Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA III

1) Saya merasa pelik dan hairan mengenai perhimpunan ala manusia tidak bertamadun ini. Ini pendapat saya la.

2) Kerana apa, sepanjang perhimpunan tersebut, yang paling ramainya ialah ahli Parti Islam. Iaitu parti PAS. Persoalan saya, mana perginya ahli DAP? Kebanyakkan mereka yang kita lihat di video ialah Ahli Unit Amal PAS berbaju merah.

3) Saya tidak tahu tentang ahli-ahli DAP kemana mereka menghilang, mungkin mereka bimbang ditahan ISA, atau mungkin mereka sedar bahawa peristiwa ini merugikan perniagaan mereka.

4) Saya tidak hairan dengan ahli PAS, meraka sanggup membuat apa sahaja untuk parti mereka. Minta derma untuk parti, mereka boleh kasi sehingga beribu-ribu ringgit. Kata mereka itu perjuangan untuk islam. Mereka juga sanggup ditahan dan mati ditanggan pihak polis dan BERKUASA , kerana kata mereka mati mereka adalah mati syahid, kerana berjuang menentang pemerintah zalim.

5) Secara logiknya, kerajaan malaysia lebih kurang sama dengan kerajaan Israel. kerana umat islam palestin syahid menentang kerajaan zionis, manakala ahli-ahli PAS mati syahid menentang Kerajaan UMNO dan BN.

5) Saya semakin pelik dan ajaib dengan semangat kental ahli-ahli PAS, Mungkin akan ada daripada pembaca akan bertanya, kenapa saya seakan-akan anti-PAS sejak kebelakangan ini? Terus terang saya katakan, saya tidak membenci PAS. Tetapi tingkah laku ahli PAS yang bertindak diluar batasan itu yang membuat saya mual dan jijik. Tapi ini bukan untuk semua, tapi sebahagian sahaja. Ada yang saya sanjung ilmu dan peribadinya.

6) Saya rela di maki hamun oleh penyokong parti HIJAU ini. Saya rela dikomen dengan teruk, kerana saya sayang parti PAS, saya tidak mahu ianya diperkotak katikkan oleh DAP dan KEADILAN. PAS tidak perlukan PAKATAN RAKYAT! Sebelum PAKATAN RAKYAT ditubuhkan PAS pernah memenangi Terengganu dan Kelantan, malah mengekalkan kerajaan Kelantan.

7) Sedikit imbasan. Sedarkah kita semasa Kerajaan menahan ahli Jemaah Islamiyah Dan Maunah dibawah Akta ISA, kenapa ahli-ahli PAS tidak membuat demonstrasi jalanan? Sedangkan yang ditahan itu adalah orang islam, orang melayu dan kemungkinan ada antaranya ahli PAS? KENAPA? SAYA PERLUKAN JAWAPAN. Atau adakah JI dan MAUNAH ajaran sesat, jadi ianya memang patut ditahan dibawah ISA dan tidak perlukan pembicaraan di Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil?

8) Tetapi bila Ahli Pertubuhan Haram HINDRAF, yang sah dan jelas bukan islam, bukan melayu (saya bukan seorang racist), mereka sanggup melolong, bertakbir, berteriak dan sebagainya dijalanan untuk mengecam dan mendesak kerajaan hapuskan ISA. ,mungkin bagi PAS, ahli HINDRAF lagi suci berbanding darah saudara seislam mereka.

9) lagi satu persoalan, semasa pembunuhan adik Nurin Jazlin, Adik AIsyah dan ramai lagi mangsa bunuh orang islam yang dibunuh secara kejam, mereka tidak pernah pula menyuruh ditubuhkan public inquiry ataupun Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini dengan telus. Tetapi kalau kes seperti Setiausaha Sulit Kepada exco kerajaan Selangor yang meninggal jatuh bangunan, yang sahnya bukan beragama islam, mereka mengaum ibarat singa, menyuruh kerajaan itu, dan ini, malah sempat mengatakan kemungkinan ada komplot disebalik kematian tersebut. Ini belum lagi polis habiskan siasatan, tapi sudah ada yang mengatakan si polan dan si polan.

Jika betul setiausaha sulit tersebut dibunuh, saya harap mereka yang terlibat dihukum dengan setimpalnya. Biarlah mahkamah dan Suruhanjaya yang menentukannya!

10) Siapa yang kejam sebenarnya??? ISA atau $#%#???

