Saturday, August 1, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA II

1) Jika kita tidak membuat kesalahan yang mana boleh didenda di bawah Akta ISA, kita tidak perlu takut kepada ISA mahupun akan ditahan dibawah ISA.

2) Adakah ISA zalim? Pernahkah Saudara/i yang bertopengkan Anonymous merasa hidup di bawah ISA, sehingga mengatakan ianya zalim. Saya petik kata-kata Datuk Paduka Ibrahim Ali yang pernah ditahan dibawah ISA, Beliau mengatakan ISA merupakan pusat tahanan bukan untuk mendera mana-mana orang. Datuk Paduka Ibrahim juga mengatakan selama beliau ditahan di bawah ISA beliau DIBENARKAN membaca akhbar, boleh bercucuk tanam dan juga boleh menonton televisyen. Sebab itulah beliau melalui PROWARIS menentang pembubaran Akta tersebut.

3) Semasa proses soal siasat, biasalah kita akan disoal dengan tegas oleh anggota polis. Tak kira la tahanan ISA mahupun mereka yang disyaki melakukan kesalahan lain. Kalau disoal secara lemah lembut, itu bukanlah dipanggil soal-siasat.

4) Tahanan ISA tidak akan sama dengan tahanan penjara Abu Gharib!Percayalah!

5) Sudah saya jelaskan, untuk menangkap bagi tahanan ISA bukan perkara senang. Ada peringkatnya. bermula soal-siasat dan sebagainya. Jika ada tanda-tanda dan sebagainya dan didapati bersalah barulah mereka akan ditahan. Tempoh tahanan berbeza mengikut berat kesalahan. Saudara/i Anonymous, baca dan kaji dahulu Akta ISA sebelum berbicara, jangan hanya dengar ceramah di pentas politik terus dipegang sebagai fakta.( rujuk Kementerian dalam negeri)

6) Berkaitan politik di negeri Perak, harap saudara/i ANONYMOUS rujuk kembali Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak serta kuasa 'reserve" yang ada pada Sultan Perak. Saya tidak mahu berbincang mengenai hal ini, kerana hal ini sudah selesai. Yang membesarkan hal ini ialah mereka yang hendak kembali berkuasa! Mereka yang mengambil alih tampuk pemerintahan di Perak tidak perlu ISA kerana ianya mengikut lunas undang-undang. Anda bawa ke mahkamah, mahkamah tentukan. Keputusan mahkamah adalah muktamad!

7) Pemerintah manakah yang lagi zalim, antara pemerintah Malaysia atau Presiden Bush? dan Perdana Menteri Israel? Berapa banyakkah rakyat Malaysia yang di bunuh secara kejam oleh pemerintah Malaysia sehingga dikatakan kejam? Dato' Sri Anwar Ibrahim masih lagi bebas menjalankan aktiviti, Lim Kit Siang masih lagi bebas kesana ke sini, Atau orang yang memberi komentar dengan hanya berselindung dibalik nama ANONYMOUS disebabkan saudara/i takut dikenakan tahanan ISA? MANAKAH YANG LEBIH KEJAM?????

8) Anda mengatakan Nabi bukan warganegara MEKAH, tetapi sedar atau tidak Nabi lahir di sana, kaum muhajirin juga berasal dari sana. Mekah adalah tanah tumpah darah mereka, kalau bukan tanah asal usul mereka, Nabi tidak akan kembali ke MEKAH SEHINGGA TERCETUSNYA FATAH MEKAH "PEMBUKAAN KOTA MEKAH". Nabi berhak berperang dengan masyarakat Arab Quraish mekah pada waktu itu jika baginda mahu kerana Mekah adalah tanah asal-usul mereka, tanah nenek moyang mereka, Nabi dan masyarakat Muhajirin ada hak. Bahkan masih ramai lagi sanak saudara mereka di Mekah. Tetapi Nabi mengamalkan islam tanpa ada apa-apa kepentingan. Manakala, parti politik ada kepentingan walau macam mana sekalipun label parti tersebut, samda islam atau tidak!

9) Saya bersetuju dengan saudara/i masyarakat arab berpegang pada janji. Saya tiada masalah. bukan sahaja masyarakat Arab tetapi patut juga pada semua masyarakat terutamanya umat islam!

10) Pembunuhan Ibrahim Libya saya tidak mahu komen. Saya kira mungkin ada salah faham di pihak kerajaan mahupun pihak lain. Baca balik sejarah berlakunya peristiwa tersebut. Rujuk sejarah dan arkib. Jangan menuduh ini soal KEAMANAN negara.

11) Ahkbar kerajaan hanya akan menyiarkan berita mengenai hal ehwal polisi kerajaan tak kira samada negeri pimpinan UMNO mahupun PAKATAN RAKYAT! kALAU UNTUK MENYIAR AGENDA POLITIK BUAT SURAT KHABAR SENDIRI. Contohnya Utusan, harakah, suara keadilan, ini surat khabar suara agenda parti.

12) Jika PAS ada tahap kesabarannya, KERAJAAN pun ada tahap kesabarannya, jika muslim ada kesabarannya, saya selaku muslim juga ada kesabarannya terhadap pihak yang bersekongkol dengan bukan muslim untuk meruntuhkan islam.

13) Saudara/i harus sedar keadaan kita umat islam di Malaysia. Ajak bersatu sesama islam pun ditolak, ini pula hendak berdebat. Buat apa berdebat, kalau pihak sana menang pun hanya sekadar menang sorak, tetapi selepas itu tiada apa-apa berlaku, yang berlakunya populariti yang menang debat meningkat!


14) Tidak mahu Berdebat bukan kerana takut, tapi membuang masa. Berdiskusi dan berdiplomasi, kerajaan sentiasa terbuka kerana itu adalah saranan Rasulullah.Musyawarah itulah tunjang kegemilangan tamadun islam dahulu. Apa yang kurang kita bincang sesama kita, jangan hanya lantang dipentas politik, menuduh itu, menuduh ini, sedangkan perbincangan belum bermula.

15) MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSABAR, TENANGKAN FIKIRAN, BERFIKIRLAH SECARA BERHEMAH. DAN MARILAH KITA BERGERAK MENUJU KEREDHAAN ALLAH.

0 comments: