Saturday, August 1, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA

1) Hati saya berasa hiba, sebak dan sedih dengan keadaan ibu negara kita yang tercinta dipenuhi dengan manusia yang datang bukan untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi sebaliknya.

2) Saya sayang dengan keamanan negara yang sedang dikecapi sekarang, saya benci perpecahan di kalagan kita rakyat Malaysia. Melayu, Cina , India, Kadazan-Dusun, Iban dan sebagainya adalah saudara saya di bumi tercinta ini.

3) Tetapi mereka yang berpolitik hanya hendak memenangi hati rakyat untuk kepentingan politik masing-masing. Negara runtuh, negara hancur, negara dijajah kembali, itu tidak mengapa bagi mereka, yang penting cita-cita politik mereka tercapai.

4) Adaka ini ahli politik yang kita pilih untuk membantu kita, rakyat malaysia maju?

5) Adakah dengan himpunan reformasi akan menguat dan memajukan negara kita kemercu yang yang gemilang?

6) Sekarang semua daripada kita dimomokkan dengan pelbagai kepentingan peribadi ahli politik tertentu, sehingga sebahagian daripada kita terpengaruh dan ada yang taksub lagi dengan rela melakukan apa sahaja.

7) Bandaraya Kuala Lumpur Sabtu (1 Ogos 2009) hampir lumpuh dek penangan kesumat sebahagian ahli politik tertentu, Pasaraya SOGO yang menjadi tarikan pelancong terpaksa ditutup atas nasihat polis. Pandangan pembaca, siapakah yang harus menanggung dosa penjual -penjual yang kerugian pada hari tersebut? Tepuk dada, fikirlah dengan minda yang terbuka.

8) Saya berpendirian menyokong ISA. Saya tidak menyokong sekiranya ia digunakan untuk tujuan yang salah, seperti dendam dan sebagainya. ISA amat penting dalam menjaga keamanan negara. ISA bukan hanya di Malaysia sahaja. boleh dianggarkan semua negara mempunyai Akta ini.

9) Saya tahu perasaan ahli keluarga tahanan ISA. Ada anak yang tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ayah selama 6 tahun, gara-gara dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

10) Siapa yang harus dipersalahkan? Kerajaan? Menteri Dalam Negeri atau ISA? Atau tahanan tersebut. Untuk ditahan ISA bukan sesenang memetik buah di ladang. Ianya memerlukan risikan oleh anggota polis khas, ianya mengambil masa. Kalau kita tidak bersalah, saya percaya kita tidak perlu takut untuk ditahan.

11) Kalau kita tidak sayangkan diri kita, kita hendak juga menyertai kumpulan yang bertujuan meruntuhkan keamanan negara, kita ingat dan sayanglah keluarga serta anak-anak kita.

12) Saya suka modus operandi Pakatan Rakyat. Mereka suka mengambil peluang untuk memenangi hati rakyat. Rugi negara tidak apa, yang penting kuasa mereka dapat!

13) Saya tahu penulisan ini akan ada yang tidak senang, sebab mereka juga takut kepada ISA, kenapa mereka takut ISA? Kerana mereka sebenarnya ada niat untuk membuat KEsalahAN, jika tiada ISA mereka boleh membuat perkara tanpa rasa takut.

14) Isu ISA adalah helah pembangkang! PKR,PAS dan DAP sengaja mengapi-apikan rakyat Malaysia. Kalau mereka memerintah Malaysia, saya yakin dan percaya mereka tidak akan hapuskan ISA.

15) Parti Islam di dalam pakatan adalah PAS. Mempunyai ramai para ulama yang saya kagum dengan ilmu mereka. Tetapi harus diingat mereka bukannya maksum. Kadang-kadang apa yang mereka cakap, kata, buat ada juga salah dan silap. Hanya Nabi sahaja yang maksum.

16) SAYA TAHU AKAN ADA YANG COP SAYA SEBAGAI PRO KERAJAAN, ORANG UMNO, ORANG BN DAN SEBAGAINYA. Saya tidak kisah dengan apa sekalipun label yang diberikan. Saya juga tahu akan ada Mahasiswa yang Pro-pembangkang @ pRO-mAHASISWA akan mengecam saya. saya juga tidak kisah. Kita berbincang secara diplomasi dan berhemah.

