan Rakyat telah dibuka oleh KDYMM Yang DiPertuan Agong dengan penuh adat istiadat. Ada noda terselit hiba. KDYMM Yang Dipertuan Agong berasa kecewa dengan sesetengah tingkah laku ahli-ahli Yang Berhormat.


2. Saya rasa dan yakin, sidang ini merupakan sidang yang terakhir bagi Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi sebelum melakukan peralihan kuasa kepada Timbalannya iaitu Dato' Sri Najib. Saya amat yakin perkara ini akan berlaku kerana ini janji Dato sri Abdullah, tetapi saya juga yakin orang-orang tingkat 4 tidak akan berdiam diri. Saya hanya pandai membuat andaian, saya harap andaian ini salah.

3. KDYMM Yang Dipertuan Agong telah mengingatkan agar peralihan kuasa berjalan lancar tanpa menjejaskan proses pentadbiran negara. Saya amat bersetuju, kita mahu peralihan kali, sama seperti yang peralihan kuasa Tun Dr Mahathir kepada Dato' Sri Abdullah.












4. Barisan semakin bengkok, bulatan semakin bujur, yang berbaris tidak lurus, yang bulat juga tidak bulat seperti biasa. Apa masalahanya?

5. Desas- desus Parti bulat ingin kembali menjadi Barisan bukan cerita baru, ianya cerita lama. Ada yang suka bulat masuk barisan, ada yang tak suka bulat masuk barisan. Ini saya fikir politik semua.

6. Apa yang penting kepada kita buat masa sekarang? Adakah hanya mahu berdrama seperti sinetron Indonesia yang mana ceritanya berakhir dengan kesedihan, atau sebaliknya? Apa yang penting, ideologi parti atau kemaslahatan ummah?

7. Saya sayangkan Bulat, saya juga sayangkan barisan, kerana kedua-duanya penting dalam kehidupan. Asas untuk menjadi bulat berasal dari satu barisan, kemudian dibengkokkan menjadi bulatan. Saya akan menunggu dan tetap menunggu bulatan masuk barisan atau barisan sama-sama menjadi bulatan.


8. Hari demi hari agama dan keistimewaan bumiputera dicabar. Siapa yang berani mencabar? Saya fikir, ramai berani mencabar, disebabkan barisan yang bengkok dan bulatan yang bujur. Yang menangnya, mereka yang bersorak dibelakang sambil menyelam minum air. Saya pening memikirkannya, di depan pijak semut tak mati, dibelakang ibarat singa yang hendak menerpa mangsa. Saya bukan menuduh, saya hanya membuat andaian, maaf jikalau andaian saya salah lagi.

9. Kenapa Bumiputera berpecah?, kerana kita lupa pada sejarah! Kenapa kita lupa pada sejarah? Kerana kita leka memerah, memerah harta yang bukan hak kita. Senang dicucuk, senang diperkuda, agama dipersenda. Sehinggakan meletupkan manusia perkara biasa, yang penting nikmat dan matlamat bisa digapai. Saya tidak menuduh sesiapa, ini hanya anggapan semata-mata.

10. Kesudahannya, semakin hari kita semakin leka. Kita perlu sedar segera, agama itu penting, semangat bumiputera itu juga penting, jika digabungkan kedua-duanya, ianya seakan-akan boleh dicapai secara bersama. Bukan hanya yang bulat perjuang agama, dan bukan hanya yang Barisan pejuang bangsa. Kita perlu berjuang bersama dalam menggapai puncak jaya.

11. Bak kat pepatah " yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".

12. Saya yakin ramai yang tak suka dan menerima pendapat ini. Kerana yang bulat tetap bulat, yang barisan tetap berisan, akhirnya yang tinggal perpecahan. Kita mesti ingat, "Allah tidak akan membantu umatnya jika kita berpecah belah."


CINTA : ANTARA GEMBIRA DAN CELAKA


1. Allah telah berfirman:

" Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan)"
(Surah Al-isra' : 32)

2. Cinta itu manis, cinta itu bisa menghiris, bukan hanya kalbu malah iman pada Ilahi. Saya yakin cinta adalah fitrah manusia. Bohong kalau saya katakan tiada langsung perasaan cinta dihati. Yes, saya ada perasaan cinta. Cinta pada manusia.

3. Saya masih lagi mencari, dan akan terus mencari cinta kepada manusia yang membawa kepada cinta Ilahi. Wujudkah cinta seperti itu? Alangkah indahnya dunia ini, jika benar wujudnya cinta sedemikian.

4. Dalam bahasa Arab perkataan cinta adalah "AL-HUBB", dan "AL-'ISHQU". Tetapi masyarakat Arab jarang menggunakan perkataan "AL-'ISHQU" disebabkan ianya mengambarkan cinta yang melalaikan, merosakkan dan cinta yang bisa membinasakan. Cinta antara dua manusia yang matlamatnya selain daripada Tuhan adalah "AL-'ISHQU" bukan "AL-HUBB".

5. Kebelakangan ini, di dada-dada akhbar, seakan-akan wujud satu laporan bersiri mengenai pembuangan anak luar nikah, sex bebas dan rambang dan yang lebih hina lagi ada ibu yang sanggup menyorok anaknya di dalam laci. Siapa kita hendak membunuh bayi tersebut? Tuhankah kita, sehingga sanggup mendera sedemikian rupa? Pandai buat, pandailah jaga.

6. Siapa yang salah dalam hal ini, Ibu bapa atau budaya, atau kurang agama, atau rakan-rakan sebaya? menurut kajian sebuah Universiti, pengaruh rakan sebaya adalah yang utama. Di kampung lemah lembut, sopan santun, bila berjauhan dengan keluarga, segala-galanya gelap gelita. Ke sana- sini berpelesiran entah ke mana! Siapa yang harus dipersalahkan!


7. 14 Februari, hari mulia, kata yang gila kapel. Hari yang ditunggu-tunggu untuk pecahkan dara, bukan andaian saya tapi ini adalah fakta. Mana maruah kita terutamanya wanita? Tidak malukah kita pada katil, pada dinding, pada tilam yang menjadi saksi pertemuan haram dua jiwa? Agama, ibu ayah dilupakan, tidak mengapa, yang penting gembira.

8. Saya cukup terkilan, ada juga bloggers yang menceritakan tentang Valentines Day, Tak salah jika memberi pendapat, tetapi kalau seakan-akan seperti seronok dan menyambutnya, itu satu kelemahan, jika bukan islam bisa di maafkan, jika muslim? Anda tepuk dada, Istighfar, tanya minda. Jika kita boleh memboikot Israel, kenapa tidak pada cinta yang bisa membinasakan, "Valentines Day never exist in our heart"

9. Presiden MPP kita sudah menjelaskan, Valentines Day bukan budaya kita, tapi ada juga yang tak reti bahasa, masih lagi dijajah minda, yang mendapat cela, agama kita. "Muslim pun ada buat maksiat, yang pakai tudung pun sama, sama-sam pecah dara! Apa jawapan kita, hanya diam seribu bahasa. Apa jawapan kita kepada Nabi yang bersusah payah tanpa menghiraukan nyawa untuk menyebarkan islam? Adakah dengan menyalahkan pemerintah semata-mata? Sekali lagi, tepuk dada, tanya minda.

10. Saya bukan menghalang anda bercinta, jika itu hakikat membawa kepada redhai Ilahi, tiada bantahan mahupun paksaan. Kerana saya juga ada perasaan cinta. Berdosakah saya?

11. Tidak sejatikah seorang lelaki itu tanpa perempuan di sisinya? Siapa yang menentukan sejati atau tidak seseoranglelaki itu? Adakah luarannya mahupun dalaman? Sesetengah masyarakat kita masih lagi befikiran kolot, lambat kahwin bukan sejati, minat kaum sejenis dan sebagainya. Ingat kita hanya bisa mencari, jodoh pertemuan itu tuhan tentukan.

12. Saya juga takut, takut diri ini tidak boleh membawa kepada jalan redhai Ilahi. Amat berat rasanya dalam mengharungi perasaan ini. Tapi, hati ini tanpa cinta, ianya gelap gelita. Adakah kerana hati ini lupa atau jauh dari yang Maha Esa?

