Tuesday, April 14, 2009

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22




Assalamualaikum.....dan Salam Perpaduan....

penulisan saya kali ini, saya ingin bercerita dan memberi pendapat mengenai Festival Filem Malaysia yang ke-22 yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 5-8 Ogos ini.

Perbagai persoalan dan pandangan mulai timbul sejak kebelakangan ini, apabila tempat berlangsungnya festival tersebut adalah di Dewan Canselor, UMS.

1) Saya berpendirian tidak ada masalah untuk FINAS mahupun mana-mana pihak untuk mengadakan festival ini atas beberapa sebab yang tertentu. Saya tahu ramai yang menentangnya, tetapi bagi saya yang menentang festival ini adalah sesuatu yang bersifat subjektif.

2) Sebelum kita menelurusi pokok perbincangan ini, kita lihat dahulu apakah sebenarnya FFM itu?

3) FFM ke-22 di Bandaraya Kota Kinabalu 2009 adalah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

4) Manakala tema FFM-22 pula ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA ”. Tema ini berhasrat membawa warga industri seni menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

5) Objektifnya pula adalah untuk mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

6) Persoalan yang kini kecoh dan menjadi topik hangat perbincangan di UMS ialah, wajarkah FFM ke-22 ini diadakan di Kota Ilmu UMS ini? Sebagaimana yang kita tahu bahawa Dewan Canselor itu merupakan tempat kita menerima ijazah hasil pencarian ilmu dan sebagainya. Satu lagi persoalan timbul, adakah wajar aktiviti hiburan diadakan di dalam kampus? dan adakah perlu MPP memperbanyakkan aktiviti yang berlandaskan akademik, disebabkan terlalu banyak aktiviti yang berlandaskan hiburan? Tiada apa yang bisa dilakukan, hanya senyuman mampu diukir dibibir!

7) Pertama, bukan saya tidak bersetuju dengan pandangan tentang perkara ini. Tetapi pokok perbincangan harus melihat kepada perpekstif yang lebih luas, bukan hanya menjurus kepada satu kesan sahaja. Lagi satu, hal ini, bagi saya hanya di 'politikkan' oleh sesetengah bloggers untuk membesar-besarkan cerita!

8) Apa pandangan saya mengenai hal ini?

9) Pertama, saya tidak ada apa-apa halangan untuk FINAS mengadakan FFM ke-22 di UMS ini jika beberapa perkara yang mereka perlu ambil ihtimam ,mereka patuhi.

10) Kedua, bagi saya, jika sesetengah pihak mengatakan penganjuran ini akan menyebabkan budaya hedonisme di UMS akan menjadi lebih 'galak' atau meningkat. Kita harus faham konsep Hedonisme yang bagaimana yang bisa me'lagho'kan mahasiswa itu, Apakah garis panduannya, serta apakah ciri-ciri hiburan yang bisa melaghokan itu? Saya berikan satu contoh, Pesta Cahaya, Pesta Angpau, dan bermacam lagi pesta yang diadakan saban tahun di Dewan Canselor UMS, ADAKAH tidak melalaikan Mahasiswa??? Adakah tarian semasa berlangsungnya Pesta Cahaya dan Angpau itu tidak me'lagho'kan mahasiswa???

11) Ketiga, jika kita katakan status UMS sebagai 'baitul hikmah' dan perlu dijaga peranan dan sifatnya sebagai gedung ilmu, saya bersetuju!, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, kerana memang betul peranan UMS itu, tetapi, adakah dengan tidak menganjurkan FFM KE-22 atau aktiviti hiburan (kata sesetengah oranglah..) ini sahaja cara untuk kita memartabatkan peranan ilmu tersebut?

12) Jika kita imbas kembali sejarah FFM, kita bukannya universiti yang pertama yang akan melangsungkan festival ini, sebelum ini FFM ke-20 telah pun diadakan di Universiti Malaysia Perlis , FFM ke-21 juga di adakan di dalam Universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu satu-satunya universiti di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Universiti APEX. Mereka melaksanakannya tanpa ada apa-apa masalah yang timbul ,malah Universiti mereka ini menjadi salah satu universiti terunggul di dunia.