17) Anda hanya sibuk berdemonstrasi, anda katakan anda parti yang menjunjung islam, persoalan saya, adakah nabi pernah mengajar kita menentang pemimpin, membuat demonstrasi kepada pemerintah islam sehingga membantutkan ekonomi masyarakat islam dan negara? Adakah itu ajaran islam? Saya mahu anda yang suka berdemonstrasi jawab! jangan hanya jadi balacii kepada orang yang hendak meruntuhkan islam.

18) Saya juga tidak kisah kalau ada orang ingin mengatakan PERGI MAMPUS LAH DENGAN UMNO atau apa sahaja. Itu sandiwara dan gimik politik sahaja.

19) Harus diingat, semasa perjanjian hudaibiyah, iatu perjanjian antara orang islam dan masyarakat kafir Quraisy di Mekah untuk memasuki KOta Mekah bagi menunaikan haji, Rasulullah menerima perjanjian tersebut walaupun pada pandangan sahabat ianya tidak adil. Rasulullah beralah untuk menunaikan haji pada tahun hadapan, Rasulullah tidak menyerang Kota Mekah dan Rasulullah juga tidak pernah menyuruh masyarakat Muhajirin dan Ansar di Madinah membuat demonstrasi jalanan! Tetapi baginda mengunakan kaedah diplomasi, jangan biarkan islam rugi dikemudian hari. Apa kesan dari pada perjanjian ini, islam terus berkembang mekar diseluruh pelusok tanah Arab bahkan Dunia!

20) Takkan Parti PAS tidak boleh bersabar untuk berdiskusi dan berdiplomasi dengan parti pemerintah? Atau Parti PAS sudah tidak sabar untuk ke Putrajaya sehingga melupakan asas perjuangan parti, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. BAGAIMANA HENDAK MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, JIKA CARA KITA BERINTERAKSI DENGAN KERAJAAN PUN TIDAK MENGIKUT CARA BAGINDA RASULULLAH.

21) iNGAT Perdana Menteri Malaysia adalah seorang Islam, Solat 5 waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, membaca Al-quran sama seperti umat islam lain dan juga menunaikan haji.

22) Islam mesti di atas, mengatasi segala kepentingan Politik! PAS bukan agama, PAS bukan mazhab. IANYA HANYA PARTI POLITIK YANG MENGGUNAKAN ISLAM SAHAJA. JADI SEMUA PARTI POLITIK ADALAH SAMA. HANYA BERTOPENGKAN SANDIWARA UNTUK MENDAPAT KUASA DAN DUNIA.

8 comments:

Anonymous said...