13. Cinta itu boleh selagi tidak membawa kepada lembah kehinaan. Tetapi adakah wujud cinta seperti itu? Itu persoalan yang harus anda jawapkan!

Tuesday, February 17, 2009

AGAMA ITU PESONA JIWA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


YB ELIZABETH

1. Malaysia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi besar, gempa bumi penyebaran foto separuh bogel YB Elizabeth Wong, ADUN BUKIT LANJAN.

2. Saya masih berfikir tentang politikus, rakus seperti tikus! Inikah politik? Dalam hendak mencapai sesuatu, apa jenis cara yang digunakan, adalah halal walaupun perkara tersebut berkenaan maruah seseorang.

3. Saya tidak mahu mengatakan ini konspirasi orang-orang tertentu, saya juga tidak mahu mengatakan kejadian ini satu kejadian yang direlakan. Andaian adalah biasa bagi kita, tetapi andaian yang negatif akan jatuh kepada fitnah dan kazaf.

4. Ada orang kata kes ini sama dengan kes Dato Sri Chua Soi Lek, tetapi saya melihat kes ini lebih kepada seperti kes Nasha Aziz yang mana gambar beliau ketika mandi dirakam.

5. Akhbar mengatakan gambar tersebut diambil oleh bekas teman lelakinya beberapa tahun yang lepas. Kalau maklumat ini betul, saya yakin ada dalang disebalik isu untuk menawan puncak gemilang seperti di Perak Maaf, ini andaian saya.

6. Sebelum ini heboh Exco kerajaan Selangor ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Pelabuhan Klang, yang peliknya orang yang dituduh berkhalwat itu adalah seorang perempuan yang bertudung labuh dan juga ahli PAS. Saya tidak kata semua perempuan bertudung itu bersih dari noda. Tetapi ada ciri-ciri tertentu yang bisa menggambarkan budi & hatinya.

7. Perak jatuh ditimba tangga, Selangor menanti tsunami datang melanda, Kedah bersiap sedia, takut-takut bahaya tiba-tiba menerpa. ADUN Bukit Selambau pun dah letak jawatan, Kedah mesti bersiap sedia.

8. Saya berbicara atas dasar kemanusiaan, bukan dasar politik. Saya tidak mahu memihak kepada PKR mahupun UMNO. Kedua-duanya bagus, kedua-duanya juga ada kelemahan. Jadi, cara untuk memilih, pilihlah yang terbaik- banyaknya kebaikan, kurangnya keburukan.

9. YB Elizabeth menawar diri untuk meletak jawatan sebagai EXCO dan juga ADUN, bertanggung jawab atau rasa bersalah? Andaian timbul lagi dibenak fikiran. Jawapan akhir, harus datang dari Sultan, Sultan akan tentukan.

10. Tetapi bagi orang-orang tertentu ini satu kemenangan, walaupun matlamat itu tidak menghalalkan cara. Maaf, saya bukan menuduh, tetapi kalau terasa pedas, segeralah mencari air.

11. Semailah budaya, tingkatkanlah agama, nescaya tiada yang teraniya, hidup bersama pasti bahagia.

BAS : KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI

12. Ramai mengatakan isu ini sebgai isu lapuk, sehingga ada mahasiswa sudah fed up untuk membuat teguran mahupun aduan.

13. Sejak pemerintahan Saudara Husin, Saudara Azlan, Saudara Hasanal sehinggalah kepada pemerintahan sekarang iaitu Saudara Azrul, isu ini tidak juga selesai, malah seakan-akan lebih teruk walaupun ada penambahbaikan.

14. Saya terfikir dan mencari, apakah sebenarnya punca kepada masalah pengangkutan ini? Adakah bilangan bas untuk kegunaan harian mahasiswa kurang atau tidak cukup walaupun ada penambahan bas? Atau kekurangan pemandu bas? Atau ada udang disebalik batu?

15. Sepatutnya setelah beberapa kepimpinan sudah berlalu, perlu satu kajian yang menyeluruh dijalankan. Ini berkaitan dengan kebajikan mahasiswa, berkaitan dengan kehadiran ke kelas, berkaitan dengan prestasi akademik mahasiswa kerana dalam isu bas ini stakeholdersnya adalah besar.

