Thursday, January 14, 2010

Buruk Sangka

1) Saya terbaca di status seorang teman di laman facebook ,Mengatakan hal yang berlaku sekarang di Malaysia, iaitu isu penggunaan nama Allah oleh bukan muslim adalah provokasi pihak tertentu.

2) Benarkah hal tersebut? Saya cuba mencari bukti yang jelas kenapa beliau berkaat sedemikian. Tetapi sedih, hanya sekadar kenyataan-kenyataan amarah seseorang yang tidak puas hati terhadap satu pihak.

3) Saya juga cuba mencari bukti yaang jelas mengenai ini, dengan merujuk banyak pandangan daripada pelbagai pihak, tetapi jawapan yang saya dapat adalah isu ini bukan provokasi mana-mana pihak mahupun mana-mana parti politik.

4) Ahli-ahli politik yang memanaskan isu ini, bukan mencipta isu ini .

5) Sahabat pemilik laman facebook tersebut juga tidak memberikan bukti yang jelas dan sahih tetapi hanya sekadar beromong-omong di atas awang. Kalau kenyataan tersebut adalah tidak benar, itu boleh di kira sebagai memfitnah!

6) Jangan disebabkan kita tidak suka, benci sesuatu pihak, terus kita menuduh dan menghukum tanpa usul periksa tanpa ada penyelidikan terlebih dahulu. Ini akan menunjukkan sejauh mana tahap ke'profesional'man dan keintelektualan kita.

7) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, badan binasa...

8) Kalau betulla ini satu provokasi daripada pihak tertentu untuk merapatkan dan menyatupadukan umat, bagi saya tiada masalah.

9) Tetapi, malangnya ini bukan provokasi, ini adalah isu sebenar yang bukan direka oleh mana-mana pihak.

10) Bersyukurlah di mana kita berada sekarang, kerana semuanya datang daripada Allah S.W.T.

0 comments: