Sunday, January 25, 2009

SNIPPET

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

NIVYANPAZZA BERTUKAR KEPADA NIVYANFAZZA

Bermula pada tengah malam 25 Januari 2009, www.nivyanpazza.blogspot.com secara rasminya ke www.nivyanfazza.blogspot.com. penukaran ini adalah salah satu daripada transformasi blog ini kepada yang lebih baik daripada sebelumnya. Penulis harapkan agar kawan-kawan tidak terkeliru dengan alamatnya.
www.nivyanfazza.blogspot.com
Selamat melayari blog ini.

SELAMAT HARI LAHIR AYAH

Tanggal 26 januari, merupakan hari kelahiran ayah penulis yang bernama ISHAK BIN DAUD. Sebagai anak, penulis doakan agar ayah penulis sentiasa dikurniakan kesihatan dan keberkatan sepanjang masa disamping dimurahkan rezeki. Semoga iman dan amal terus dipupuk selama-lamanya.
Selamat hari lahir ayah!

SELAMAT TAHUN BARU CINA!

Wo de hao pengyou, Ni hao ma?
Wo zhu ni "xinnian kuai le"...
Semoga sambutan tahun baru cina pada kali ini akan membawa lebih kemakmuran dan kebahagian kepada kita semua.....Penulis harapkan keamanan dan keutuhan semangat kerjasama yang dibina antara pelbagai kaum ini dipegang erat selama-lamanya.

Ku mudik kehulu berpimpin tangan,
Ku mudik ke hilir tangan jangan dilepaskan,
Perpaduan kukuh tanda persefahaman,
Malaysia maju, negara aman.

SAHABATKU NIZAM

Alhamdulillah, tanggal 23 Januari yang lepas, sahabat penulis iaitu Tuan Mohd Nizam telah menyambut hari kelahirannya yang ke-23. Penulis ucapakan selamat hari jadi, semoga panjang umur dan dimurahi rezeki. Nasihat penulis, pertambahan umur menunjukkan semakin singkatnya kehidupan kita, pertambahan umur juga menunjukkan semakin matangnya kita dalam melayari bahtera kehidupan. Semoga Allah sentiasa bersama kita.
ukhwah fillah abadan abada, amin.

1 comments:

master mazeen said...

thanks for everythings...