16. Saya ingin mencadangkan kepada MPP, bukan saya hendak mengajar anda membuat kerja, tetapi cadangan, saya berharap agar anda membuat satu kajian di setiap kolej kediaman terutamanya kolej di luar kampus mengenai bilangan pelajar mengikut waktu dan jadual kuliah.

17. Contohnya di KKIP, kelas yang bermula jam 8.00 pagi merupakan kelas yang paling ramai diambil oleh mahasiswa, jadi pihak MPP mahupun pihak yang berkenaan harus menyediakan bas yang secukupnya untuk menampung bilangan ini.

18. Apa yang terjadi jika tiada satu sistem yang sistematik, wujudnya "barbaric people" yang berebut-rebut untuk menaiki bas ke kuliah. Yang kuat menang, yang lemah kalah. Keluar rumah berseri-seri, sampai di kuliah hilang seri.

19. "Datang awal ke kelas, jangan tunggu last minutes", ini kata-kata pengecut yang hendak lari daripada masalah. Tahukah anda fakta di KKIP, kebanyakan mahasiswa datang seawal jam 6.30 pagi untuk menaiki bas, jam 6.45 bilangan mahasiswa semakin bertambah, jam 7.00 pagi sekurang-kurang 4 buah bas diperlukan. Kerana semua mahasiswa membuat andaian datang awal tidak perlu berebut, tetapi andaian itu juga andaian kepada semua yang mahu ke kelas tanpa berebut untuk menaiki bas! Jadi akhirnya, itu bukan satu penyelesaian yang efektif.

20. Waktu menunggu bas juga tidak sistematik. Pemerintahan yang lepas telah membuat jadual perjalanan bas yang mengalahkan takwim solat, 2 hari sahaja ikut jadual, hari ketiga keadaan balik seperti sedia kala. Ini kerana tiada penguatkuasaan, jadi, jadual hanya tinggal pada nama sahaja.

21. Saya ingin mencadangkan kepada pihak MPP agar bas bergerak setiap 30 minit atau 45 minit sekali. Ini akan memudahkan para pelajar untuk merancang masa menunggu, tidaklah terpaksa menunggu ibarat pungguk rindukan bulan.

22. Pelbagai peristiwa ketika menunggu bas untuk ke kuliah telah menukar andaian saya.

23. Apakah andaian tersebut? Perempuan
sememangnya lebih kuat daripada lelaki. Kalau anda pembaca tidak percaya datang ke KKIP pada waktu kuliah pagi ketika berebut untuk menaiki bas.

24. Yes, wanita sememangnya lebih kuat daripada lelaki. Maaf, ini andaian saya sahaja, kalau anda rasakan betul, maka betullah andaian saya.

25. Semua orang berada dalam keadaan dilemma, antara menjadi manusia yang tak bertamadun untuk berebut menaiki bas atau datang lambat ke kuliah.

26. Alahai manusia Dilemma

*pic creditted to A10-02

Wednesday, February 11, 2009

HORMAT MENGHORMATI BUDAYA KITA, BELAJARLAH DARI BUDAYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sudah begitu lama rasanya saya tidak mencoretkan sesuatu di bolg ini, ini adalah disebabkan olehb 3 perkara yang biasa
1. Sibuk dengan SIFE PROJECT
2. Malas yang terlalu menyelubungi hati sanubari
3. Terdapat 2 midterm bagi teras program iaitu Meteorology dan juga Oceonography Chemistry

Khamis, hari yang tidak begitu sibuk disebabkan kelas hanya dari jam 8pg hingg 10 pg, jadi penulis gunakan peluang dan kelapangan yang diberikan oleh Allah ini untuk mencoretkan sesuatu, tanda sebagai sokongan kepada UMSBLOGGER...

*BALASUNGKAWA*
Al-Fatihah...

Lebih kurang jam 10 malam (12 FEBRUARY 2009), Nenenk penulis iaitu BUNGA BT HASAN telah kembali ke Rahmatullah di sisi anak-anak dan keluarga tersayang, kecuali penulis yang berada di perantauan. Penulis doakan Allahyarham Nenek penulis ditempatkan bersama-sama dengan para solihin dan mukminin..Ameen...

Setiap yang hidup pasti akan mati Hanya masa meniti pasti Iman di dada perlu dipenuhi Semoga mendapat redha Ilahi

SNIPPET

Isu berkenaan Negeri Perak Daru Ridzuan yang sedang hangat diperkatakan sehingga hari ini, membuatkan hati saya berasa tidak selesa untuk menghuraikannya semasa isu ini tengah panas diperdebatkan. Saya hanya biarkan kawan-kawan bloggers yang lain menghuraikannya. Dan Alhamdulillah walaupun masih dalam dilema, saya cuba juga untuk mencoretkan sesuatu berkaitan kemelut politik ini.

*ini adalah pendapat tuan empunya diri, segala pemahaman adalah daripada empunya diri, pendapat rakan-rakan lain juga diterima untuk proses pembelajaran*

NEGERI PERAK



1. Bermulanya isu ini dengan aktiviti lompat-melompat, ada yang main lompat tinggi dan ada juga yang main lompat jauh. Yang bermain lompat tinggi dan jauh ini telah memberi kesan yang besar kepada Tuan rumah penganjur. Isu lompat-melompat dan beli-membeli ini bukan isu baru, ianya telah berlaku sudah lama, iaitu semasa UMNO mahu tubuhkan kerajaan BN di Sabah, semasa itu dibawah pemerintahan SAPP, Datuk Yong Teck Lee.

2. Isu ini kembali hangat selepas PRU-12, Apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim menyatakan seramai 31 ahli BN yang akan melompat ke PKR. Itu wawasan Dato' Sri Anwar, WAWASAN 16 SEPTEMBER dalam merangka menawan PUTRAJAYA.. Saya tak pasti, kenapa sampai sekarang tiada juga yang melompat masuk PKR. Saya berfikir mungkin bakal-bakal pelompat ini sedang membuat latihan, nak main lompat tinggi dan lompat jauh ni bukan mudah seperti main congkak. perlu guna duit, bukannya sikit, tapi berjuta-juta.

3. Bila dah melompat, PKR dan BN ada jumlah ADUN yang sama bilangannya, iaitu 28 orang. 3 Orang lagi jadi ADUN BEBAS, tetapi dikatakan telah menyokong BN untuk tubuhkan kerajaan majoriti di negeri lompat melompat itu. Kalau dah sokong BN buat kerajaan, kita janganlah cakap bebas, masuk je la BN, habis cerita.

4. Dato Sri Nizar, terkapai-kapai, MB lagi ke atau tidak? PKR cakap MB, Sultan kata letak jawatan. "Malay Dilemma". "Yes, MALAY DILEMMA"

5. Sebenarnya dalam isu ini, biarlah rakyat yang membuat keputusan. Gubal undang-undang baru, sesiapa yang lompat macam katak, hilang jawatan ADUN mahupun Parlimen, dan pilihanraya harus dijalankan sama dengan prosedur bila terjadinya kematian seseorang wakil rakyat.

6. Rakyat sokong calon adalah atas kapasiti Parti yang dibawa, bukan orang (secara umumnya). Contohnya kalau UMNO letak calon di kawasan yang dikuasainya, sesiapa pun boleh menang, letak NIVYANFAZZA pun pasti menang, kerana rakyat sokong parti, bukan sokong orang. Jika Dato Sri Abdullah menjadi calon PAS, di kawasan parlimen Kubang Pasu, saya yakin beliau akan kalah kerana itu kawasan kubu kuat BN!

7. Di Perak, isu ini menjadi semakin hari semakin besar adalah disebabkan oleh media. Ini salah media yang tidak memberi ulasan yang benar lagi betul. Kata derhakalah, itu la, ini la. Sebenarnya Dato' Sri Nizar menggunakan perkataan "derhaka" adalah untuk menunjukkan beliau tidak boleh meletak jawatan disebabkan oleh perlembagaan negeri yang menyatakan hanya 3 cara sahaja jawatan Menteri Besar boleh dilucutkan iaitu undi tidak percaya, beliau sendiri meletak jawatan dan juga pembubaran DUN Perak. Sembah DERHAKA itu bahasa istana. Kalau derhaka yang betul-betul ialah dengan menyerang istana ataupun mengepung istana. Ini baru kita boleh hukum Dato Sri Nizar!

8. Samada Dato Sri Nizar mahupun Dato' Dr Zambry kedua-duanaya adalah bagus, kedua-dua pemimpin yang layak. kalau mereka tidak layak Allah tidak akan angkat mereka berdua menjadi pemimpin. Ini janji Allah.

9. Dato' Sri Nizar tuntut keadilan, Dato Dr Zambry tunggu kesan. Inilah yang akan terjadi kepada kepimpinan Perak.


10. Kita semua manusia biasa, bisa melakukan kesilapan, silap percaturan adalah biasa, tidak kira sultan mahupun hamba rakyat jelata. Hanya Nabi yang maksum dari segala cela.

11. Kembalikan kuasa rakyat, adakan pilihanraya di 3 kerusi DUN yang suka main lompat-melompat. Sempena pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan juga Bukit Selembau, apa salahnya adakan sekaligus pilihanraya kecil untuk 3 ADUN yang suka lompat-melompat itu.

12. Saya yakin dan percaya, jika rakyat yang memilih, itulah keadilannya. Samada Dato Sri Nizar atau Dato Dr Zambry, biarlah rakyat yang memilih, mana satu yang mereka suka, bukan orang lain yang pilih untuk rakyat perak sukai.

13. Saya suka pakai baju yang saya pilih sendiri, saya tidak suka pakai baju yang dipilih oleh orang lain, dahla kita tak boleh memilih, malah dipaksa pula untuk memakainya....Wallahu a'lam...

JAKMAS

1. Saya timbulkan isu ini bukan untuk menghiris atau menyentuh perasaan sesiapa, jika ada yang terasa, harap bisa dimaafkan.

2. Kita manusia mempunyai banyak sifat. Ada sifat mahmudah dan juga sifat mazmumah. Jadi sifat bongkak, bercakap besar dan dan tidak serius dalam sesuatu perkara, itu adalah perkara biasa. Saya juga ada sifat seperti itu, tapi kita harus tahu bila ingin menggunakannya.

3. Yes, saya tahu anda pemimpin, kami rakyat. Yes, anda berkuasa kami mengikuti arahan. Tapi anda harus sedar, anda berkuasa, kuasa itu kami yang berikan asbab kepada Kuasa Allah.

4. Ini hanya teguran, jangan ingat bila kami rakyat jelata bukan pimpinan, kami boleh direndah-rendahkan ibarat kami tidak tahu apa-apa.

5. Anda hanya pinjaman untuk jadi pimpinan, jawatan datang dan pergi, ukhwah itu yang kekal abadi.

6. Sebelum jadi pemimpin lain gayanya, lain coraknya, lain bahasanya. Selepas menjadi pemimpin, diharapkan corak itu cantik bila dipandang, bahasanya pula manis dan sedap didengar, tetapi kesemua itu melesep. Hilang dibawa arus deras sungai Likas.

7. Perlukah perubahan itu dalam pemerintahan, jika ia bisa memutuskan silaturahim..?

8. Saya tak nafikan perubahan itu perlu bila jadi pemimpin, seperti confidence, berani, petah berkata-kata, berpenampilan menarik, bukannya perubahan dari segi keperibadian. Contohnya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, tetap sama, di pejabat, di rumah, sebelum jadi menteri besar dan sehingga sekarang, itu lah Tuan Guru, bukan orang lain.

9. Jadi, kita manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan kita adalah Iman dan taqwa.

D'PUSTAKA CAFE


1. Alhamdulillah, tempat yang lebih baik daripada Kafe sebelumnya. Selesa ketika menjamu selera. Tapi hati tetap gundah gulana.

2. Seakan-akan tiada cacat cela, tetapi sebenarnya ada duka terselit hiba.

3. Makanan yang MAHAL seperti saya sedang menjamu selera di FOODCOURT, KLCC, atau makan kat Crystal Jade Kitchen Pavillion. Nasi + lauk+ sayur = RM5++

4. Perbandingan yang saya buat ketika makan di D'PUSTAKA CAFE dengan Restoren lain di luar UMS adalah wujud satu perbezaan yang ketara, nasi+lauk+sayur+milo ais = RM5++.

