Monday, August 3, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA III

1) Saya merasa pelik dan hairan mengenai perhimpunan ala manusia tidak bertamadun ini. Ini pendapat saya la.

2) Kerana apa, sepanjang perhimpunan tersebut, yang paling ramainya ialah ahli Parti Islam. Iaitu parti PAS. Persoalan saya, mana perginya ahli DAP? Kebanyakkan mereka yang kita lihat di video ialah Ahli Unit Amal PAS berbaju merah.

3) Saya tidak tahu tentang ahli-ahli DAP kemana mereka menghilang, mungkin mereka bimbang ditahan ISA, atau mungkin mereka sedar bahawa peristiwa ini merugikan perniagaan mereka.

4) Saya tidak hairan dengan ahli PAS, meraka sanggup membuat apa sahaja untuk parti mereka. Minta derma untuk parti, mereka boleh kasi sehingga beribu-ribu ringgit. Kata mereka itu perjuangan untuk islam. Mereka juga sanggup ditahan dan mati ditanggan pihak polis dan BERKUASA , kerana kata mereka mati mereka adalah mati syahid, kerana berjuang menentang pemerintah zalim.

5) Secara logiknya, kerajaan malaysia lebih kurang sama dengan kerajaan Israel. kerana umat islam palestin syahid menentang kerajaan zionis, manakala ahli-ahli PAS mati syahid menentang Kerajaan UMNO dan BN.

5) Saya semakin pelik dan ajaib dengan semangat kental ahli-ahli PAS, Mungkin akan ada daripada pembaca akan bertanya, kenapa saya seakan-akan anti-PAS sejak kebelakangan ini? Terus terang saya katakan, saya tidak membenci PAS. Tetapi tingkah laku ahli PAS yang bertindak diluar batasan itu yang membuat saya mual dan jijik. Tapi ini bukan untuk semua, tapi sebahagian sahaja. Ada yang saya sanjung ilmu dan peribadinya.

6) Saya rela di maki hamun oleh penyokong parti HIJAU ini. Saya rela dikomen dengan teruk, kerana saya sayang parti PAS, saya tidak mahu ianya diperkotak katikkan oleh DAP dan KEADILAN. PAS tidak perlukan PAKATAN RAKYAT! Sebelum PAKATAN RAKYAT ditubuhkan PAS pernah memenangi Terengganu dan Kelantan, malah mengekalkan kerajaan Kelantan.

7) Sedikit imbasan. Sedarkah kita semasa Kerajaan menahan ahli Jemaah Islamiyah Dan Maunah dibawah Akta ISA, kenapa ahli-ahli PAS tidak membuat demonstrasi jalanan? Sedangkan yang ditahan itu adalah orang islam, orang melayu dan kemungkinan ada antaranya ahli PAS? KENAPA? SAYA PERLUKAN JAWAPAN. Atau adakah JI dan MAUNAH ajaran sesat, jadi ianya memang patut ditahan dibawah ISA dan tidak perlukan pembicaraan di Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil?

8) Tetapi bila Ahli Pertubuhan Haram HINDRAF, yang sah dan jelas bukan islam, bukan melayu (saya bukan seorang racist), mereka sanggup melolong, bertakbir, berteriak dan sebagainya dijalanan untuk mengecam dan mendesak kerajaan hapuskan ISA. ,mungkin bagi PAS, ahli HINDRAF lagi suci berbanding darah saudara seislam mereka.

9) lagi satu persoalan, semasa pembunuhan adik Nurin Jazlin, Adik AIsyah dan ramai lagi mangsa bunuh orang islam yang dibunuh secara kejam, mereka tidak pernah pula menyuruh ditubuhkan public inquiry ataupun Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini dengan telus. Tetapi kalau kes seperti Setiausaha Sulit Kepada exco kerajaan Selangor yang meninggal jatuh bangunan, yang sahnya bukan beragama islam, mereka mengaum ibarat singa, menyuruh kerajaan itu, dan ini, malah sempat mengatakan kemungkinan ada komplot disebalik kematian tersebut. Ini belum lagi polis habiskan siasatan, tapi sudah ada yang mengatakan si polan dan si polan.

