Sunday, April 12, 2009

DEBAT SEMBANG KOPI II

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Saya menerima TAKDIR dengan REDHA bahawa perjuangan Kolej Kediaman Indah Permai hanya sampai separuh akhir sahaja.

2. Kepada Team KBBB-KSTT, TAHNIAH DIUCAPKAN ATA KEMENANGAN ANDA, kepada Adikku Razak, tahniah mendapat Pendebat Terbaik!

3. Mungkin kekalahan kami sudah tertulis di dalam suratan takdir, tapi Alhamdulillah saya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka dan tabah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Kenapa saya tidak "emosi" atau "panas" seperti Debat Piala Naib Canselor yang lepas? Ada sebabnya...

4. Pertamanya saya akui, saya 'berlawan' atau 'menentang' pendebat-pendebat Universiti atau senior yang mana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang debat. Walaupun kami sebenarnya boleh mengatasi mereka dari pelbagai segi.

5. Keduanya, saya sudah maklum atau lebih jujurnya, sudah pernah mengalami kekalahan ini. Sama ada percaturan atau kebetulan, itu terletak dalam bidang kuasa Allah S.W.T untuk menghukumnya. Saya tidak mahu mengatakan apa-apa komen kerana saya REDHAI dengan kekalahan ini.

6. Seperti tulisan saya yang lalu iaitu selepas Debat NC 2008, saya pernah menulis berkaitan kekalahan pasukan Indah Permai dalam pertandingan tersebut adalah disebabkan oleh percaturan. Jadi, walaupun saya kalah kali ini, saya sebenarnya sudah bersiap sedia berdasarkan peristiwa yang lalu. Tetapi, disebalik kesediaan saya dan rakan-rakan yang lain (yang pernah kalah dulu ) redhai, ada seorang insan yang telah "meletus" dengan kekalahan ini. Tapi letusannya tidaklah seberapa sangat, mungkin trauma dengan kekalahan ini, saya faham perasaannya. Kalau ada yang terasa, harap bisa dimaafkannya.

7. Saya juga ingin mengucapakan jutaan tahniah dan syabas kepada Team jawatankuasa Debat Sembang Kopi 2009, terutamanya kepada Saudara Claoston dan juga Saudara Adam atas pelaksanaan yang saya boleh katakan sebagai 'moderate success', walaupun tak secemerlang atau segah program pertandingan yang lain. Saya menilainya melalui beberapa perpekstif yang luas.

8. Tahniah sekali lagi saya ucapkan!

9. Tetapi, saya selaku peserta perlu bersikap jujur, saya hanya mengatakan apa yang saya rasa benar. Seperti pepatah Arab "Kul Haq walau ka Namurron" katakan sesuatu yang hak walaupun ianya pahit.

10. Sekali lagi timbul masalah hakim pelajar, bukan saya hendak mengatakan mereka tidak adil atau jujur, bukan. Kerana mereka yang menjadi hakim termasuk juga kita tahu kita semua juga diadili oleh yang Maha Esa.

11. Sudah saya katakan dulu, kalau tidak mahu timbul keraguan atau kesulitan selepas pertandingan, hindarilah hakim pelajar, guna mereka yang tiada kaitan dengan debat ataupun para pensyarah ataupun cikgu2 dari sekolah luar UMS. Saya ulang sekali lagi, bukan saya katakan mereka yang menjadi hakim Debat Sembang Kopi tidak jujur ataupun tidak adil, TETAPI UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK.

12. Saya berharap agar permasalahan ini tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Jika pasukan separuh akhir pertama bisa mendapat 3 hakim daripada kalangan pensyarah, kenapa pasukan kedua atau yang lain tidak bisa mendapat seperti pasukan pertama itu, lagipun kita sama-sama melangkah memasuki separuh akhir dengan adil dan saksama.

13 . Jika terasa, harap bisa dimaafi. Bukan untuk bersengketa atau menegak benang yang basah, tetapi untuk kita refleksi diri. mana yang baik itu kita ambil jadikan panduan, yang tidak baik itu kita jadikan sempadan!

14. Pasukan Debat Indah Permai mungkin akan "review" dahulu pertandingan Debat Naib Canselor pada semester hadapan. Jika ada lagi masalah Hakim, pasukan IP mungkin tidak akan menghantar wakil. Kami juga akan melihat penyertaan rakan kami dari Labuan, jika mereka hantar wakil, mungkin kami akan membuat semakan terhadap penyertaan tersebut.

15. Bukan untuk memboikot, tapi untuk pengajaran. Nabi pun berhijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk MELAKUKAN perubahan dan kesejahteraan Islam, kami IP mungkin juga akan melakukan sesuatu.

Wallahu'alam

4 comments:

Anonymous said...

aku sokong. Aku pada debat DPNC dulu aku pernah jadi penonton. Jelas-jelas IP yang menang, tp biasalah semua percaturan. Aku sokong kalau next sem biar diorang je lawan. Menghabiskan duit dan masa je hantar. Kita automtik tau budak2 debat je yang akan masuk final. Next sem x yah hantar.

NIVYANFAZZA said...

wah meletops anonymous...hehe...sabar ek...
Kita profsional, kita kan review dahulu keadaan hakim dan sebagainya...baru kita akan decide.....
Thanks for ur support!

Anonymous said...

salam... baby bu, abg suka tulisan ko ni..
n..
abg suka time ko lawan abg.. sgt sengit n puaskan selera semua pendebat..
abg nmpak perubahan baby bu, yg abg x penah sangka2..
honestly,..
cara ko bedebat mcm huzainie, pendebat terbaik UITM..

isu hakim debat sembang kopi ni abg mmg stuju..
hakim mana mungkin dripada pelajar..
sebab,..
yg jd hakim hari tu
lebih kurang mcm pendebat yg lain gak...
cuma atas title senior jak
itu pun
tenggelam timbul..
but
honestly, team abang memg immpressed lawan ngan korang..
sebab,
rindu btul lawan ngan azmi n baby bu
tkrjut lag ngan suara komersil c azlan
korang mmg ada aura tersendiri
isu hakim, abg pun x bleh wat apa2..
time tu
kami pun x puas ati
sebab
'hakim' tu mau betul 1 team ngan kami
tap
at last
jd hakim plak..

buat anonymous...
jgn la keterlaluan mcm tu..
mmg debat sembang kopi tu terbuka untuk semua
sebab tu format dia diubah
tap
xda sambutan jd
budak2 debat u ni amik la kesempatan untuk ikut n support program tu..
kira mmbantu la kan..
cuma sahaja, kta x bleh putus asa..

soal keistimewaan dri segi lain antara senior n junior, korang yg tentukan... x penah orang lain sentuhpun benda tu...
jad, biarlah debat yang berseni dan agung ini diimarakkan dengan persaingan sihat..
bukan dengan penakulaan mantik semborono tepian jalan..

baby bu paham kan?

NIVYANFAZZA said...

salam bang....haha baby bur..meletops!

thanks bang....

seni itu indah, debat itu adalah seni, maka haruslah kita menyemarakkannya...

pasal tu, saya faham bang...
tahniah sekali lagi bang....

u r the best la...