5. Apa masalah Sebenarnya dengan D'PUSTAKA KAFE? Adakah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu atau masalah kekeliruan politik di Perak memberi kesan? Ataupun masalah sewa Kafe yang terlalu tinggi?

6. Saya tahu sahabat-sahabat yang mempunyai wang lebih daripada biasa akan mengatakan yang penting kenyang, harga lain cerita. Kta harus ingat, adakah kita perlu ditindas untuk mendapatkan sesuatu nikmat yang kita boleh juga dapat dengan harga yang murah sedikit. Kita bukannya bekerja, tapi masih belajar. Lainlah kalau cafe di Jabatan Perdana Menteri atau kafe di Wisma Persekutuan!

7. Saya berharap agar pihak MPP dapat menjawab isu ini dan mengambil jalan penyelesainnya. Harga makanan yang ditetapkan seperti Tom yam dan Sup adalah biasa, kalau kita rasa mahal kita masih lagi boleh membuat pilihan, Harga ada di depan, nasi campur? Harganya tetap bercampur-campur, lauknya sama tapi harganya boleh berbeza....Manusia, oh manusia!

8. Ini hanya suara dari kami rakyat jelata. Yang diberi amanah, inilah masa untuk berbisa dan berbakti kepada pemberi amanah nusa dan bangsa, supaya usaha anda kan menjadi budi yang sukar dibalas.

PERSIDANGAN MPP

1. Diharapkan dapat dibuat seawal jam 8.30 mlm, banyak isu yang hendak di aju dan dituju.
2. Kekangan masa sentiasa mencemburui, jadi carilah pakar "timing" yang betul dan mampu.
3. Masa singkat, penjelasan juga singkat, yang tersingkat tak juga dapat dilabuhkan, masih lagi dalam keadaan separuh bogel!
4. Jadikan pengalaman yang lepas sebagai panduan, tinggalkan persengketaan demi perpaduan.


Wassalam.....


* ZEN GARDEN RESORT-SIFE RETREAT. 13-15 FEBRUARY 2009* * PENUKARAN GANTI NAMA DIRI "PENULIS" KEPADA "SAYA" SUPAYA SEDAP DIDENGAR DEKAT DI HATI*

Monday, February 2, 2009

Cute, Cute ke???


Aku kena tagged oleh PIE.....
Thanks for the award..hehe...


Peraturan untuk menerima award ini ialah:


1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

10 Fakta/Hobi


1.Sayang sangat kat ALLAH, IBU BAPA, ADIK BERADIK, MAISARA and KAWAN-KAWAN...

2.Anak emak.

3. Peminat warna biru. Suka giler dengan warna biru. Kalau boleh semua nak biru..Peminat Chelsea katakan..wahaha.....

4. Susah nak marah, tapi senang nak sejuk..macam mana tu ek...Lu pikirla sendiri...

5. Suka gak makan, kalau tak suka makan, tak dala badan macam sekarang. Pie suka makan tapi badan macam lidi gak..Apa rahsianye En. Pie...Share arr...

6. Suka potong kuku sambil berdiri, tak tau kenape, but it's really NICE...Tak caye, cube anda try k...

7. Jika diberi pilihan, nak sangat main Rugbi, but takut cedera lak, coz ada pengalaman tgk kawan cedera masa main rugbi. Masa tu jadi pengurus pertandingan rugbi untuk Kolej CD, harap sangat dapat main rugbi before graduate. Actually dah ada orang ajak main, namanya ALONG, tapi masa belum tiba.....

8. Suka buat surprise kat member, tapi diri sendiri tak suka benda-benda surprise ni, macam surprise birthday party ke, apa-apa ke....buat jiwa tak tenang je...

9. Suka sangat berahsia, sebab for me" apa yang diri ini alami, biarlah diri ini seorang sahaja yang menangungnya...hehe.Penah gak la kena marah ngan kawan coz tak share masalah...

10. Suka habiskan duit untuk beli pakaian, i don't know why! But..Entahla sebab kalau beli baju, abis duit pun takpe, at least we can touch and see that shirt, kalau makan, abis macam tu je....



1. MASTURAH NADZARI


4. ABANG MURSIDI

5. AZIZI SHAUKANI