Jika betul setiausaha sulit tersebut dibunuh, saya harap mereka yang terlibat dihukum dengan setimpalnya. Biarlah mahkamah dan Suruhanjaya yang menentukannya!

10) Siapa yang kejam sebenarnya??? ISA atau $#%#???

11) Apakah motif PAKATAN RAKYAT dan PAS sebenarnya. Saya minta maaf jika saya terlalu berterus terang.

12) Saya sayangkan orang islam dan melayu yang semakin tertekan dan terpinggir di negara sendiri. Saya juga sayangkan PAS. Tetapi dengan keadaan sekarang hati saya sedih dengan pergerakkan tersebut. Jikalau mereka katakan UMNO KEJAM, TAK ISLAMIK DAN SEBAGAINYA, parti PAS juga lebih kurang sama, cuma hanya cara berpakaian sahaja berbeza!

13) Saya pernah berkata dahulu, kita ada 2 pilihan ditangan, kedua-dua pilihan tersebut adalah baik, untuk memilih yang mana satu, pilihlah yang terbaik. Saya rasa saya sudah mempunyai jawapannya.

14) Saya masih lagi belum menjadi ahli mana-mana parti, tetapi keadaan sekarang telah memberikan keputusan kepada saya parti mana yangHARUS saya sertai.

15) Semoga ALLAH melindungi umat islam di MALAYSIA dan seluruh DUNIA.

16) Saya suka kata-kata PM Datuk Sri Najib, Pakatan ada 4 buah negeri yang mereka perintah, sewalah satu stadium mana-mana negeri, melolong dan menjeritlah samapai subuh, yang penting jangan menyusahkan orang ramai yang hendak mencari rezeki.
Saya suka menambah, PAKATAN panggillah wartawan dari luar negara, rakaman dan sebar gambar dan video anda berdemonstrasi. Kalau boleh biar Stadium Shah Alam tu runtuh seperti Stadium Sultan Mizan di Terengganu dengan suara tempikan dan jeritan anda!

Wallahua'lam...

Saturday, August 1, 2009

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA II

1) Jika kita tidak membuat kesalahan yang mana boleh didenda di bawah Akta ISA, kita tidak perlu takut kepada ISA mahupun akan ditahan dibawah ISA.

2) Adakah ISA zalim? Pernahkah Saudara/i yang bertopengkan Anonymous merasa hidup di bawah ISA, sehingga mengatakan ianya zalim. Saya petik kata-kata Datuk Paduka Ibrahim Ali yang pernah ditahan dibawah ISA, Beliau mengatakan ISA merupakan pusat tahanan bukan untuk mendera mana-mana orang. Datuk Paduka Ibrahim juga mengatakan selama beliau ditahan di bawah ISA beliau DIBENARKAN membaca akhbar, boleh bercucuk tanam dan juga boleh menonton televisyen. Sebab itulah beliau melalui PROWARIS menentang pembubaran Akta tersebut.

3) Semasa proses soal siasat, biasalah kita akan disoal dengan tegas oleh anggota polis. Tak kira la tahanan ISA mahupun mereka yang disyaki melakukan kesalahan lain. Kalau disoal secara lemah lembut, itu bukanlah dipanggil soal-siasat.

4) Tahanan ISA tidak akan sama dengan tahanan penjara Abu Gharib!Percayalah!

5) Sudah saya jelaskan, untuk menangkap bagi tahanan ISA bukan perkara senang. Ada peringkatnya. bermula soal-siasat dan sebagainya. Jika ada tanda-tanda dan sebagainya dan didapati bersalah barulah mereka akan ditahan. Tempoh tahanan berbeza mengikut berat kesalahan. Saudara/i Anonymous, baca dan kaji dahulu Akta ISA sebelum berbicara, jangan hanya dengar ceramah di pentas politik terus dipegang sebagai fakta.( rujuk Kementerian dalam negeri)

6) Berkaitan politik di negeri Perak, harap saudara/i ANONYMOUS rujuk kembali Undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak serta kuasa 'reserve" yang ada pada Sultan Perak. Saya tidak mahu berbincang mengenai hal ini, kerana hal ini sudah selesai. Yang membesarkan hal ini ialah mereka yang hendak kembali berkuasa! Mereka yang mengambil alih tampuk pemerintahan di Perak tidak perlu ISA kerana ianya mengikut lunas undang-undang. Anda bawa ke mahkamah, mahkamah tentukan. Keputusan mahkamah adalah muktamad!

7) Pemerintah manakah yang lagi zalim, antara pemerintah Malaysia atau Presiden Bush? dan Perdana Menteri Israel? Berapa banyakkah rakyat Malaysia yang di bunuh secara kejam oleh pemerintah Malaysia sehingga dikatakan kejam? Dato' Sri Anwar Ibrahim masih lagi bebas menjalankan aktiviti, Lim Kit Siang masih lagi bebas kesana ke sini, Atau orang yang memberi komentar dengan hanya berselindung dibalik nama ANONYMOUS disebabkan saudara/i takut dikenakan tahanan ISA? MANAKAH YANG LEBIH KEJAM?????

8) Anda mengatakan Nabi bukan warganegara MEKAH, tetapi sedar atau tidak Nabi lahir di sana, kaum muhajirin juga berasal dari sana. Mekah adalah tanah tumpah darah mereka, kalau bukan tanah asal usul mereka, Nabi tidak akan kembali ke MEKAH SEHINGGA TERCETUSNYA FATAH MEKAH "PEMBUKAAN KOTA MEKAH". Nabi berhak berperang dengan masyarakat Arab Quraish mekah pada waktu itu jika baginda mahu kerana Mekah adalah tanah asal-usul mereka, tanah nenek moyang mereka, Nabi dan masyarakat Muhajirin ada hak. Bahkan masih ramai lagi sanak saudara mereka di Mekah. Tetapi Nabi mengamalkan islam tanpa ada apa-apa kepentingan. Manakala, parti politik ada kepentingan walau macam mana sekalipun label parti tersebut, samda islam atau tidak!

9) Saya bersetuju dengan saudara/i masyarakat arab berpegang pada janji. Saya tiada masalah. bukan sahaja masyarakat Arab tetapi patut juga pada semua masyarakat terutamanya umat islam!

10) Pembunuhan Ibrahim Libya saya tidak mahu komen. Saya kira mungkin ada salah faham di pihak kerajaan mahupun pihak lain. Baca balik sejarah berlakunya peristiwa tersebut. Rujuk sejarah dan arkib. Jangan menuduh ini soal KEAMANAN negara.

11) Ahkbar kerajaan hanya akan menyiarkan berita mengenai hal ehwal polisi kerajaan tak kira samada negeri pimpinan UMNO mahupun PAKATAN RAKYAT! kALAU UNTUK MENYIAR AGENDA POLITIK BUAT SURAT KHABAR SENDIRI. Contohnya Utusan, harakah, suara keadilan, ini surat khabar suara agenda parti.

12) Jika PAS ada tahap kesabarannya, KERAJAAN pun ada tahap kesabarannya, jika muslim ada kesabarannya, saya selaku muslim juga ada kesabarannya terhadap pihak yang bersekongkol dengan bukan muslim untuk meruntuhkan islam.

13) Saudara/i harus sedar keadaan kita umat islam di Malaysia. Ajak bersatu sesama islam pun ditolak, ini pula hendak berdebat. Buat apa berdebat, kalau pihak sana menang pun hanya sekadar menang sorak, tetapi selepas itu tiada apa-apa berlaku, yang berlakunya populariti yang menang debat meningkat!