MUNGKIN SAUDARA/I MERASA KNE TAHAN DAHULU NGAN ISA BRU SAUDARA/I TAHU ZALIM ATAU PUN TIDAK AKTA JAHANAM TERSEBUT... BERCAKAP N MENULIS MMG SNG... TAPI INGAT!! SANGATLAH DIBENCI DISISI ALLAH JIKA KAMU MENYATAKAN APA2 YG KAMU TAK KERJAKAN, PERSOALAN DISINI, KERAJAAN TELAH MENYALAH GUNAKAN AKTA TERSEBUT DENGAN MENANGKAP ORANG2 YANG TAK BERSALAH, N HAIRAN MANA ORANG KERAJAAN YANG MEMBUAT KESALAHAN SEPERTI MENGAPI-APIKAN SMANGT PERKAUMAN, MENJADI PEROMPAK TARBUS DI NEGERI PERAK TIDAK DITANGKAP DIBAWAH ISA?? PERNAHKAH SAUDARA TERFIKIR PERSOALAN INI???? BUKALAH MINDA SAUDARA/I SELUAS-LUASNYAUNTUK MENJAWAB PERSOALAN INI.. SAYA TAHU SAYA ORANG YG KURANG DAN CETEK ILMU BERBANDING SAUDARA/I, TP SAYA SUKA MENGINGATKAN SAUDARA/I TENTANG PESANAN NABI KITA MUHAMMAD, BAHAWA JIHAD YG PALING BESAR ADALAH MENYATAKAN YANG HAK KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM, N HUJAH SAUDARA/I TTG PERJANJIAN HUDAIBIYAH TU SANGATLAH DANGKAL UNTUK PERMASALAHAN INI, HARUS DIINGAT, PERJANJIAN HUDAIBIYAH TERMETRAI SEBELUM PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH, N NABI DALAM KEADAAN ITU ADALAH PEMERINTAH NEGARA LAIN, N BUKAN WARGANEGARA MEKAH, BUAT APALAH NABI INGIN MENYURUH SELURUH UMAT ISLAM UNTUK MEMBUAT 'DEMONTRASI' JALANAN, N PERJANJIAN SUDAH DIMETRAI, BUAT APE LAH NK BERPERANG!! SBB MANUSIA NIE BERPEGANG PDA JANJI, N SUKU2 ARAB TERKENAL DENGAN PEGANGAN JANJI MEREKA, TP U/BN??? SAUDARA/I PIKIR2 LAH YE...SUDAH LEBIH 50 TAHUN PAS BERSABAR DENGAN KERAJAAN CONTOHNYA, PEMBUNUHAN AS-SYAHID IBRAHIM LIBYA OLEH KERAJAAN, MENYEKAT AKHBAR2 DARIPADA MENYIARKAN KENYATAAN RASMI PEMIMPIN2 PAS DAN YANG TERBARU U/BN MENJADI LANUN DIPERAK DAN BANYAK LAGI KALAU NK DICERITAKAN DISINI, SEPERTI KATA TGHH, KESABARAN PAS ADE TAHAPNYA, DAN SAYA KATA KESABARAN MUSLIM ADE SEMPADANNYA, TGNA AJAK BERDEDAT PUN PM TAKUT, LG2 LA AJK BERDISKUSI N DIPLOMASI!!!!!

ruffey said...

salam.
berat entri nih. heheh.
entahla labu, sbb aku dah tgk situasi politik di indonesia, aku dah jadi cam jatuh cinta plak dgn sistem mereka. aku pernah post 1 entri berkaitan pemilihan presiden di Indonesia, walaupun aku tau org yg baca blog aku tak minat benda2 macam tu, tp aku saja tulis, sbb aku harap ko baca.

aku tak faham konsep isa, jadi aku tak brani nak komen apa2.

Anonymous said...

Aku no komen benda ni bro. Mungkin aku setuju dengan pendapat kau tu. Mungkin. Tapi aku rasa Pak ISA ni ada baiknya juga. Tapi lagi baik Pak ISA ni dilaksanakan secara adil. Maksud aku, aku hairan bila pembangkang akan dikenakan ISA kalau dikatakan boleh mengancam negara tidak kira melalui apa cara sekalipun(termasuk kata-kata). Tapi sejauh mana ketelusan pelaksanaan Internal Security Act ini ke atas golongan kerajaan. Kadang-kadang aku rasa kenyataan yang dibuat oleh golongan kerajaan juga mampu menggoyah keselamatan.

Tapi aku tetap RAGU untuk menyokong pemansuhan. Dalam erti kata yang mudah, aku MENOLAK pemansuhan.

ruffey said...

hhaa. garangnya puan anonymous yg 1st komen entri nih. siapp pakai capslock sgala. tau tak dia etika di internet nih, kalo capslock tuh =menjeritt? cam kuang hajaq plak kaann.

NIVYANFAZZA said...

takpela ruffey, biarlah dia nak capslock ke, nak bold ke...biarlah.......orang yang berilmu dan bertamadun kita boleh lihat sifat luarannya..hehe

anonimus said...

saudara burhan ni penyokong kuat kerajaan BN...smua yg kerajaan buat akan disokong 100%

NIVYANFAZZA said...

apa2 la cikgu! tak semua yan BN buat saya akan sokong...

NIVYANFAZZA said...

apa2 la cikgu! tak semua yan BN buat saya akan sokong...