Saturday, January 31, 2009

ISRAEL BIJAK, KITA BILA LAGI???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

1. Walaupun gencatan senjata telah diumumkan sendiri oleh Israel, namun regim zionis ini terus juga membantai penduduk Palestin di Gaza seperti primitive people.

2. Penulis sudah nyatakan di dalam artikel sebelum ini, bahawa gencatan senjata ini bukan gencatan senjata yang genuine yang mana mampu memberi sinar baru kepada 1 juta lebih penduduk Gaza. Penulis masih lagi was-was dan tidak yakin dengan situasi di Gaza.

3. Sejarah juga membuktikan bahawa Israel ini sememangnya bangsa yang mudah lupa diri, tidak belajar daripada sejarah dan bangsa yang sombong.

4. Yahudi merupakan satu-satunya bangsa yang tidak mempunyai tanah (homeland) yang asal untuk bangsa mereka. Tetapi mereka bangsa yang amat bijak, mereka dapat mencipta sejarah sehinggan mengatakan bahawa di bawah bagunan masjidil al-aqsa ada kuil Yahudi yang bernama Hayyu Al-Burraq.

5. Tindakan kurang ajar ini menyebabkan mereka dibenci dan ditentang oleh sekalian masyarakat islam di muka bumi.

6. Sejarah sudah membuktikan bahawa Israel telah dihalau oleh pelbagai kerajaan bermula semasa zaman pemerintahan Firaun sehinggalah zaman Hitler NAZI. Israel masih lagi belum mempelajari sejarah mereka yang lampau. Di Amerika, sudah wujud banyak kumpulan anti-zionis atau israel dan anti-semestik yang telah terasa bahana kuasa israel yang menggunakan mereka rakyat amerika sebagai proksi.


7. Semasa membuka laman sesawang di internet, saya terbaca satu tesis yang ditulis oleh Dr. Stephen Carr Leon dan diterjemah pula ke dalam bahasa melayu oleh Hakim Ma'ruf Bin Hj Abdul Kadir, Universiti Massachuset, USA

8. Di sini adalah ringkasan daripada thesis tersebut.

9. Ambillah sebagai renungan daripada kebijaksanaan kaum yang tiada tanah ini. Lihat gaya kehidupan mereka sehingga dianggap bangsa yang paling bijak selepas Jepun.


Mengapa bangsa Yahudi Bijak?

a. Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani 'housemanship' di beberapa buah hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dalam pelbagai bidang, Kejuruteraan, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia sememangnya paling terkenal. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

b. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan ketika saya sedang menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir, apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau rekaan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

c. Maka saya tergerak di hati untuk membuat tesis bagi Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat supaya dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

d Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

e Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan anak. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat seelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan mudah saya membantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa bosan beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.

f. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

g. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan susah untuk memahami pelajaran di sekolah.

h. Di Israel, merokok adalah haram, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali anda merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... bangsa YAHUDI..!)

i. Perhatian saya selanjutnya ialah melawat tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadika cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan kebanyakkan mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

j. Menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat merangsang (seperti senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

k. Seterusnya darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran dengan mudah di diserap oleh anak-anak Yahudi. Selain dari pelajaran juga, sukan menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

l. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini pelajar-pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadang kala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea ini akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

m. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah Fakulti Perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang bidang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang ini dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian di seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai separuh daripada perniagaan di dunia! Tahukah anda, siapakah yang mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh Fakulti Bisnes dan Fesyen.

n. Pernahkah anda melihat cara bagaimana orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka, ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah contohnya, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini dapat merangsangkan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

o. Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbiran dari jawatankuasa tersebut akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itulah lahirnya Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari Fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan untukmemulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya faham mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

p. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, mungkin beberapa generasi? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka, demikian juga dengan sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

q. Merokok menjanjikan generasi masa hadapan yang lembap dan bodoh, dan sudah tentu gene bodoh akan diturunkan ke generasi si perokok tersebut. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti di anak-tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok di Singapura? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makanan anda!! Saya memuji sekali sikap pemerintah Singapura dan mengkagumkan sekali!!! Dan seperti Israel, cara pentadbiran dan dari segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pendidikan mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya negera Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

r. Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi yang bodoh dan bebal, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoren, teater, taman bunga sehingga ke muzium, hidung anda akan terbau asak rokok! Dan harga rokok di Indonesia cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga ke berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

s. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir bermula dari zaman Firaun sehingga ke zaman Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ke tengahkan ialah, mampukah kita untuk melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan beberapa perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja untuk menjadi bijak. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai: Mengapa saya gemarkan tomato!


Kesimpulan

Apa yang dapat kita simpulkan ialah ke semua yang diamalkan oleh kaum yahudi itu, diajar oleh agama kita islam dalam membentuk insan yang cemerlang. Penulis kurang pasti cara kita yang salah mengamalkannya atau cara yahudi betul dalam mengamalkannya.

Jadikanlah ini sebagai pengajaran kepada kepada kepada semua Ibubapa dan juga bakal-bakal Ibu dan bapa.

Wassalam...


1 comments:

cokodok said...

i'm back!! neva noe u change ur blog till i tersalah type. god bless me! sori but i liek reading blogs n commenting on them if i ve to. n here i come.

hen u write this article, i'm sure u notice that wateva thet practice is all actually the muslims practice. the way of islam. cant eat fish n meat coz both are from two different worlds. that is why sunah nabi not to eat fud from 2 different worlds (fish= water n meat= land). it is also said that u ve to frequently talk to ur baby n recite teh quran while u r pregnant, so that the baby will be a gud muslim.

so who is to follow who? or who followed who?

it was muslims way of practice, but the israelis followed it but not us teh muslims. n now it became the israelis way of practice. n v r following them. get wat i mean?