14) Tidak mahu Berdebat bukan kerana takut, tapi membuang masa. Berdiskusi dan berdiplomasi, kerajaan sentiasa terbuka kerana itu adalah saranan Rasulullah.Musyawarah itulah tunjang kegemilangan tamadun islam dahulu. Apa yang kurang kita bincang sesama kita, jangan hanya lantang dipentas politik, menuduh itu, menuduh ini, sedangkan perbincangan belum bermula.

15) MARILAH KITA SAMA-SAMA BERSABAR, TENANGKAN FIKIRAN, BERFIKIRLAH SECARA BERHEMAH. DAN MARILAH KITA BERGERAK MENUJU KEREDHAAN ALLAH.

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA

1) Hati saya berasa hiba, sebak dan sedih dengan keadaan ibu negara kita yang tercinta dipenuhi dengan manusia yang datang bukan untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi sebaliknya.

2) Saya sayang dengan keamanan negara yang sedang dikecapi sekarang, saya benci perpecahan di kalagan kita rakyat Malaysia. Melayu, Cina , India, Kadazan-Dusun, Iban dan sebagainya adalah saudara saya di bumi tercinta ini.

3) Tetapi mereka yang berpolitik hanya hendak memenangi hati rakyat untuk kepentingan politik masing-masing. Negara runtuh, negara hancur, negara dijajah kembali, itu tidak mengapa bagi mereka, yang penting cita-cita politik mereka tercapai.

4) Adaka ini ahli politik yang kita pilih untuk membantu kita, rakyat malaysia maju?

5) Adakah dengan himpunan reformasi akan menguat dan memajukan negara kita kemercu yang yang gemilang?

6) Sekarang semua daripada kita dimomokkan dengan pelbagai kepentingan peribadi ahli politik tertentu, sehingga sebahagian daripada kita terpengaruh dan ada yang taksub lagi dengan rela melakukan apa sahaja.

7) Bandaraya Kuala Lumpur Sabtu (1 Ogos 2009) hampir lumpuh dek penangan kesumat sebahagian ahli politik tertentu, Pasaraya SOGO yang menjadi tarikan pelancong terpaksa ditutup atas nasihat polis. Pandangan pembaca, siapakah yang harus menanggung dosa penjual -penjual yang kerugian pada hari tersebut? Tepuk dada, fikirlah dengan minda yang terbuka.

8) Saya berpendirian menyokong ISA. Saya tidak menyokong sekiranya ia digunakan untuk tujuan yang salah, seperti dendam dan sebagainya. ISA amat penting dalam menjaga keamanan negara. ISA bukan hanya di Malaysia sahaja. boleh dianggarkan semua negara mempunyai Akta ini.

9) Saya tahu perasaan ahli keluarga tahanan ISA. Ada anak yang tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ayah selama 6 tahun, gara-gara dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

10) Siapa yang harus dipersalahkan? Kerajaan? Menteri Dalam Negeri atau ISA? Atau tahanan tersebut. Untuk ditahan ISA bukan sesenang memetik buah di ladang. Ianya memerlukan risikan oleh anggota polis khas, ianya mengambil masa. Kalau kita tidak bersalah, saya percaya kita tidak perlu takut untuk ditahan.

11) Kalau kita tidak sayangkan diri kita, kita hendak juga menyertai kumpulan yang bertujuan meruntuhkan keamanan negara, kita ingat dan sayanglah keluarga serta anak-anak kita.

12) Saya suka modus operandi Pakatan Rakyat. Mereka suka mengambil peluang untuk memenangi hati rakyat. Rugi negara tidak apa, yang penting kuasa mereka dapat!

13) Saya tahu penulisan ini akan ada yang tidak senang, sebab mereka juga takut kepada ISA, kenapa mereka takut ISA? Kerana mereka sebenarnya ada niat untuk membuat KEsalahAN, jika tiada ISA mereka boleh membuat perkara tanpa rasa takut.

