Thursday, January 29, 2009

KFC :ANTARA BOIKOT ATAU BUAT PEKAK

Penulis mengaku amat gemar makan di restoren segera yang berwarna merah ini, yang terdapat lebih daripada 300 cawangan di Malaysia. Usah ditanya, makanan apa yang sedap dan menjadi kegemaran penulis ketika mengunjungi KFC, biarlah penulis sendiri yang mengetahuinya.

Penulis juga amat yakin 90% daripada pelajar UMS mahupun sahabat di universiti-universiti lain di seluruh dunia pernah dan suka makan makanan segera ini. Ada sesetengan rakan-rakan penulis memasukkan dalam jadual mingguan mereka, kerana kata mereka sekurang-kurangnya KFC perlu dijamah sekali seminggu.

Penulis tidak mahu berbincang mengenai khasiat mahupun keburukan KFC. Bagi penulis, ada di antara kita yang sudah sedia maklum, malah lebih lagi yang mempunyai pengetahuan luas berkenaan nutrisi mahupun kebaikan dan keburukan sesuatu makanan.

Israel telah menyerang Gaza melebihi 2 minggu sebelum ditamatkan dengan gencatan senjata. Walaupun gencatan senjata ini boleh dikatakan sebagai "unilateral ceasefire" . Bagi Hamas ini adalah kemenangan bagi mereka, kerana ia menunjukkan seolah-olah israel telah kalah dalam peperangan tersebut. Tindakan Hamas dengan mengisytiharkan "menang" di dalam peperangan tersebut adalah wajar.

Apa yang menarik perhatian penulis untuk menulis berkenaan KFC ini ada mempunyai kaitan dengan peperangan di antara Israel dan Hamas. Umat islam diseluruh dunia bangkit menentang Israel , Amerika dan segala kepentingannya.

Demonstrasi jalanan secara aman di seluruh dunia membiak seperti cendawan selepas hujan. Bukan hanya masyarakat muslim, malah masyarakat bukan muslim yang mengenali erti kemanusiaan juga bangkit menentang penghapusan etnik (Genocide) yang dilakukan oleh Israel terhadap bangsa palestin.

Perkataan yang seringkali kita dengar semasa serangan Israel keatas Gaza selain demonstrasi adalah BOIKOT. Apakah itu boikot? Boikot ialah perlakuan dengan anggota badan, hati dan perasaan dengan menjauhi sesuatu barang, perbuatan mahupun kata-kata disebabkan oleh sesuatu kesan yang negatif daripadanya.

Penulis menelusuri blog-blog sahabat penulis, ramai yang 'post'kan barang-barang yang perlu malah wajib diboikot oleh kita kerana semua wang dari pembelian itu disalurkan kepada pengganas YAHUDI Laknatullah.

Berbalik kepada topik asal kita pada kali ini iaitu KFC. Adakah perlu KFC diboikot? Adakah KFC juga menyumbang kepada salah satu saluran wang kepada Israel dan konco-konconya? Ini persoalan asas yang perlu dijawab.

Jika kita melihat kepada sejarah asas penubuhan KFC, sememangnya ia merupakan syarikat milik rakyat Amerika Syarikat yang ditubuhkan di Louisville, Kentucky oleh Kolonel Sanders. Di Malaysia, semestinya sebahagian daripada kita tertanya-tanya, ke manakah duit daripada keuntungan jualan KFC ini pergi? Adakah dikaut oleh Amerika, Israel ataupun Malaysia itu sendiri?

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, pemilik dan pengurus KFC Malaysia ialah KFC Holdings (M) Bhd, manakala KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation.


Oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Malaysia. Jadi tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada Amerika Syarikat mahupun Israel jahanam. KFC
hanya sekadar menggunakan nama sahaja. KFC Malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja kepada Amerika. Bukannya menyalurkan keuntungan mahupun apa-apa hasil kepada luar.


Kemudian
, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, Pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di Amerika Syarikat pula. Bagi penulis ini adalah salah satu usaha yang sangat murni dalam membangunkan ekonomi islam.


Siapa pula orang kuat dibelakang KFC Malaysia, KULIM mahupun Johor Corporation?
Beliau ialah Tan Sri Ali Hashim. Beliau adalah pengerusi yang sememangnya mempunyai idea bisnes yang bernas. Selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

  1. Pizza Hut
  2. Kedai Ayamas
  3. RasaMas Restaurant
  4. Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
  5. Region Food Industries (Sos life)
  6. Bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, 75% tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.

Oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia yang bekerja dengan KFC Malaysia mahupun ekonomi islam secara amnya?

Oleh itu, penulis sarankan agar boikot itu perlu berdasarkan fakta dan juga kesedaran. Boikotlah dengan menggunakan ilmu bukan perasaan. BOIKOT penting, tapi bukan yang boleh membuatkan ekonomi islam secara amnya dan khususnya Malaysia berada dalam keadaan sengsara.

Penulis bukan anti boikot, tetapi sesetengah perkara perlu dikaji dengan selengkapnya.

6 comments:

NIVYANFAZZA said...

salam zi, fakta daripada KFC bahagian Halal audit
hehe, siap bagi phone no lagi...

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

NIVYANFAZZA said...

Dalam hal ini kita harus meneliti dengan jelas. kita akui kita masih membayar mereka atas penggunaan Nama KFC itu. Tetapi itu yang kita harus korban dan telan dalam kita untuk mencapai sesuatu dalam sistem ekonomi terbuka. Sebab itu hak komersial tuan yang menubuhkannya. Jadi nilai pembayaran itu adalah lebih kecil berbanding dengan pembayaran MC DONNALD, STARBUCKS DAN SEBAGAINYA. Satu lagi contoh, hari ini juga kita menggunakan komputer yang mana menggunakan HARDWARE INTEL dan WINDOWS, adakah dalam hal ini kita juga perlu hentikan penggunaanya? Kerana INTEL dan WINDOWS sememangnya memiliki kilang di tanah penduduk PALESTIN, malah windows XP itu sendiri juga telah dicipta oleh 4 orang pemuda Israel.

NIVYANFAZZA said...

it's depends on how we interprete it...
But for me it's more to "kehendak" because it can sustain our economy itself....
KFC Malaysia totally different with Others country such as african countries, because the owner for their KFC is Headquater at US, but KFC Malaysia wholely own by Malaysian Company.
and for ur information, KFC Malaysia also the owner for KFC Singapore and Vietnam....
hehe....

Muslimin Agung said...

FKI kini bermula...01 Februari 2009. Jogthon FKI di Tapak Letak Kereta Masjid UMS. Johan dapat duit RM100

NIVYANFAZZA said...

Ibnu Shaukani: the source is still same zi, halal audit KFC...

Abg Mursidi: InsyaAllah bang, tapi kalau lari-lari ni, saya rasa baik saya bagi orang lain yang lagi bagus daripada saya...huhu...

cokodok said...

well, if u say it that way, in mc donalds itself there are amny muslims working. starbucks n many more places. if u say v shud support kfc bcoz there are lots of muslims working, might as well v support all coz all ve muslims working there. n mostly all of them had their own rights n they like kfc, dun gv their benefits to the americans. tehy only pay the americans for the name of teh brand.

how bout that? i agree wif ibnu shauki. all teh thigns that are kehendak can be boicotted. things like keperluan, such as computers n windows v cant avoid. but v nid to use these n be better than them n come up with our own products so that in future v cud bring our own products n no more use theirs.

though i dun realy boicott these fuds, i m trying my best to boicott them especially coke. so hepi boycotting!