Tuesday, February 17, 2009

AGAMA ITU PESONA JIWA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....


YB ELIZABETH

1. Malaysia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi besar, gempa bumi penyebaran foto separuh bogel YB Elizabeth Wong, ADUN BUKIT LANJAN.

2. Saya masih berfikir tentang politikus, rakus seperti tikus! Inikah politik? Dalam hendak mencapai sesuatu, apa jenis cara yang digunakan, adalah halal walaupun perkara tersebut berkenaan maruah seseorang.

3. Saya tidak mahu mengatakan ini konspirasi orang-orang tertentu, saya juga tidak mahu mengatakan kejadian ini satu kejadian yang direlakan. Andaian adalah biasa bagi kita, tetapi andaian yang negatif akan jatuh kepada fitnah dan kazaf.

4. Ada orang kata kes ini sama dengan kes Dato Sri Chua Soi Lek, tetapi saya melihat kes ini lebih kepada seperti kes Nasha Aziz yang mana gambar beliau ketika mandi dirakam.

5. Akhbar mengatakan gambar tersebut diambil oleh bekas teman lelakinya beberapa tahun yang lepas. Kalau maklumat ini betul, saya yakin ada dalang disebalik isu untuk menawan puncak gemilang seperti di Perak Maaf, ini andaian saya.

6. Sebelum ini heboh Exco kerajaan Selangor ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Pelabuhan Klang, yang peliknya orang yang dituduh berkhalwat itu adalah seorang perempuan yang bertudung labuh dan juga ahli PAS. Saya tidak kata semua perempuan bertudung itu bersih dari noda. Tetapi ada ciri-ciri tertentu yang bisa menggambarkan budi & hatinya.

7. Perak jatuh ditimba tangga, Selangor menanti tsunami datang melanda, Kedah bersiap sedia, takut-takut bahaya tiba-tiba menerpa. ADUN Bukit Selambau pun dah letak jawatan, Kedah mesti bersiap sedia.

8. Saya berbicara atas dasar kemanusiaan, bukan dasar politik. Saya tidak mahu memihak kepada PKR mahupun UMNO. Kedua-duanya bagus, kedua-duanya juga ada kelemahan. Jadi, cara untuk memilih, pilihlah yang terbaik- banyaknya kebaikan, kurangnya keburukan.

9. YB Elizabeth menawar diri untuk meletak jawatan sebagai EXCO dan juga ADUN, bertanggung jawab atau rasa bersalah? Andaian timbul lagi dibenak fikiran. Jawapan akhir, harus datang dari Sultan, Sultan akan tentukan.

10. Tetapi bagi orang-orang tertentu ini satu kemenangan, walaupun matlamat itu tidak menghalalkan cara. Maaf, saya bukan menuduh, tetapi kalau terasa pedas, segeralah mencari air.

11. Semailah budaya, tingkatkanlah agama, nescaya tiada yang teraniya, hidup bersama pasti bahagia.

BAS : KOLEJ KEDIAMAN INDAH PERMAI

12. Ramai mengatakan isu ini sebgai isu lapuk, sehingga ada mahasiswa sudah fed up untuk membuat teguran mahupun aduan.

13. Sejak pemerintahan Saudara Husin, Saudara Azlan, Saudara Hasanal sehinggalah kepada pemerintahan sekarang iaitu Saudara Azrul, isu ini tidak juga selesai, malah seakan-akan lebih teruk walaupun ada penambahbaikan.

14. Saya terfikir dan mencari, apakah sebenarnya punca kepada masalah pengangkutan ini? Adakah bilangan bas untuk kegunaan harian mahasiswa kurang atau tidak cukup walaupun ada penambahan bas? Atau kekurangan pemandu bas? Atau ada udang disebalik batu?

15. Sepatutnya setelah beberapa kepimpinan sudah berlalu, perlu satu kajian yang menyeluruh dijalankan. Ini berkaitan dengan kebajikan mahasiswa, berkaitan dengan kehadiran ke kelas, berkaitan dengan prestasi akademik mahasiswa kerana dalam isu bas ini stakeholdersnya adalah besar.

16. Saya ingin mencadangkan kepada MPP, bukan saya hendak mengajar anda membuat kerja, tetapi cadangan, saya berharap agar anda membuat satu kajian di setiap kolej kediaman terutamanya kolej di luar kampus mengenai bilangan pelajar mengikut waktu dan jadual kuliah.

17. Contohnya di KKIP, kelas yang bermula jam 8.00 pagi merupakan kelas yang paling ramai diambil oleh mahasiswa, jadi pihak MPP mahupun pihak yang berkenaan harus menyediakan bas yang secukupnya untuk menampung bilangan ini.

18. Apa yang terjadi jika tiada satu sistem yang sistematik, wujudnya "barbaric people" yang berebut-rebut untuk menaiki bas ke kuliah. Yang kuat menang, yang lemah kalah. Keluar rumah berseri-seri, sampai di kuliah hilang seri.

19. "Datang awal ke kelas, jangan tunggu last minutes", ini kata-kata pengecut yang hendak lari daripada masalah. Tahukah anda fakta di KKIP, kebanyakan mahasiswa datang seawal jam 6.30 pagi untuk menaiki bas, jam 6.45 bilangan mahasiswa semakin bertambah, jam 7.00 pagi sekurang-kurang 4 buah bas diperlukan. Kerana semua mahasiswa membuat andaian datang awal tidak perlu berebut, tetapi andaian itu juga andaian kepada semua yang mahu ke kelas tanpa berebut untuk menaiki bas! Jadi akhirnya, itu bukan satu penyelesaian yang efektif.

20. Waktu menunggu bas juga tidak sistematik. Pemerintahan yang lepas telah membuat jadual perjalanan bas yang mengalahkan takwim solat, 2 hari sahaja ikut jadual, hari ketiga keadaan balik seperti sedia kala. Ini kerana tiada penguatkuasaan, jadi, jadual hanya tinggal pada nama sahaja.

21. Saya ingin mencadangkan kepada pihak MPP agar bas bergerak setiap 30 minit atau 45 minit sekali. Ini akan memudahkan para pelajar untuk merancang masa menunggu, tidaklah terpaksa menunggu ibarat pungguk rindukan bulan.

22. Pelbagai peristiwa ketika menunggu bas untuk ke kuliah telah menukar andaian saya.

23. Apakah andaian tersebut? Perempuan
sememangnya lebih kuat daripada lelaki. Kalau anda pembaca tidak percaya datang ke KKIP pada waktu kuliah pagi ketika berebut untuk menaiki bas.

24. Yes, wanita sememangnya lebih kuat daripada lelaki. Maaf, ini andaian saya sahaja, kalau anda rasakan betul, maka betullah andaian saya.

25. Semua orang berada dalam keadaan dilemma, antara menjadi manusia yang tak bertamadun untuk berebut menaiki bas atau datang lambat ke kuliah.

26. Alahai manusia Dilemma

*pic creditted to A10-02

2 comments:

nurilhakim said...

Salam tuan rumah..
Awat posting kt atas takle comment?
Ini utk comment post di atas..

Rules mudah politik Najib hr ni..

Terima, Patuh @ Meletup!

NIVYANFAZZA said...

salam nurilhakim...
terima, patuh @ meletup! haha....
politikus, politikus......rupa-rupanya takut macam tikus..
kalau berani jangan main letup-letup, kita main lawan pedangla...
hehe....