14) Isu ISA adalah helah pembangkang! PKR,PAS dan DAP sengaja mengapi-apikan rakyat Malaysia. Kalau mereka memerintah Malaysia, saya yakin dan percaya mereka tidak akan hapuskan ISA.

15) Parti Islam di dalam pakatan adalah PAS. Mempunyai ramai para ulama yang saya kagum dengan ilmu mereka. Tetapi harus diingat mereka bukannya maksum. Kadang-kadang apa yang mereka cakap, kata, buat ada juga salah dan silap. Hanya Nabi sahaja yang maksum.

16) SAYA TAHU AKAN ADA YANG COP SAYA SEBAGAI PRO KERAJAAN, ORANG UMNO, ORANG BN DAN SEBAGAINYA. Saya tidak kisah dengan apa sekalipun label yang diberikan. Saya juga tahu akan ada Mahasiswa yang Pro-pembangkang @ pRO-mAHASISWA akan mengecam saya. saya juga tidak kisah. Kita berbincang secara diplomasi dan berhemah.

17) Anda hanya sibuk berdemonstrasi, anda katakan anda parti yang menjunjung islam, persoalan saya, adakah nabi pernah mengajar kita menentang pemimpin, membuat demonstrasi kepada pemerintah islam sehingga membantutkan ekonomi masyarakat islam dan negara? Adakah itu ajaran islam? Saya mahu anda yang suka berdemonstrasi jawab! jangan hanya jadi balacii kepada orang yang hendak meruntuhkan islam.

18) Saya juga tidak kisah kalau ada orang ingin mengatakan PERGI MAMPUS LAH DENGAN UMNO atau apa sahaja. Itu sandiwara dan gimik politik sahaja.

19) Harus diingat, semasa perjanjian hudaibiyah, iatu perjanjian antara orang islam dan masyarakat kafir Quraisy di Mekah untuk memasuki KOta Mekah bagi menunaikan haji, Rasulullah menerima perjanjian tersebut walaupun pada pandangan sahabat ianya tidak adil. Rasulullah beralah untuk menunaikan haji pada tahun hadapan, Rasulullah tidak menyerang Kota Mekah dan Rasulullah juga tidak pernah menyuruh masyarakat Muhajirin dan Ansar di Madinah membuat demonstrasi jalanan! Tetapi baginda mengunakan kaedah diplomasi, jangan biarkan islam rugi dikemudian hari. Apa kesan dari pada perjanjian ini, islam terus berkembang mekar diseluruh pelusok tanah Arab bahkan Dunia!

20) Takkan Parti PAS tidak boleh bersabar untuk berdiskusi dan berdiplomasi dengan parti pemerintah? Atau Parti PAS sudah tidak sabar untuk ke Putrajaya sehingga melupakan asas perjuangan parti, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. BAGAIMANA HENDAK MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, JIKA CARA KITA BERINTERAKSI DENGAN KERAJAAN PUN TIDAK MENGIKUT CARA BAGINDA RASULULLAH.

21) iNGAT Perdana Menteri Malaysia adalah seorang Islam, Solat 5 waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, membaca Al-quran sama seperti umat islam lain dan juga menunaikan haji.

22) Islam mesti di atas, mengatasi segala kepentingan Politik! PAS bukan agama, PAS bukan mazhab. IANYA HANYA PARTI POLITIK YANG MENGGUNAKAN ISLAM SAHAJA. JADI SEMUA PARTI POLITIK ADALAH SAMA. HANYA BERTOPENGKAN SANDIWARA UNTUK MENDAPAT KUASA DAN DUNIA.

Saturday, July 18, 2009

PPSMI DALAM KENANGAN II

"Elakkan perbincangan mengenai politik dalam hal ehwal negara, kerana ianya membabitkan kepentingan rakyat" Kata seorang pengubah dasar negara.

1) Keyakinan saya terhadap idealogi perjuagan parti sokongan saya tetap tidak berubah walaupun dasarnya berbeza dari yg dahulu dan sekarang. perbedaan itu saya anggap lumrah dan adat dalam berkepimpinan dan ianya satu rahmat kpd kita.