11) Apakah motif PAKATAN RAKYAT dan PAS sebenarnya. Saya minta maaf jika saya terlalu berterus terang.

12) Saya sayangkan orang islam dan melayu yang semakin tertekan dan terpinggir di negara sendiri. Saya juga sayangkan PAS. Tetapi dengan keadaan sekarang hati saya sedih dengan pergerakkan tersebut. Jikalau mereka katakan UMNO KEJAM, TAK ISLAMIK DAN SEBAGAINYA, parti PAS juga lebih kurang sama, cuma hanya cara berpakaian sahaja berbeza!

13) Saya pernah berkata dahulu, kita ada 2 pilihan ditangan, kedua-dua pilihan tersebut adalah baik, untuk memilih yang mana satu, pilihlah yang terbaik. Saya rasa saya sudah mempunyai jawapannya.

14) Saya masih lagi belum menjadi ahli mana-mana parti, tetapi keadaan sekarang telah memberikan keputusan kepada saya parti mana yangHARUS saya sertai.

15) Semoga ALLAH melindungi umat islam di MALAYSIA dan seluruh DUNIA.

16) Saya suka kata-kata PM Datuk Sri Najib, Pakatan ada 4 buah negeri yang mereka perintah, sewalah satu stadium mana-mana negeri, melolong dan menjeritlah samapai subuh, yang penting jangan menyusahkan orang ramai yang hendak mencari rezeki.
Saya suka menambah, PAKATAN panggillah wartawan dari luar negara, rakaman dan sebar gambar dan video anda berdemonstrasi. Kalau boleh biar Stadium Shah Alam tu runtuh seperti Stadium Sultan Mizan di Terengganu dengan suara tempikan dan jeritan anda!

Wallahua'lam...

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaykum...
tak perlu berasa pelik bin ajaib terhadap situasi ini saudara, PAS tak memerlukan sedikit pun perasaan itu daripada saudara,
mybe saudara kne tgk laman web or blog penyokong 'hijau' supaya blh melihat adakah hanya org islam or melayu yg saudara agung2kn tu berada di kuala lumpur pada 1 ogos jam 2pm ataupun seluruh bangsa Malaysia yg berada disana, klu nk dapt maklumat yg seimbang antara 2 pihak, rajen2 la melawat laman2 alternative,
Mmg kerajaan Malaysia 'ZALIM' malah lebih buruk daripada israel,
sejahat2 israel, mereka hanya jahat pada 'musuh' mereka, bukan rakyat mereka, mereka membunuh org yg dikatakan musuh mereka, mereka berlaku zalim pada umat islam, yakni 'musuh mereka' kerajaan Malaysia berlaku zalim pada rakyat mereka sendiri, tubuhkan akta2 yang mengarut, sekat semua kebebasan, mana demokrasi yang diagungkan oleh kerajaan Malaysia???
jangan lah saudara pertikaikan kerjasama antara PAS, Keadilan Dan DAP, kerjasama ini perlu untuk menubuhkan kerajaan Malaysia yg baru untuk pilihanraya akan datang, kenapa saudara tak pertikaikan pihak yg lagi satu tu??? mereka pn berkerjasama juga antara parti2 lain,
Pernahkah saudara terfikir, pembunuhan adik nurin adalah pengajaran Allah kepada malaysia kerana tidak menggunakan hukum Allah dalam melaksanakan undang2, itulah antara pengajaran yg kecil daripada Allah, supaya kerajaan malaysia berpikir, tp mmg dasar kerajaan yg tidak mahu berfikir, hanya tahu menunding jari kepada pihak2 lain kalau timbul masalah,
Saya suka nak menyatakan disini, Pas tak perlu rasa sayang saudara,tak perlu rasa kasihan saudara, tak perlu rasa simpati saudara, rasa-rasa ini, hanya menjadi racun kepada perjuangan islam satu hari nnti, Sesungguhnya Pas hidup kerana memperjuangkan islam, dan ia akan hidup sepertimana hidupnya Al-quran sehingga hari kiamat, manakala perjuangan yg hanya bersandar kepada semangat kebangsaan yg diagung-agungkan hingga kelangit, kita tengok satu hari nnti, dia akan rebah menyembah Bumi Allah ini, teruskan deskusi saudara ini, dan saya berharap dan berdoa saudara dapat menemui cahaya diakhir kegelapan ini,
-Allahuaklam-