13) Bagi saya FFM boleh dilaksanakan di dalam universiti, tetapi para artis jemputan mahupun sesiapa yang terlibat harus menjaga 3 perkara yang utama iaitu pemakaian, perlakuan dan juga pertuturan. Pemakaian tidak harus menunjukkan keseksian seseorang, kerana mereka atau artis itu harus sedar, mereka bukannya berada dalam majlis anugerah di Hollywood, tetapi di Medan ilmu pejuang bangsa masa hadapan negara. Perlakuan mereka juga harus sopan, selaras dengan budaya timur, pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga harus tidak keterlaluan yang bisa menimbulkan fitnah di kemudian hari, dan yang terakhir pertuturan. Pertuturan juga harus dijaga, kerana mereka berhadapan dengan para mahasiswa dan juga pensyarah, mereka ini dihormati kerana ilmu dan akademiknya. Jika mereka mampu melakukan hal ini, maka saya bersetuju agar FFM ke -22 DIadakan di UMS.

14) Dengan adanya penganjuran FFM kali ini di UMS , saya berharap agar Sekolah Pengajian Seni kita dapat mengambil peluang ini bagi meningkatkan mutu serta melebarkan lagi aktiviti seni tempatan dan sebagainya di dalam mahupun luar negara. Insya Allah.

15) Jika kita katakan FFM ini melalaikan, saya juga bisa berpendapat Konsert Nasyid juga bisa melalaikan, jika kita lupa kepada yang maha pencipta di dalam hati kita. Kita harus kembali kepada asas disenalik perkataan tersebut. Bukan saya katakan FFM itu tidak melalaikan, tetapi jika kita tahu caranya, saya rasa iainya harus dilakukan.

16) Islam itu indah, islam tidak pernah melarang aktiviti seni. Berhibur tiada salahnya jika hiburan itu berlandaskan Al-quran dan Sunnah.

17) Tulisan ini bukan untuk mencari populariti mahupun enemi, tetapi ianya sekadar pandangan daripada insan kerdil, saya amat yakin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi saya tiada apa-apa masalah untuk kita memberi pandangan selagi ianya tidak melebihi aturan tabii manusia. Pandangan dan pendapat pembaca sekalian dialu-alukan dalam kita mencari satu titik persetujuan.

18) Laksana atau tidak FFM ke-22 di UMS tidaka kan memberikan apa-apa kesan kepada kita. Ianya terletak dala bidang kuasa Pihak Pentadbiran. Semoga penilaian yang dibuat oleh mereka adalah yang terbaik buat kita dan terimalah keputusan itu dengan redhanya. Saya teringat kata-kata seorang abang kepada saya apabila saya kalah dalam pertandingan debat " Dik...., redhalah dengan ketentuan ini.....". Saya juga berharap yang mereka yang menentang, redhalah dengan keputusan dan ketentuan ini...

Wallahu'alam.....

3 comments:

Anonymous said...

aku suka tang ni...
aku malas nk tulis sal FFM ni...
masing2 nak tegakkan dakyah masing2...
tapi napa tgk dr satu sudut dan dari satu sudut lain tgk sikit je...

Anonymous said...

ya, sure.
saya setuju sahaja FFM dibuat di DC.

apa salahnya bidang filem ni masuk ke dewan tempat kita menerima ijazah? Apakah bidang perfileman ni sesuatu yang tidak bersih? Bukankah filem juga satu bentuk pembelajaran?(kalau kamu menilik lebih dalam).

Ok sebut pasal agama, pasal dakyah2 semua tu. Apakah festival filem itu berbentuk huhahuha? 'festival' dan 'pesta' tidak sama bukan? kalau mahu tentang FFM ni kenapa tak timbul besar2 penentangan terhadap fiesta cahaya / pesta angpow yang berlangsung setiap tahun tu?

Saya yakin FFM ada tetapkan etikanya sendiri, mereka bukan calang2 orang pun. Diorang tahulah buat macam mana. Memasuki ruang pendidikan utk buat festival pasti ada caranya.

tu jaklah masalahnya, iaitu..tumpuan pelajar, apakah terganggu dgn festival besar sebegini? (alah, rata2 pelajar ums bkn alert sgt pon hal2 universiti nih..kejar pointer jak kan?) Eheh..ampun! cakap sembarangan.

sekian.
-siswa ums-

NIVYANFAZZA said...

betul tu siswa UMS, saya tak nampak asas penentangan yang jelas...
Mereka cakap menjatuhkan kredibiliti UMS sebagai pusat Ilmu....
sehingga buat servey lagi kaT UMS ni nak tanya pendapat...
Ya bagus, apa asasnya...????
tahun depan buat servey pulak untuk Pesta Angpau dan Cahaya k!
Persoalan: Adakah pesta Angpau dan Cahaya itu tak menjatuhkan kredibiliti UMS sebagai pusat ilmu?
saya tunggu mereka jawab...
tapi senyap....