2) Saya tidak pernah mengatakan saya bijak, mahupun anda kolot mahupun sesiapa pun kolot.

3) Saya sayang Cikgu2 Malaysia, saya sanjung cikgu2 malaysia, kerana mereka, here i am!

4) Jika kita cepat katakan tidak kepada sesuatu perkara yang kita tidak tahu 'long term effect' nya, kita kan rugi kelak. Berusaha dahulu, barulah kita tahu apa keputusannya. Tetapi perkara yang dicuba perlukan masa untuk berjaya.

5) KITA sendiri pun tidak dapat meramal semasa kita berumur 15 tahun yang kita akan menjadi apa yang kita jadi sekarang. Contohnya, Semasa umur 15 tahun kita fikir untuk menjadi cikgu sangat susah, kena bercakap depan orang, kena masuk universiti, buiat itu dan buat ini. Kita ada dua jalan pada waktu itu
1. melupakan hasrat untuk menjadi cikgu,
2. menjadi seorang guru pendidik anak bangsa.

6) Kita bijak kerana memilih jalan yang ke-2. kita pilih jalan ke-2 juga walaupun kita tahu yang kita mungkin akan gagal dan mungkin juga berjaya. Begitu juga PPSMI.

7) Semasa di matrikulasi kita bimbang sekali lagi samada kita dapat atau tidak menjadi guru. Kerana kita telah mendapat maklumat untuk menjadi seorang guru, keputusan (pointer) dan ko-kurikulum menjadi petanda aras untuk memasuki kursus perguruan di universiti di samping persaingan yang sengit di kalangan peminat profesion perguruan.

8) Adakah kita akan berhenti setelah berjuang untuk menjadi guru bermula dari berumur 15 tahun lagi? Atau kita teruskan? Saya yakin kalau kita berhenti dari mengejar cita-cita kita menjadi guru, saya katakan kita bodoh dan rugi yang teramat besar!

9) Begitu juga PPSMI, masih terlalau awal untuk kita menilainya. Walaupun setelah 6 tahun pelaksanaannya, kita masih belum mencapai standard yang dikehendaki, tetapi sekurang-kurangnya kita berada pada satu landasan yang kukuh untuk mencapainya.

10) Sekarang kita berada pada landasan yang kukuh untuk menjadi seorang guru yang diiktiraf, tinggal hanya setahun sahaja lagi setelah berjuang sejak berumur 15 tahun, cuba kita melihat 'time frame' 'dasar' yang kita tanamkan di dalam diri kita, bukan 6 tahun tetapi hampir 8-10 tahun pelaksanaannya.

11) Tetapi malang dengan dasar PPSMI, baru sahaja berada di landasan kukuh untuk mencapai matlamatnya, telah dirosak oleh 'makhluk perosak' yang kononnya hendak menjaga kesuburan 'bunga' tetapi sebenarnya mencantas batang-batang yang tumbuh mekar dan kuat! Kita harus ingat yang kuat itu kebiasaanya bermula daripada sesuatu yang lemah! Contohnya Lagenda tinju dunia, Muhammad Ali, dari mangsa buli menjadi Peninju ulung dunia!

12) KITA SEKARANG TETAP ORANG MELAYU setelah 6 tahun pelaksanaan PPSMI!

13) Perbincangan ini adalah perbincangan terbuka. setiap daripada kita mempunyai pandangan dan pendapat peribadi. Mungkin ini pendapat saya yang mungkin berbeza dengan para pembaca.

14) Jika terasa mohon maaf dipinta. Bukan untuk mengguris rasa tetapi sekadar berkongsi pendapat peribadi sahaja.

15) Apa pun PPSMI sudah muktamad diubah kepada Bahasa Melayu! Kata Kemeterian Pelajaran, KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD!

Friday, July 17, 2009

1MALAYSIA : SATU ANJAKAN PARADIGMA


1) Semua rakyat Malaysia maklum dengan gagasan yang telah dibawa oleh Y.A.B Dato Seri Najib yang bertemakan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"

2) Berjaya atau tidak gagasan ini, mana-mana pihak tidak ada kuasa untuk mengatakan ianya gagal mahupun berjaya, kerana dasar ini masih dalam proses pelaksanaan dan mengambil masa untuk mencapai hasil yang konkrit. Tetapi jika kita yakin dan mahu mencapai matlamat seperti yang digariskan, saya yakin kita mampu mencapainya.

3. Untuk mengubah wajah negara kita daripada Negara pertanian kepada negara perindustrian juga mengambil masa yang panjang dan ada juga yang meramalkan idea perubahan yang dibawa oleh Y.A.B Tub Dr Mahathir akan gagal. Dan Alhamdulillah kita berjaya mencapainya. Berikanlah masa.

4. Gagasan 1Malaysia membuka ruang kepada semua kaum di Malaysia untuk hidup sama rata sebagai rakyat malaysia yang berdaulat tanpa melebihkan mahupun mengurangkan mana-mana kaum di Malaysia.

5. Tetapi sesetengah daripada kita lupa bahawa 1Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama. Kesamarataan yang dilaungkan tidak akan sama sekali membelakangi perkara yang telah dipersetujui.

6. Kadang-kadang untuk berjaya kita harus berkorban. Ini adalah fitrah kehidupan. Jika kita masih mengharapkan sesuatu yang sama dari dahulu hingga sekarang, kita mungkin akan ketinggalan. Percayalah. Kerajaan Komunis China pada masa dahulu telah mengamalkan dasar tutup pintu kepada dunia kerana mahu menjaga kepentingan bangsa dan negara komunis mereka selepas perang dunia ke-2. tetapi sekarang mereka telah sedar kerana untuk maju dan bergerak kehadapan sejajar dengan perkembangan pesat dunia itu bukan caranya. Maka, mereka mula melaksanakan dasar membuka pintu kepada dunia luar sehingga mereka menjadi kuasa ekonomi dunia! Seperti kata-kata manusia paling kaya di dunia, Warren Buffet " Abad 20 ialah milik Amerika, manakala Abad 21 adalah milik China"

7. Hak bumiputera selaku warga asal Tanah Melayu harus dijaga dan dipelihara kerana di situlah terletaknya tunjang agama dan perpaduan bangsa. Tetapi harus diingati, hak lain-lain kaum juga harus dijaga. Bukankah dalam islam itu mengatakan semua manusia adalah sama di sisi Allah, cuma yang membezakan kita adalah Taqwa kepada-Nya?

8. 1Malaysia adalah wadah perpaduan negara. Saya kira barangkali menyamai piagam Madinah pada zaman Rasulullah yang mana hak orang islam dijaga dan dipelihara tanpa meminggirkan mereka yang bukan beragama islam. Cuma di Malaysia namanya 1Malaysia, tetapi semangat adalah sama!

9. Hak kaum manoriti seperti pendidikan, kebudayaan,bahasa pertuturan dan keagamaan harus dijaga oleh kaum majoriti kerana itu hak mereka. Jika hak mereka itu tidak menyalahi kesucian agama islam, perlembagaaan dan undang-undang, saya kira meraka bebas mengamalkannya.

10. Kenapa kita Bumiputera takut jika hak kesamarataan dilaksanakan tanpa ada keistimewaaan tertentu selaku hak peribumi? Sebabnya kita masih lemah dalam banyak perkara walaupun ada yang sudah berjaya. Kita takut kehilangan segala-galanya dalam persaingan "kalah mati" tersebut. Penyebab kita lemah bukan salah kaum minoriti tetapi berpunca daripada diri kita sendiri. Maka dengan kelemahan ini menjadi peluang keemasan bagi mereka untuk berjaya.
Untuk berjaya kita harus pandai mencari peluang!

11. 1Malaysia satu gagasan yang indah. Kita harus bekerja bersama-sama untuk merealisasikannya. Jika kita hanya pandai menentang, kelak kita juga akan ketinggalan. Berfikir secara positif dan berusaha bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita akan berjaya.

12. Perbincangan ini bukan melalui skop perundangan secara detail "1Malaysia di sisi undang-undang". Saya bukan mereka yang pakar berkenaan undang-undang.

13. "1Malaysia : Rakyat didahulukan. pencapaian diutamakan"
"1Malaysia : People first, performance now"





Thursday, July 16, 2009

PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM KENANGAN

1. Pepatah melayu ada mengatakan "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Sesetangah mereka mengatakan mahu menjaga budaya dan bahasa melayu, tetapi pepatah melayu pun kita tidak gunakan sebagai pendorong kejayaan.

2. Masa hendak melaksanakan PPSMI kerajaan telah membelanjakan berbillion-billion ringgit, kerajaan sekarang sekali lagi terpaksa membelanjakan berbillion-billion ringgit untuk penukaran tersebut. Siapa yang rugi? Rakyat juga yang rugi.

3. Sekarang, kebanyakkan syarikat besar menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan yang mahir berbahasa inggeris dalam bidang yang mempunyai "compentency" yang tinggi seperti matematik dan sains (termasuklah sains dan teknologi) .

4. Apabila kerajaan menukarkan PPSMI kepada Bahasa Melayu, it blew the minds of many in the corporate circles. Siapa yang rugi? Sekali lagi kita yang rugi. Pemindahan kepakaran teknologi dari syarikat luar kepada masyarakat Malaysia akan menjadi lambat.

5. Kerajaan mencadangkan penambahan masa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di semua sekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasatersebut. Tetapi saya yakin, masa untuk subjek lain akan dipendekkan seperti PJK dan sebagainya (mungkin termasuk Bahasa Melayu). Lainla kalau kerajaan mahu melaksanakan masa persekolahan dari jam 7.45 pagi hingga 5 petang!

6. Subjek seperti PJK dan mata pelajaran yang lain akan dipendekkan waktu pembelajarannya. Ini akan menyebabkan masa untuk aktiviti bersukan dan pengajaran subjek lain akan terganggu. Sedangkan aktiviti Ko-kurikulum dan luar bilik darjah diambil kira untuk kemasukkan ke sekolah berasrama penuh, universiti (10%) dan juga untuk mendapatkan biasiswa. Sekali lagi kita kan rugi.

7. "Akal yang cerdas bermula dari tubuh yang sihat!"

8. PPSMI adalah program serampang dua mata. Matematik dan sains kita cemerlang, Bahasa Inggeris juga kita turut akan gemilang.

9. Permasalahan pelajar luar bandar bukan masalah mereka tidak dapat menerima PPSMI disebabkan mereka lemah, bodoh dan sebagainya. Kalaulah ada sesetengah daripada kita mengatakan pelajar luar bandar sedemikian, saya tak tahu la. Bagi pendapat saya pelajar luar bandar mempunyai kebijaksanaan sama seperti pelajar di bandar. Pelajar terbaik SPM 2008 pun, pelajar luar bandar. Pelajar dan guru di luar bandar hanya kekurangan alat bantuan mengajar sahaja. Ini saya kira masalah teknikal, bukan masalah minda. Jadi permasalahan teknikal boleh kita atasi.

8. Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat harus jangan "nak menang pilihan raya, negara tergadai"..oooopppsss silap. Setiap keputusan yang dibuat jangan hanya "menang sorak, kampung tergadai!"

Saturday, July 11, 2009

AKU PASRAH!


Flight at 4:45 ptg waktu Malaysia, tapi jam 4:15 ptg aku masih lagi dalam gerabak KLIA Express.....


Jadi konklusinya, saya missed my Flight....no tears were shed on to my face, no words came out from my mouth...just ingat my mom!!!


So, i will going back to KK on Tuesday....Harap-harap lecturers tak marah...Adoi~!!!